Assalamualaikum,
Sesiapa yg belajar ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith) mereka akan tahu ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah tentang Islam dan syariatnya. Mengenai solat, kita akan temui hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik (r.a) menceritakan kepadanya dengan berkata: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) (untuk belajar ilmu syariat uagama Islam) sedangkan kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau (yakni, belajar dengan beliau) selama dua puluh malam. Rasulallah (s.a.w) sangat halus perwatakannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami ingin bertemu (yakni, merindui) dengan keluarga kami, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Kembalilah kamu kepada keluarga kamu dan tinggallah bersama mereka, ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ (Kata Malik: ‘Disebutkan oleh beliau beberapa hal, ada yang kami ingat dan ada yang tidak ingat kami. Diantara sabda beliau:)
‘Sollu kama ra-aitumuni usalli’ [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat], apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang di antara kamu, dan yang paling tua (hendaklah) menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]
‘Sollu kama ra-aitumuni usalli’ [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat], apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang di antara kamu, dan yang paling tua (hendaklah) menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]
Ada beberapa perkara yg harus kita ambil perhatian dalam hadith tersebut:
1. Perintah Rasulallah (s.a.w) bahawa hendaklah kita bersolat sebagaimana kita lihat Rasulallah (s.a.w) bersolat;
2. Apabila masuk waktu solat fardu itu, maka salah seorang kita dalam jema'ah untuk solat itu azankan; dan
3. Jadikanlah imam solat 0rang yg tertua di kalangan jema'ah solat tersebut.
Ketetapan #2 dn #3 itu mudah difahami. Tapi, ketetapan #1 (i.e. bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat), itu bagaimana? Rasulallah (s.a.w) telah meninggalkan umatnya lebih 1,400 tahun! Kita boleh belajar dari mereka yg tahu bagaimana bersolat, kata kawan. Betul, tapi mungkin tidak betul, kecuali orang yg mengajarkan kita itu benar-benar tahu berpandukan ilmu as-Sunnah, begitulah cara Rasulallah (s.a.w) bersolat. Bagaimana kita nak tau betul atau tidak solat kita selama ini. Apakah menepati cara Rasulallah (s.a.w) bersolat? Adakah cara bersolat yg dibuat atau dikerjakan oleh tok-tok gutu kita, para ulama' kita atau para ilmuwan kita itu sejajar dengan cara Rasulallah (s.a.w) bersolat, maka boleh kita ikut?
Kalau betul, alhamdulillah. Kalau silap na'uzubillah! Kalau silap dan kita telah bersolat sedemikian selama 20 tahun atau 30 tahun atau 40 tahun atau 50 tahun, apa jadi ibadah kita? Kalaulah dicemari oleh sesuatu yg bercorak atau bersifat 'bid'ah'? Rugilah kita. Kalau kita dah berumur 60 tahun atau 70 tahun, iaitu had umur lazim, sabda Rasulallah (s.a.w), umatnya, rugilah kita. Masa sudah berlalu. Umur berlalu. Kemungkinan besar, tidak dapat dicompensate oleh apa-apa ibadah dan amalan lainpun, jika solat kita tidak di terima Allah (a.w).
Maka dengan itulah wajib kita belajar semula bagaimana bersolat cara Rasulallah (s.a.w)! Sumber ilmu dan panduan segala amalan dan ibadah, apa? Jawabnya: Rasulallah (s.a.w) sudahpun berpesan kepada kita 1,400 tahun dahulu, bahawa kalaulah kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, bukankah kita dijalan yg benar mencari panduan beribadah dan panduan beramal?
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lai yadurukum ma tamasaktum bihima, wahia kitabullahi wa sunnati nabiyi.' [Maksud: ‘Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah NabiNya (al-Hadith).]’ [Hadith Malik, Abdul Barri, dll]
Kalau kita beribadah dan beramal secara taklid = ikut orang, i.e. dalam kejahilan, mungkin kita betul tetapi kemungkinan besar kita salah! Maka dengan itulah kita wajib lakukan sesuatu berdasarkan ilmu, firman Allah (a.w) di atas. Mestilah kita beramal atau buat sesuatu amalan hanya dengan ilmu, bukan dalam kejahilan, sabda Rasulallah (s.a.w)!
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa ilmu yg wajib umat Islam, i.e. umatnya, yakni, kita kuasai, pelajari dan faqihi adalah dua, mengikut hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.' [Maksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu tersebut baik: (Yang wajib) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Apabila kita mempelajari al-Quran dn as-Sunnah, dan kita benar-benar faham isi kandungan dan mesejnya, maka kita tidak akan sesat, sabda Rasulallah (s.a.w) dalam beramal dan beribadah. Dan, dengan dua ilmu tersebut jugalah kita akan tahu secara terperinci segala sesuatu amalan dan ibadah - bentuk-bentuk, jenis-jenis, cara dan kaedah beramal dan mengerjakan ibadah, dll - yg membolehkan kita terpandu, dan membolehkan kita menyemak semula segala amalan dan ibadah kita supaya sejajar dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Sebenarnya, kalau kita nak jadi orang Islam dan beriman yg paling bertaqwa dan paling alim dan paling wara' dalam beribadah tak susah. Ikut sajalah segala amalan dan ibadah Rasulallah (s.a.w). Mungkinkah kita mampu melakukan sedemikian? Kalau tak mampu mengapakah, contohnya, kita buat sesuatu ibadah atau amalan yg tidak dikerjakan atau diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w)? Bukankah lebih mudah dan lebih betul kalau kita contohi ibadah dan amalan Rasulallah (s.a.w) sahaja!
Contoh: Mengapakah kita perlu kerjakan berbagai solat yg tidakpun disyariatkan, walhal begitu banyaknya solat-solat sunat yg disyariatkan dalam as-Sunnah? Megapakah kita perlu berpuasa tiga bulan berturut-turut - bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan - walhal tiada dibuat oleh Rasulallah (s.a.w)? Kalau kita nak menjadi ahli berpuasa, kenapa tidak kita amalkan 'Puasa Nabi Daud (a.s)' (i.e. puasa selang sehari), iaitu puasa yg amat disukai oleh Allah (a.w)? Atau, kenapa kita tidak menjadualkan ibadah seharian kita sebagaimana Cara Beramal Nabi Daud (a.s) - cara beribadah yg paling disukai oleh Allah (a.w) - iaitu dia tidur seperdua malam (6 jam), bangun malam mengerjakan solat-solat sunat, berzikir, berwirid, berdoa dan sebagainya sepertiga malam pula (4 jam) dan kemudian beliau tidur pula seperenam malam (2 jam), maka haripun siang. Adakah di kalangan kita yg rajin beramal itu, mampu mengerjakan Puasa Nabi Daud (a.s) dan Cara Beramal Nabi Daud (a.s), buat solat-solat sunat malam selama 4 jam selepas jam 12 tengah malam atau selepas jam 2 pagi?
Maka dengan itulah, kita wajar belajar dan mendalami ilmu supaya tidaklah kita mengerjakan sesuatu yg batil, tidak mendapatkan apa-apa keuntungan akhirat kepada kita. Mudah-mudahan kita sempat menyemak amalan kita yg lalu, dan memperbetulkannya, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment