Tuesday, December 15, 2009

Nasihat Rasulallah (s.a.w) kpd ibnu Abbas (r.a)

Assalamualaikum,
Ibnu Abbas (r.a) adalah sepupu Rasulallah (s.a.w). Ketika Rasulallah (s.a.w) diangkat menjadi Rasul, ibnu Abbas (r.a) adalah kanak-kanak lagi (sebagaimana Anas b Malik (r.a), Ali b Abu Thalib (r.a), Abdullah b Omar (i.e. ibnu Omar), dll). Ibnu Abbas (r.a) didoakan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya Allah (a.w) faqihkan (yakni, berikan kefahaman) kpd beliau tentang Islam dan al-Quran, sehinggakan beliau semasa dewasa merupakan seorang ulama' hebat yg banyak mentafsirkan al-Quran.
Inilah nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada beliau:
Diriwayatkan hadith bahawa ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Ketika aku sedang membonceng di belakang (kenderaan) Rasuallah (s.a.w), tiba-tiba Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wahai pemuda! Sungguh-sungguh aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimat, iaitu: (pertama) jagalah perintah Allah (a.w), nescaya Allah (a.w) akan menjaga kamu; (kedua) jagalah larangan nescaya akan engkau dapati Allah (a.w) selalu dihadapanmu; (ketiga) jika engkau meminta sesuatu mintalah kepada Allah (a.w); (keempat) jika engkau meminta bantuan atau pertolongan mintalah tolong kepada Allah (a.w); dan (kelima) ketahuilah bahawasanya semua umat andaikan semuanya berkumpul (bersatu) untuk berbuat bencana kepadamu tidak akan dapat membahayakan engkau dengan sesuatupun kecuali apa yang ditakdirkan Allah (a.w) atasmu; dan bila mereka bersatu untuk membuat manfaat bagimu juga tidak akan mampu kecuali apa yang telah ditakdirkan untukmu. Telah diangkat Kalam dan kering tulisan dalam lembaran.’ [Hadith Imam Ahmad & at-Termidzi]
Ada lima dimensi nasihat Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut:
1. Jika kita menjaga perintah Allah (a.w) - amalkan yg disuruh - maka Allah (a.w) akan menjaga kita
2. Jika kita jaga diri dari larangan Allah (a.w) maka Allah (a.w) sentiasa bersama-sama kita setiap masa (yakni, terselamat kita)
3. Mintalah apa-apa yg dikehendaki kepada Allah (a.w) (yakni, berdoalah), janganlah meminta kepada orang (i.e. kepada sesiapa saja, lebih-lebih lagi dukun, bomo dan tukang telek), kerana di akhirat kelak, kita diperintah Allah (a.w) orang yg kita meminta itu selamatkan kita
4. Mintalah pertolongan dan bantuan kerana apa-apa saja keperluan kepada Allah (a.w) dan jangan meminta kpd selainnya
5. Tidak siapapun dapat membencanakan kita, walaupun mereka bersekongkol hendak mengenakan sesuatu bencana kepada, jika Allah (a.w) tidak takdirkan kita dikenakan bencana, tetap tidak menegnai kita; dan tidak siapa dapat memberi sesuatu manfaat, walaupun semua orang berusaha berkumpulan menolong kita, jika tidak ditakdirkan Allah (a.w) kita tertolong, kita tak dapat apa-apa.
[Nota: 'diangkat kalam' = segala-galanya telah ditakdirkan dan tidak akan berubah. 'Kering tulisan dalam lembaran' = sudah disimpan di dalam Kitab Catatan Taqdir yg disimpan di Luh Mahfuz kesemua takdir terhadap seseorang itu. Namun di dalam hadith disebutkan bahawa yg boleh mengubah takdir (atau qada' dan qadar) hanyalah doa kepada Allah (a.w).]
Mudah-mudahan nasihat Rasulallah (s.a.w) ini dapat kita jadikan satu lagi kerangka panduan hidup sehari-harian kita. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment