Sunday, December 6, 2009

Aqidah umat Islam

Assalamualaikum,
Seseorang itu menjadi Islam apabila dia bersyahadah, i.e. mengucap dua kalimah syahadah, iaitu: 'Tiada Tuhan kecuali Allah (a.w), dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah hamba Allah (a.w) dan Utusan Allah (a.w) (atau Rasulallah (s.a.w))'. Oleh itu seseorang yang Islam itu mengikat janji dengan Allah (a.w) mengakui Allah (a.w) sahaja Tuhannya yang Esa yang berkuasa atas segala sesuatu. Maka dengan itu jika seseorang itu memohon kepada pihak lain untuk sesuatu, maka dia telah mengadakan suatu makhluk lain yang berkuasa sebagaimana Allah (a.w) berkuasa. Maka dia jatuh syirik. Demikian juga kalau seseorang itu berpandangan kerana sesuatu, dia mendapat sesuatu atau dapat menghindar sesuatu, adalah sifat kesyirikan yang samar. 'Syirik' adalah menduakan Allah (a.w), i.e. ada sesuatu kuasa lain yg menymai kuasa Allah (a.w).
Seseorang yang Islam itu juga berjanji dengan Allah (a.w) melalui syahadahnya bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah utusan Allah (a.w), i.e. orang yang diberi mandat oleh Allah (a.w) menyampaikan ugama Allah (a.w), yakni ugama Islam, memimpin umat Islam untuk melaksanakan segala ketetapan dan perintah Allah (a.w). Manusia itu wajib melaksanakan segala perintah dan ketetapan Allah (a.w) sesuai dengan firman Allah (a.w) bahawa dia dijadikan Allah (a.w) hanya dengan satu tujuan sahaja, iaitu mengabdikan atau memperhambakan diri kepada Allah (a.w) [Ayat 56, Surah az-Zariat]. Bagaimana memperhambakan atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w) itu ditetapkan dalam firman Allah (a.w): taatkan Allah (a.w) (yakni, ikutilah ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikutilah ketetapan as-Sunnah), dan jika dipatuhi maka diberikan ganjaran balasan syurga [Ayat 13, Surah an-Nisa']. Sebaliknya, jika manusia menolak atau menentang ketetapan Allah (a.w) (yakni, ketetapan al-Quran) dan menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ketetapan yang ditetapkan melalui as-Sunnah), dan melanggar batas-batas (had) yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka pasti diazab di akhirat kelak, dalam neraka [Ayat 14, Surah an-Nisa].
Al-Quran adalah kerangka pengabdian atau perhambaan yang ditetapkan oleh Allah (a.w). Al-Quran adalah 'Perlembagaan Islam' - The Islamic Constitution dan 'Perundangan Agung' - The Supreme Laws of Islam. As-Sunnah adalah kerangka pelaksanaan Perundangan Agung dan Perlembagaan Agung tersebut. As-Sunnah adalah kerangka yang mentafsirkan dan memperincikan pemakaian serta pelaksanaannya melalui panduan hidup di dunia dan ritual pengabdian yang merupakan manifestasi perhambaan atau pengabdian tersebut melalui amalan dan ibadah yang wajib (atau fardu) dan sunat (i.e. digalakkan) yang disebutkan atau ditetapkan dalam al-Quran dan a-Sunnah. Sebagai utusan Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w) adalah wakil Allah (a.w) membawakan Islam ugama Allah (a.w) kepada manusia, membimbing mereka, mengajarkan dan menunjukkan atau mendemokan atau mencontohkan bentuk-bentuk ibadah, kaedah dan cara mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dalam semua perkara dalam menjalani kehidupan mereka di dunia. Justeru itulah, hanya Rasulallah (s.a.w) yang tahu dengan sempurna Islam dan syariatnya serta bagaimana menganutinya supaya segala-galanya direstui dan diredhai Allah (a.w). Apabila Allah (a.w) redha, maka segala pengabdian diterima dan diberi ganjaran pahala. Justeru itu jugalah, jika kaedah menjalani kehidupan di dunia, bentuk-bentuk amalan dan ibadah, serta kaedah dan cara beribadah yang berlainan atau tidak sejajar dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah, maka tidak mendapat kerdhaan Allah (a.w) serta terbatallah amalan dan ibadah, tidak mendapat ganjaran pahala, dan sebaliknya, dilakukan juga mengundang celaka kerana dimurkai Allah (a.w), mendapat dosa, dan kerana itu disiksa dalam neraka. Maka dengan itulah juga segala sesuatu yang dilakukan di dunia ini dipersaksikan oleh malaikat, dicatitkan dan diperhitungkan dan di akhirat dinilai dan ditimbang.
Kerana Rasulallah (s.a.w) yang membawakan Islam ugama Allah (a.w) untuk dianuti oleh manusia dan dia saja yang menerima perintah Allah (a.w), dia yang diajarkan melalui wahyu atau melalui Jibrail (a.s) yang mendemokan sesuatu amalan dan ibadah, apabila perlu didemokan, maka manusia wajib mematuhi ketentuan Rasulallah (s.a.w), i.e. as-sunnah [Nota: Rujuk Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr]. Maka segala sesuatu pembawakan manusia di dunia, serta perlakuan mereka dalam beribadah dan beramal, yang tidak sejajar dengan as-Sunnah adalah terbatal dan tidak diterima. Mereka yang melakukan sesuatu yang tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah, adalah disifatkan sebagai menentang Allah (a.w) dan menentang Rasulallah (s.a.w). Apabila menentang Rasulallah (s.a.w) terbatallah keimanan mereka, maka terkeluarlah mereka dari Islam walaupun mereka bersyahadah!
Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa ulama' (i.e. orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi, kerana merekalah (yang sewajarnya faqih dan 'alim (i.e. tahu) tentang Islam dan syariatnya serta tentang bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah yang diajarkan atau diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah) sepatutnya memimpin umat Islam. Bukanlah ulama' itu diberi mandat membuat perubahan atau penyesuaian atau menokok-tambah atau meminda segala sesuatu yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. kalau mereka meminda syariat Islam, maka tak ubahlah mereka seumpama ralib Yahudi atau paderi Kristian! Inilah hakikat yang amat penting difahami oleh manusia, terutama yang mengakui diri mereka Islam dan beriman, lebih-lebih lagi para ulama' dan ilmuwan Islam.
Walaupun Ayat 59, Surah an-Nisa, i.e. taatkan 'ulil amri' (hiraki pengurusan jema'ah umat Islam, dari imam yang terkeatas, alim ulama' dan penjawat-penjawat yang lain dibawahnya), 'ulil amri' tiada kuasa memerintah sesuatu yang bersalahan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka dengan itu keputusan 'ulil amri' adalah tertakluk kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu jugalah, Allah (a.w) perintahkan, dalam Ayat 59, Surah an-Nisa tersebut, bahawa jika tejadi perselisihan atau pertelingkahan dalam mencari keputusan tentang segala sesuatu perkara dalam Islam atau mengenai Islam, maka keputusan muktamatnya hendaklah merujuk kepada hanya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan penjelasan yang renkas ini dapat memberi manfaat kepada semua yang ingin menyemak semula amalan dan ibadah mereka, memperbaiki amalan dan ibadah mereka serta meningkatkan kualiti amalan dan ibadah mereka supaya sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Amin

Jazakallahu khairh

No comments:

Post a Comment