Friday, December 18, 2009

Perjanjian Roh

Assalamualaikum,
Mungkin sempena tahun baru hijrah ini kita semak semula suatu perkara yg amat hakiki bagi semua manusia, terutama kita yg Islam. Allah (a.w) telah mengambil ikrar janji terhadap kita dalam alam roh. Bila? Apabila bertemu sperma bapa dengan ovum ibu, iaitu bermulanya proses pensenyawaan, maka berkembanglah sel (cell multification) yg disenyawakan itu - berlalulah tempoh sebulan, dua dan tiga bulan - berada dalam kandungan ibu (i.e. rahim). Apabila genap sel yg bercantum itu berada dalam rahim 3 bulan (i.e. 120 hari), maka malaikat akan diperintahkan oleh Allah (a.w) meniupkan 'roh' kepada sel itu (kini sudah menjelma berbentuk manusia yg lengkap), supaya diberikan nyawa. Ketika itulah ditentukan qada' dan qadar kita dalam empat perkara: mati kita, kesudahan kita, rezki kita dan yg berkaitan dengan kehidupan kita di dunia, selepas dilahirkan.
Ketika itulah Allah (a.w) meminta ikrar janji dari kita dan kita bersetuju dan berjanji. Inilah yg disebutkan dalam firman Allah (a.w):
Allah (a.w) berfirman: ‘Dan ingatlah ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan anak-anak (yakni, keturunan) Adam dari punggung (i.e. tulang sulbi) mereka. Dan (Tuhan) mengambil penyaksian mereka ke atas diri mereka (dengan berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?’ Mereka (yakni, roh) menjawab: ‘Bahkan! Kami mempersaksikan (Yakni, kami naik saksi dan mengakui Engkaulah Allah (a.w), Tuhan kami).’ Supaya tiada kamu katakan pada hari Qiamat nanti bahawa: 'Kami tertegah (i.e. tertegah dari memperhambakan diri dan mengerjakan segala perintah dan suruhanMu)dalam perkara ini.' (yakni, dari mengabdikan diri kepada Allah (a.w) (sejajar dengan tututuan Allah (a.w)).’ [Ayat 172, Surah al-A’raf]
Semasa kita diberi nyawa selepas berusia tiga bulan dalam rahim ibu kita, kita telah berjanji dengan Allah (a.w) untuk beriman denganNya, menurut segala perintah dan ketetapanNya dan menjalani kehidupan di dunia, apabila dilahirkan kelak, mempertuhankan Dia. Ketika roh ditiupkan ke dalam jasad kita - ketika itu kita sudahpun sempurna dari segi fisikal kita - sebagai manusia, kita sudah berdepan dengan Allah (a.w) dan melafazkan ikrar janji kita kepadaNya.
Malangnya, jika kita dilahirkan dalam keluarga bukan Islam, dan kita tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita tidak dapat mengingati ikrar janji kita itu. Jika kita dilahirkan dalam keuarga Islam, kita juga tidak tahu akan janji kita itu, jika kita tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. maka dengan itu jugalah ramai yg lahir Islam, tetapi bertindak atau mengikuti gayahidup bukan Islam. Mereka juga lupa akan ikrar janji itu. Bagi mereka yg dilahirkan dalam keluarga Islam, kemudian berusaha memelajri al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka ketemui semula ikrar janji mereka semasa alam roh itu. Jika dilaksanakan janjinya, selamatlah dia, kerana berusaha sekuat mampu memenuhi ikrar janjinya itu. Dan, jika tidak, hancurlah dia.
Justru itulah kita diwajibkan menuntut ilmu mengenai Islam itu. Demikianlah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Tolibul ilmi faridatun 'ala kulli muslim' [Maksud: Mempeljari ilmu itu wajib bagi setiap yg Islam] [Hadith Bukhari]
Mudah-mudahan kita sempat berusaha - beramal dan beribadah (terutama, membetulkan amalan dan ibadah) dan memandu hidup kita - supaya menepati 'Perjanjian Roh' kita itu, insya Allah. Amin

No comments:

Post a Comment