Assalamualaikum,
Menyambung kembali pengamatan kita tentang tajuk 'Bersolat mengikut cara Rasulallah (s.a.w)' itu, kita telah lihat perkara-perkara berikut:
1. Berwudu' sebelum bersolat (wajib ada wudu' sebelum bersolat)
2. Persediaan untuk solat berpakaian menutup aurat, sebaik-baiknya menutupi aurat dan badan dan berdiri mengadap kiblat dan pasang niat dalam hati (tak dilafazkan spt menyebut 'Usalli ...')
3. Berdiri dan angkat kedua tangan untuk Takbiratul Ikhram dengan menyebut Takbir (i.e. Allahu Akbar); kedua tangan diangkat supaya ibu jari:
(a) Bersetentangan dengan kedua cuping telinga; atau
(b) Bersetentangan dengan dua bahu
4. Cara meletakkan kedua tangan selepas Takbiratul Ikhram, iaitu tangan kanan di atas tangan kiri, memegang pergelangan tangan kiri, kedua-dua tangan diletak di tengah-tengah bahagian perut di atas bahagian pusat.
Demikianlah cara Rasulallah (s.a.w).
Kemudian kita baca Doa Iftitah. Ada banyak versi Doa Iftitah yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) berpandukan as-Sunnah, kita boleh ambil yg mana satu kita suka - yg pendek ke atau yg panjang ke. Antara doa-doa tersebut adalah spt beikut:
1. Mengikut hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) katanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berdiri seseorang lelaki itu (untuk bersolat) berniat kerana Allah (a.w) maka membaca: 'Allahu Akbaru kabiira, walhamdulillahi kathira, wa subhanallahi bukratau-wa asila.’ [Maksud: Allah yang mama Besar, dan sebanyak-banyak atau setinggi puji-pujian bagi Allah, dan maha suci Allah pagi dan petang] [Hadith an-Nasa’i] - Inilah kalimah-kalimah Doa Iftitah terpendek
2. Diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) memulakan solatnya dengan membaca: 'Subhanakallah humma wabi hamdika, watabarak-asmuka, wa taala jadduka, wala ilaha ngairuka.' [Maksud: Setinggi-tinggi pujian kepada Allah, wahai Allah wahai Tuhan kami dan kepada Engkau kami bersyukur, maha berkat namaMu, dan maha luhur, dan tiada Tuhan melainkan Engkau jua] [Hadith Ibnu Majah] - Ini kalimah-kalimah Doa Iftitah yg panjang sedikit.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bertanya aku, wahai ibuku dan engkau bapaku! [Nota: Para sahabat apakala hendak bercakap dengan Rasulallah (s.a.w) selalu memuji Rasulallah dengan memulakan cakap-cakap mereka dengan ungkapan-ungkapan seumpama ini sebagai penghormatan terhadapnya] Ya Rasulallah (s.a.w)! Apakah yang engkau ucapkan dalam diam engkau antara takbir dan bacaan (surah) al-Quran?’ (yakni, apakala Nabi (s.a.w) diperhatikannya diam antara Takbiratul Ikhram dan sebelum membaca al-Fatihah itu). Maka Rasulallah (s.a.w) bersabda (menjawab pertanyaan Abu Hurairah (r.a) itu): ‘Engkau bacalah (doa Iftitah): 'Allahumma ba’id baini wabaina khatoyaya kama ba’adta bainal masyriqi walmaghribi. Allahumma naqini min khatoyaya kama unaqqas saubul abyadu minad-danasi. Allahummagh-silni min khatoyaya bil maai wath-thalji wal-baradi.' [Maksud: Ya Allah ya Tuhan kami semoga Engkau menjauhkan kesalahanku seperti Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah ya Tuhan kami semoga Engkau bersihkan (atau menjaga) seperti bersihnya pakaian (atau kain) putih dari kekotoran. Ya Allah ya Tuhan kami semoga membasuh padaku dengan air dan salji daripada kekotoran. Ya Allah ya Tuhan kami semoga membasuh akandikau dari kesalahan (yakni, dosa) dengan air dan salji dan embun.][Hadith an-Nasa’i] - Inilah kalimah-kalimah Doa Iftitah yg agak panjang.
4. Diriwayatkan hadith daripada Jubairi bin Mut’im (r.a), katanya hadith daripada bapanya (kata bapanya): ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika masuk dalam solat (yakni, memulakan solatnya), berkata (Nabi (s.a.w) (i.e. membaca): 'Allahu Akbaru kabira, Allahu Akbaru Kabira' (3x), 'Alhamdulillahi kathira, Alhamdulillahi kathira' (3x); 'subhanallahi bukratan wa-asila' (3x); dan 'Allahumma inni a’uzubika minas-syaitanir-rajim, min hamzihi wanaf hihi wanaf syihi’. [Hadith Ibnu Majah] - Satu lagi bacaan Doa Iftitah tersebut.
Mana-mana kalimah Doa Iftitah yg kita pilih dan baca itu adalah menepati as-Sunnah. Kita gunakan kalimah tersebut bererti kita sudah akur dengan ketetapan as-Sunnah dalam konteks definasi 'Ahlus sunnah' itu. Kemudian, setelah habis membaca Doa Iftitah, kita membaca 'al-Fatihah' (i.e. 'Ummul Kitab') dan kemudian membaca satu surah al-Quran [Nota: Kalau kita menjadi Imam dalam solat berjema'ah di mana-manapun, janganlah baca surah yg panjang, kerana perbuatan sedemikian tidak disukai oleh Rasulallah (s.a.w). Kita mendapat ganjaran pahala yg banyak membaca surah-surah yg panjang dalam solat-solat sunat yg lazimnya hendaklah dibuat sendiri-sendiri].
Kemudian nanti kita akan lihat ketetapan as-Sunnah (i.e. cara Rasulallah (s.a.w) selanjutnya pula, spt Ruku', 'Iktidal, Sujud dan seterusnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment