Sunday, December 27, 2009

Siapa: Ahlus sunnah wal-jama'ah?? (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita telahpun teliti potongan-potongan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang apakah atau golongan manakah yg dikatakan 'Ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Ciri-ciri berikut telah kita fahami, iaitu:
1. Golongan ini adalah golongan yg satu dalam 73 golongan yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, yg berjaya mendapat syurga, 72 selainnya masuk neraka;
2. Golongan ini menepati preskripsi Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) iaitu mereka menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber ilmu mengenai Islam dan syariatnya, yg juga dijadikan panduan amalan dan ibadah serta panduan kehidupan orang iman;
3. Golongan ini akur dengan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) dijadikan model ikutan dalam semua perkara - panduan hidup dan panduan ibadah dan amalan - kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah';
4. Golongan ini mengamalkan atau menganuti Islam secara berjema'ah - sebuah perkumpulan orang Islam yg beriman;
5. Oleh kerana golongan ini adalah satu jema'ah yg dipimpin oleh seorang Imam atau Amir (i.e. 'ulil amri') (dan juga hiraki kepimpinan yg disebutkan secara generic sebagai 'ulil amri' itu);
6. Rasulallah (s.a.w) memerintahkan rukyah dalam jema'ah supaya mentaati kepimpinan (i.e. Imam atau Amir), selagi pemimpin tidak menyuruh melakukan sesuatu yg bersifat 'maksiat' (i.e. yg bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah);
7. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketaatan kepada Imam atau Amir itu membuktikan juga ketaatan kepada Rasulallah (s.a.w).
Rengkasnya, apabila sesuatu golongan jema'ah umat Islam itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan juga mengamalkan Islam dan syariatnya secara berjema'ah, mereka sah sebagai golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.
Wajibnya ada jema'ah itu diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w), sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w). Kita lihat beberapa hadith yg menjadi dalil as-Sunnah tentang kewajipan berjema'ah itu:
Diriwayatkan hadith dari Abi Salim al-Jaisyani hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘La yahillu an yankihal-marata bi talaqi ukhra wala yahillu lirajulin an yabi’a ‘ala bai’in sohibihi hatta yazaruhu wala yahilli li-thalathai nafari yakununa biardhi falatin illa ammaru ‘alaihim ahadahum wala yahillu lithalathati nafari yakununa bilardhi falatin yatanajathnaini duna sohibiha.' [Maksud: Tidak halal bagi seorang lelaki yang ada di atas bumi yang terbentang ini menikahi seorang perempuan dalam talaknya (yakni, perempuan yang diceraikan masih dalam edahnya) seorang yang lain; dan tidak halal bagi seseorang lelaki bahawa menjualkan dia jualan sahabatnya sehingga ditinggalkannya; dan tidak halal bagi tiga orang dalam satu kumpulan di atas bumi lapang ini kecuali membuat imam atas mereka salah seorang dari mereka; dan tidak halal bagi tiga orang dalam satu kumpulan di permukaan bumi yang terbentang luas ini berbisik-bisik kedua-duanya tanpa sahabat keduanya).] [Hadith Imam Ahmad]
Sila perhatikan bahawa Rasulallah (.s.a.w) memberi kita tahu bahawa tidak halal kehidupan seseorang yg Islam itu jika tidak ada seorang Imam atau Amir di kalangan mereka yg bertiga - sama ada yang menetap (yakni, bermestautin) di atas bumi (i.e. kekal disuatu qariah) atau ketika dalam musafir. Demikian juga ketetapan hadith berikut:
Dan di dalam suatu riwayat lain, telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La yahillu lithalathatin yakunu bifalatin minal-ardhi illa ammaruhu ‘alaihim ahadahum.' [Maksud: Tidak halal bagi tiga orang yang berada di muka bumi yang terbentang ini kecuali mengangkat sebagai imam atas mereka salah seorang dari mereka.] [Hadith Imam Ahmad]
Untuk memahami konsep atau hakikat ini, kita tengok satu analogi yg simple: iaitu, ayam adalah ternakan atau haiwan yg halal dimakan oleh umat Islam - kerana dihalalkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Namun, jika tidak disembelih mengikut ketetapan Islam, i.e. dibaca 'Bismillah, Allahu Akbar' ketika menyembelihnya, maka dagingnya adalah 'bangkai', dan haram dimakan oleh orang Islam. Ayam yg disembelih dengan kaedah Islam sahaja yg halal dimakan! Demikianlah juga orang Islam. Seseorang Islam yg mengucap dua kalimah syahadah adalah Islam dari segi lahiriahnya, tetapi dia hanya halal pada Allah (a.w) jika dia berjema'ah dan ada seorang pemimpin (i.e. Imam atau Amir) sebagai ketuanya. Tanpa hadirnya seorang Imam atau Amir, atau tanpa sesuatu kumpulan yg bilangannya 3 orang atau lebih, itu mengangkat salah seorang mereka menjadi Imam atau Amir bagi kumpulan mereka, maka kehidupan setiap yg ada dalam perkumpulan itu, tidak halal di sisi Islam. Demikian juga apabila ada sekumpulan 3 atau lebih orang Islam yg bermusafir, tidak halal berada di bumi Allah (a.w), ketika bermusafir jika tidak mengangkat salah seorang mereka menjadi Imam atau Amir (i.e. ketua) perkumpulan mereka. Sila rujuk hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Abi Salamah hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza kana thalathatun fi safari fal-yuammiru ahadahum.' [Maksud: Ketika ada tiga orang di dalam bermusafir maka jadikanlah imam atau amir salah seorang dari kamu.] Berkata Nafi’: ‘Maka berkata aku kepada Abi Salamah (kerana beliau seorang dari bertiga yg tertua dan terbanyak ilmunya mengenai as-Sunnah): ‘Maka engkaulah amir kami.’ [Hadith Abu Daud]
Alhamdulillah, kita telah teliti satu lagi dimensi atau perspektif dan juga ketetapan syariat Islam tentang wajibnya dilantik seorang Imam atau Amir bagi segolongan umat Islam yg ada 3 atau lebih semasa menetap di suatu qariah atau dalam urusan musafir, untuk tujuan 'amal makruf'. Dengan adanya seorang Imam atau Amir, maka halallah perkumpulan umat Islam tersebut - secara individu dan secara berkumpulan. Kita akan bincang lagi perkara ini dalam post-post yg akan datang, insya Allah.
[Bersambung ...]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment