Saturday, December 19, 2009

Wudu': keluar darah haid

Assalamualaikum,
Sebelum ini kita teliti bahawa bagi lelaki, jika keluar mazi maka hendaklah berwudu' semula untuk bersolat, dan jika keluar mani, hendaklah mandi junub. Kini kita teliti pula ketetapan as-Sunnah tentang haid, apakah dia membatalkan wudu'?
Diriwayatkan hadith dari 'Urwat hadith dari Fatimah bt Qaois, dari keturunan Bani Asad, Quraisy bahawasanya dia datang kepada (i.e. menemui) Nabi (s.a.w), maka menceritakan dia (kepada beliau) bahawasanya dia datang darah haid maka menyangka dia bahawasanya dia haid. Bersabda Nabi (s.a.w) kepadanya: 'Nescaya darah itu sesungguhnya demikian putus urat/darah kotor. Maka ketika mengadap (i.e. datang) haid, maka tinggalkanlah solat engkau, dan ketika selesai maka mandi (junublah) engkau, kemudian bersolatlah (semmula).' [Hadith an-Nasa'i, Kita Toharah (Bersuci)]
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa apabila tiba haid atas seseorang wanita, maka hendaklah dia berhenti mengerjakan solat. Setelah selesai (i.e. tus turun darah haidnya), hendaklah dia mandi junub, dan bersolat semula.
Biasanya, haid perempuan itu berlangsung kira-kira seminggu. Jika berterusan melebihi 7 hari atau sampai 15 hari, maka darah itu adalah istikhazah. Namun, selepas 15 hari, dia telah wajib bersolat bersolat semula. Maka dengan itu hendaklah dia mengambil wudu' - satu wudu' - bagi setiap solatnya. Dan, ketika bersolat hendaklah dia pakai lampin supaya, jika turun darah, tidak terkena tempat solat atau sejadah. Setelah habis haidnya, seseorang perempuan itu tidak perlu qada'kan solat-solatnya yg tertinggal. Tapi, kalau puasanya tertinggal, maka hendaklah dia qada'kan puasanya, selepas habis haidnya.
Demikianlah panduan as-Sunnah dalam masalah haid, istikhazah itu.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment