Saturday, December 26, 2009

Siapa: Ahlus sunnah wal-jama'ah?? (Samb)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah kita telah teliti dalam post yg lalu beberapa nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang hakikat bahawa Islam dan syariatnya mensyaratkan umatnya anuti Islam secara berjema'ah dan jangan berfirqah, i.e. menubuhkan perkumpulan tertentu, seumpama mazhab, dalam Islam. Kita telah teliti Ayat 103, Surah li-Imran - perintah Allah (a.w) supaya kita yg Islam yg akur dengan perintah Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 14, Surah an-Nisa' itu, hendaklah pegang ugama Allah (a.w) (i.e. Islam) itu dengan berjema'ah dan Allah (a.w) menegah dari berpecah-pecah dengan menubuhkan firqah (i.e. perkumpulan yg eksklusif pula). Kerana, perkumpulan itu semestinya menimbulkan rivalry, pelbagai rasa bangga diri, iri hati, rasa bongkak atau sombong, bermegah-megah, mengutamakan kelompoknya, memperkecilkan kelompok-kelompok lain dan sebagainya, yg menimbulkan banyak pergeseran dan sebagainya).
Kita juga telah teliti bahawa anuti Islam secara berjema'ah dan jangan berfirqah-firqah adalah juga ketetapan as-Sunnah, seperti sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith yg sudahpun kita teliti itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu, di dalam hadith yg kita rujuk dahulu, bahawa Allah (a.w) perintahkan beliau laksanakan empat perkara, satu daripadanya adalah hendaklah anuti Islam secara berjema'ah dan jangan berfirqah. Dalam hadith berikut Allah (a.w) perintahkan 3 perkara:
Diriwayatkan hadith dari Jarir hadith dari Suhailin hadith dari bapanya hadith dari abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w):’ [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu tiga perkara dan benci bagi kamu tiga perkara, maka rida Allah (a.w) bagi kamu (pertama) bahawasanya menyembah kamu akanDia dan (kedua) jangan menyekutukan denganNya sesuatu dan (ketiga) bahawasanya kamu berpegang dengan tali Allah (a.w) secara berjemaah dan jangan berfirqah dan benci Allah (a.w) bagi kamu (pertama) dengan ‘katanya’ ‘katanya’, dan (kedua) memperbanyakkan soal dan (ketiga) mensia-siakan (atau, boros) harta.] [Hadith Muslim]
Dua perkara yg pertama, kita semua faham, walaupun mmungkin tidak sepenuhnya. Tapi, perkara ketiga, pasti kita faham iaitu kita wajib anuti Islam secara berjema'ah. Islam adalah ugama yg diamalkan secara bermasyarakat dan ada sistem yg formal - ada pemimpin dan ada rakyat, dan ada perjanjian antara pemimpin dengan rakyat. Mengamalkan Islam secara berjema'ah bukan rekaan manusia, tetapi perintah Allah (a.w). 'Jema'ah' bukan bersolat berjema'ah sebagaimana yg sering ditakrifkan oleh tok-tok guru. Atau istilah umum apabila merujuk kepada 'jema'ah' seperti 'jema'ah umat Islam sedunia' atau 'jema'ah seantero nusantara' atau jema'ah haji', atau seumpamanya. Jema'ah Islam adalah satu perkumpulan yg formal sebagaimana kerajaan itu formal, ada sultan, ada perdana mentei, ada ketua organisasi, ketua wilayah, daerah dsbnya. Begitulah Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b ‘Marinas-Salamiyi bahawasanya dia mendengar ‘Irbad b Sariah berkata: 'Dan menasihati Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata beberapa mata (orang yg mendengarnya) dan menakutkan hati beberapa hati (yg mendengar akannya). Maka berkata aku (Irbad): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sungguh ini nasihat seperti nasihat (wasiat) selamat tinggal, maka apakah janji atas kami?’ Bersabda nabi (s.a.w): 'Sungguh-sungguh aku tinggalkan pada kamu sekelian atas suatu yang putih malamnya seperti siangnya putih, tidak menyimpang darinya putih sesudahku kecuali rosak (i.e. orang yg menyimpang akan rosak, yakni masuk neraka); barangsiapa yang hidup dari kamu sekelian (i.e. panjang umur) maka akan melihat perselisihan yang banyak (dikalangan umat Islam), maka wajib atas kamu dengan apa-apa yang arif (yakni, mengerti atau tahu atau faham) kamu dari sunnahku dan sunnah khulafa ar-rasyidin al-mahdiyin, gigitlah atasnya (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (i.e. pegang sekuat-kuatnya jangan terlepas) dan wajib atas kamu dengan taat (akan imam) dan jikapun hamba Habsyi (menjadi imam atau amir kamu), maka sesungguhnya adapun orang yang beriman itu seperti unta yang ditindik hidungnya dimana ditarik (oleh tuannya) diikuti oleh unta akan tuannya.] [Hadith ibnu Majah]
Hadith ini memberitahu beberapa perkara yg amat penting dan wajib kita renungi dan fahami supaya tidaklah kita menjadi orang yg membanyakkan cakap-cakap dan banyak pula soal, sebagaimana diperingatkan dalam hadith sebelumnya:
1. Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa Islam dan syariatnya yg ditinggalkan (i.e. yg diwariskan oleh beliau itu sudahpun sempurna, sebagaimana putihnya warna - siangnya putih, dan malamnyapun tetap putih;
2. Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg menyimpang dari apa yg ditinggalkan olehnya, (i.e. syariat Islam yg dibawakan olehnya dan yg dicontohkan oleh beliau segala sesuatu mengenainya) tetap akan rosak aqidahnya, sama ada keluar dari Islam atau masuk neraka, atau tidak mendapati syurga;
3. Siapa yg lanjut umurnya akan melihat semakin banyak perselisihan faham dan perbezaan pendapat tentang Islam dan syariatnya antara umat Islam (sebagaimana sekarang kerana manusia bertuhankan otaknya);
4. Orang Islam yg beriman itu sifatnya adalah mendengar dan taat (i.e. apabila diberitahu sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah, dia dengar dan dia taat atau terima tanpa soal);
5. Dalam situasi yg sedemikian kelamkabut dan perselisihan yg banyak antara umat Islam itu, kita diperintahkan berpegang dengan apa yg kita tahu dan faham tentang Islam dan syariatnya dari sandaran 'as-Sunnah', i.e. sunnah beliau dan sunnah khalifah yg empat selepasnya; dan kita wajib pegang dan kerjakan yg itu sahaja, bukan yg lain;
6. Hendaklah taatkan Imam (i.e. pemimpin jemaah) walaupun sangat dibenci, kerana sifat orang Islam itu seumpama haiwan ternakan yg ditindik hidungnya, dimana ditarik tuannya disitu dia pergi.
Demikianlah nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada kita. Yg utama kita beri perhatian adalah sesiapa yg menconteng keputihan Islam itu, maka telah menyimpang dia dan rosak dia. Akan banyak perselisihan dan perbezaan pendapat tentang Islam, tetapi yg penting apa-apa yg kita faqih atau faham tentang as-Sunnah, kita ambil jadikan panduan dan tinggalkan yg lain. Juga utama dalam Islam itu sifat mendengar dan taat, bukan mendengar kemudian berbalah, banyak bertanya, cakap itu dan ini, atau ikuti kata dan pendapat sipolan yg cakap itu dan ini!
Yg penulis ingin tarik perhatian pembaca adalah #6 kerana nasihat itu adalah tentang dimensi kedua atau pra-syarat kedua 'ahlus sunnah wal-jama'ah', itu berjema'ah. Dalam Islam ada imamnya dan rukyah wajib taatkan imam walaupun imam itu orang yg dibencinya sekalipun. Islam mengutamakan ketaatan dalam semua perkara.
Maka dengan itulah ada tiga ketaatan: pertama, kepada Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran); kedua, kepada Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) (Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr); dan ketiga, taatkan imam (i.e. ulil amri). Ketaatan pertama dan kedua mutlak, yakni tiada pilihan. Ketaatan ketiga terhadap 'ulil amri', selagi tidak dikerahnya kita melalukan sesuatu yg menyalahi al-Quran dan as-Sunnah (Ayat 59, Surah an-Nisa'). Jema'ah Islam itu satu sistem yg formal - ada pemimpin (Imam), ada rukyah, ada ikrar taat setia (i.e. bai'at); dan imam mentadbirkan jema'ahnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, memberi nasihat kepada jema'ahnya secara berkala selain nasihat setiap Jum'at, atau setahun dua kali i.e. Solat Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan nasihat ijtihad mingguan (yg tidak maksiat) untuk mengingatkan jema'ah tanggungjawab kepada Allah (a.w) dan tanggungjawab menyelamatkan diri mereka dari bencana di akhirat (i.e. sejajar dengan Ayat 36, Surah al-Isra').
Menceritakan hadith oleh Abdul Rahman b ‘Amrin as-Sulamiyu dan Hujru b Hujrin berkata kedua-duanya: ‘Datang kami berdua bertemu dengan ‘Irbad b Sariah dan dia adalah orang yang diturunkan ayat (al-Quran) (Wala ‘alallazina iza ma atauka litahmilahum qulta la ajidu ma ahmilukum ‘alaihi ...), maka memberi salam kami dan berkata kami: ‘Datang kami kepadamu berziarah dan menjenguk dan mencari ilmu kami’. Maka berkata Irbad: ‘Bersolat dengan kami Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari. Kemudian menghadap dia atas kami menasihati kami suatu nasihat yang terang (jelas) mengalir darinya beberapa mata dan menakutkan darinya beberapa hati, maka berkata orang yang bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Seakan-akan bahawasanya ini satu nasihat pesanan terakhir, maka apakah pesanan (atau janji) atas kami?’. Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Berwasiat aku atas kamu sekelian dengan (pertama) bertaqwa kepada Allah (a.w) dan (kedua) mendengar dan taat dan jikapun seorang hamba Habsyi (menjadi amir atau imam kamu). Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup dari kalangan kamu sesudahku maka akan melihat perselisihan yang banyak, (ketiga) maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-rasyidin al-mahdiyin pegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham (i.e. jangan lepskan), dan (keempat) takutilah (atau, jauhilah) kamu sekelian barunya perkara maka sesungguhnya tiap-tiap barunya perkara adalah bid’ah dan tiap-tiap bid'ah adalah kesesatan.] [Hadith Abu Daud]
Hadith ini sekali lagi menyebut tentang wajibnya bagi seseorang yg Islam itu mendengar dan taat, dan taatkan Imam walaupun tidak disukai sekalipun. Rasulallah (s.a.w) juga melarang membuat 'perkara baru' dalam ibadah dan amalan, kerana semua perkara baru adalah bid'ah, dan semua bid'ah adalah kesesatan, dan semua kesesatan tempatnya di dalam neraka. Maksudnya, Islam dan syariatnya sudah sempurna - suatu yg putih - apabila diperbaharui maka akan tercemar dia, tidak lagi putih bersih! Maka dengan itulah kita diperintah supaya ikuti al-Quran dan as-Sunnah dan janganlah mengubah apa yg sudahpun sempurna. Logiknya mudah: Islam ugama ciptaan Allah (a.w) dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) ajarkan sahabat yg 4 (i.e. khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin). Maka yg sempurna ilmunya mengenai Islam dan syariatnya adalah Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat itu. Justeru itu, mana-mana ulama' dan ilmuwan, selain para tabi'in dan pengikut para tabi'in, dan orang yg mengikuti mereka pula yg diwariskan ketulinan dan keaslian Islam dan syariatnya itu, pastilah telah membuat sesuatu perubahan dan penyesuaian terhadap Islam dan syariatnya. Atau, mereka menggunakan kepandaian otak mereka, mengubah, menambah atau meninggalkan sesuatu yg tidak cocok (seumpama mensesuaikan Islam kepada zaman dan temadun manusia!
Jadi 'jema'ah Islam' itu adalah suatu sistem yg formal bukanlah suatu istilah (i.e. sistem) yg longgar...
[Bersambung ...]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment