Monday, December 21, 2009

Bagaimana bersolat mengikut as-Sunnah?

Assalamualaikum,
Kita telahpun lihat beberapa ketetapan Allah (a.w) tentang Solat. Kita juga telah tahu beberapa perkara mengenai Solat. Antaranya: pertama, Solat itu diwajibkan atas orang Islam yg beriman; kedua, solat itu pada asalnya diperintahkan 50 waktu sehari semalam, kemudian atas kemurahan Allah (a.w), dan atas gesaan Nabi Musa (a.s) supaya minta dikurangkan, akhirnya menjadi hanya 5 waktu, tetapi tetap mendapat pahala seumpama bersolat 50 waktu; ketiga, Allah (a.w) berjanji bahawa sesiapa yg secara istiqamah mengerjakannya dalam waktunya dan tidak leka, dan tidak menganggapkannya remeh sahaja, akan dimasukkan Allah (a.w) ke dalam syurga, dan jika sebaliknya, akan disiksa dalam neraka; keempat, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu meninggalkan satu waktu solat, kita jatuh kafir; kelima, solat itu adalah, sebagaimana rumah mempunyai tiangnya, tiang ugama Islam, maka sesiapa meninggalkannya (i.e. tidak bersolat), dia meruntuhkan ugamanya; dan keenam, sebagai keringanan Allah (a.w) terhadap kita, sesiapa yg tertidur atau terlupa bersolat, hendaklah dia mensolatkan solat yg tertinggal itu sebaik sahaja dia bangun dari tidur, atau sebaik sahaja dia sedar dan teringat, walaupun telah luput waktunya (i.e. cepat-cepat dikerjakan sebelum urusan lain dikerjakan).
Selain itu, kita juga diberitahu bahawa solat adalah ibadah utama umat Islam dan juga ibadah yg paling awal dan paling utama dalam proses hisaban di akhirat kelak. Sesiapa yg terselamat dalam hisaban solatnya, maka kemungkinan terselamat dengan hisaban amalan-amalan dan ibadah-ibadah lain adalah terjamin.
Yg penting kita ingat adalah segala sesuatu amalan dan ibadah itu hanyalah sah dan diterima jika amalan dan ibadah tersebut - dari segi bentuk-bentuk dan jenisnya, cara dan kaedah mengerjakannya dan segala rukunnya - hendaklah sejajar dengan apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika tidak menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka amalan atau ibadah tersebut terbatal dan tidak diterima Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) beritahu kita terima segala sesuatu dan tinggalkan segala sesuatu yg dibawakan atau yg dilarang Rasulallah (s.a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (i.e. model ikutan terbaik dalam segala sesuatu). Justeru itu, dalam perkara solat, kerana ianya ibadah yg terutama dalam Islam, wajarlah kita perhatikan dan betul-betul ambil perhatian supaya dipastikan kita menepati apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w).
Logiknya mudah. Islam adalah ugama ciptaan Allah (a.w) untuk hambaNya. Segala sesuatu mengenainya ditetapkan oleh Allah (a.w). Yg menyampaikan syariat ugama Islam itu kepada manusia (i.e. kita) adalah Rasulallah (s.a.w), perintah yg diterimanya secara wahyu ataupun secara berdepan apakala malaikat Jibrail (a.s) datang menemui Rasulallah (s.a.w) mengajarkannya dan mendemokan sekali sesuatu yg perlu didemo atau ditunjukkan. Dengan itulah Jibrail (a.s) mengajarkan Rasulallah (s.a.w), antara lain, cara dan kaedah, waktu masuknya dan waktu tamatnya, dan segala rukun-rukunya (i.e. rukun qaulai -ucapan atau bacaan, rukun fe'li - perlakuan dan perbuatan (i.e. pergerakannya), dan rukun qalbi -niat dan i'tikad qalbu, dan sebagainya. Maka dengan itu hanya Rasulallah (s.a.w) yg sempurna ilmunya tentang segala sesuatu dalam Islam, terutama ibadah solat. Kerana itu, dalam mengerjakan segala ibadah dan amalan, terutama solat, janganlah kita ikut caka-cakap atau ajakan-ajakan si-anu atau sipolan, kecuali kita pasti bahawa yg mengajar dan yg mengajak atau yg bercakap itu bercakap berpandukan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah.
Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) berpesan dan menyuruh kita dalam sabdanya: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Hadith Bukhari]. Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) tiada bersama kita, maka untuk melihat cara bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat, hendaklah kita mempelajari dan memahami ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith) tentang segala sesuatu itu.
Mudah-mudahan intro ini dapat difahami oleh semua pembaca, kerana ia tersangat penting dijadikan panduan ibadah kita setiap masa. Jika tidak kita akan melakukan sesuatu yg bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka rugilah kita dan bahayalah akhirat kita, wal iya zubillah. Kerana Rasulallah (s.a.w) bersabda: (Man ahdatha fi amrina haza ma laisa minni, fahua raddun) [Maksud: Barangsiapa memperbaharui di dalam urusan aku (yakni, urusan syariat Islam yang aku bawa) ini (dengan apa-apa urusan) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan oleh aku (Rasulallah (s.a.w)), maka urusan itu (yakni, amalan itu) ditolak (yakni, tidak diterima)] [Hadith Ibnu Majah]. Dan sabda Rasulallah (s.a.w) lagi: ‘Man ‘amala ‘amilan laisa minni, fahua raddun’ [Maksud: Barangsiapa beramal dengan suatu amalan yang tidak datangnya dari aku, maka dia (amalannya) ditolak (yakni, tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith ibnu Majah].
Mukaddimah ini dituliskan khusus untuk memperingatkan pembaca yg Islam supaya berwaspadalah dalam perkara solat. Akan kita temui nanti bahawa ada banyak perkara yg kita lakukan selama ini yg tiada sandaran as-Sunnah, dalam rukun qaul, rukun fe'li dan rukun qalbi pada solat. Jika diteliti dalam konteks pesanan Rasulallah (s.a.w) di atas rugilah kita kerana amalan kita berkemungkinan besar tidak menepati cara Rasulallah (s.a.w), maka tidak sah dan tidak di terima, na'u zubillah min zalik! Amin
Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment