Saturday, December 26, 2009

Siapa: Ahlus sunnah wal-jama'ah?? (Samb.)

Assalamualaikum,
Sebagai menyambung perbincangan kita mengenai 'Siapa Ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, kita telahpun faham perintah Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' (i.e. wajibkan taatkan selain Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w)), Ayat 7, Surah al-Haysr (i.e. wajib ikuti as-Sunnah), Ayat 80, Surah an-Nisa' (i.e. mentaati Rasulallah (s.a.w) bermakna mentaati Allah (a.w)). Juga, Ayat 59, Surah an-Nisa' (i.e. wajib taatkan 'ulil amri' = Imam atau Amir). Kita teliti pula dua lagi hadith yg menyebut tentang wujudnya Imam atau Amir (i.e.ulil amri) dan ketaatan kepada Amir atau Imam:
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: (Man atoni faqad ataallaha waman ‘asani faqad asallaha, waman ata’al amiri faqad ata’ani waman ‘asa amiri faqad ‘asani) [Maksud: Barangsiapa taatkan aku sungguh-sungguh dia telah taatkan Allah (a.w), dan barangsiapa engkar akan aku sungguh-sungguh dia engkarkan Allah (a.w). Dan barangsiapa taatkan amirku sungguh-sungguh dia taatkan aku, dan barangsiapa engkarkan amirku, sungguh-sungguh dia engkarkan aku.] [Hadith Bukhari, Kitab Ahkam]
dan hadith Muslim berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man ata’ani faqad ata’allaha wa-man ya’sini faqad ‘asallaha wa-man yuti’il amira faqad ata’ani wa-man ya’sil amira faqad ‘asoni.' [Maksud: Barangsiapa taatkan aku maka dia taatkan Allah (a.w) dan barangsiapa engkarkan aku maka sungguh-sungguh dia engkarkan Allah (a.w), dan barangsiapa taatkan amirku maka sungguh-sungguh dia taatkan aku dan barangsiapa ingkarkan amirku maka sungguh-sungguh dia engkarkan aku.] [Hadith Muslim, Kitab Imarah (Keimaman)]
Kedua-dua hadith tersebut memberi kita tahu perintah Rasulallah (s.a.w) sesiapa yg diangkat oleh jema'ah umat Islam sebagai pemimpin (i.e. Imam atau Amir) itu, hendaklah ditaati oleh rukyahnya (i.e. jema'ah). Di dalam al-Quran (i.e. Ayat 80, Surah an-Nisa' itu), Allah (a.w) memerintahkan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w), sudah pastilah dia mentaati Allah (a.w). Kita dibenarkan engkar hanya dalam situasi berikut, iaitu Imam atau Amir menyuruh suatu kemaksiatan [Nota: 'Kemaksiatan' dalam konteks Islam serta syariatnya, bermaksud segala sesuatu yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah]:
Diriwayatkan hadith dari ibnu Omar (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bahawasnya berkata: ‘‘Ala mar’il muslimis-sam’u wat-ta’atu fima ahabba wa-kariha illa an yukmaru bima’siatin fala sam’a wala to’ata.' [Maksud: Wajib atas setiap Muslim mendengar dan taat dalam apa-apa yang suka dia dan benci dia (akan perintah Imam atau Amir) kecuali bahawa diperintah dengan kemaksiatan. Maka jika diperintah dengan kemaksiatan maka jangan dengar dan jangan taat.] [Hadith Muslim, Kitab Imarah (Keimaman)]
Ketetapan Rasulallah (s.a.w) ini adalah sejajar dengan ketetapan dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' yg menyuruh kita, sebagai rukyah 'Jema'ah Islam' itu, merujuk kepada Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) jika berlaku atau timbul sebarang perselisihan atau pertelingkahan mengenai sesuatu, khususnya Islam dan syariatnya. Maka ketaatan terhadap 'ulil amri' (i.e. Imam atau Amir atau sesiapa sahaja yg menjalankan peranan atau sebahagian peranan Imam atau Amir, seperti para ulama' atau ilmuwan atau juruhukum) adalah dibatasi oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh: kalau sesuatu perkara itu tiada di dalam al-Quran ataupun as-Sunnah, diperintah kita buat atau kerjakan, kita berhak tidak ambil peduli (i.e. ignore) dan tidak mentaatinya!
Jelaslah dalam syariat Islam yg haq itu, kepimpinan tiada kuasa mutlak terhadap rukyahnya, kecualilah dia memerintah atau mentadbir rukyahnya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka rukyahnya wajib dengarkan nasihat atau ketetapannya dan wajib akur dan taat. Kerana, kita akan lihat kemudian nanti akan ada Imam atau Amir (i.e. ulil amri) yg memerintah dengan membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Dia meninggalkan as-Sunnah atau tidak menjadikan as-Sunnah panduannya dalam mentadbirurus rukyahnya, tetapi berpandukan hawa nafsunya atau akal fikirannya dalam kejahilan!
Dalam konteks ini juga, elok kita lihat ketetapan dalam hadith berikut, yg memberikan satu contoh apa yg kita wajib ignore dan tidak taatkan 'ulil amri', iaitu apabila disuruh amalkan sesuatu yg bersifa 'bid'ah':
Diriwayatkan hadith dari Qasim bin Abdul Rahman bin Abdullah bin Masud, hadith dari bapanya dari datuknya, Abdullah bin Masud (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sayali umurakum ba’di rijalun yutfiunas-sunnata wa-ya’maluna bil bid’ati wa-yuakhirunas-solata ‘an mawaqitiha.)'[Maksud: Akan mengatur (yakni, menguruskan) perkara kamu (Islam, syariatnya dan jemaah) beberapa imam sesudahku (iaitu) beberapa lelaki yang mematikan dia akan sunnahku dan mengerjakan mereka dengan bid’ah dan mengakhirkan (yakni, melambat-lambatkan) solat dari waktunya.] Berkata aku (ibni Masud): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w): ‘Jika menjumpai aku mereka bagaimana berbuat aku?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘As-alni ya ibnu ummi ‘abdin kaifa taf’al? La taata liman ‘asallaha.' [Maksud: Bertanya engkau wahai anak ibu hamba bagaimana berbuat kamu? Jangan taat pada orang yang menentang Allah (a.w).] [Hadith ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) telah memperingatkan kita bahawa akan tiba zamannya apabila seorang Imam atau Amir (i.e. ulil amri) yg tidak berpandukan as-Sunnah, mengajarkan atau menyuruh sebarkan 'bid'ah', melambat-lambatkan bersolat, dll. maka dalam situasi sedemikian itu, kita disuruh supaya tidak mentaati mereka, kerana pemimpin (i.e. Imam atau Amir) yg bertindak meninggalkan as-Sunnah dan mengembangkan 'bid'ah' telah menentang Allah (a.w)! Mengapa? Allah (a.w) perintahkan supaya ikuti al-Quran dan as-Sunnah, ambil dan jadikan panduan as-Sunnah, dan Rasulallah (s.a.w) perintah kita supaya jangan buat 'pembaharuan dalam perkara', tetapi kita buat1 Sesiapa yg menentang Rasulallah (s.a.w), i.e. mengambil panduan lain selain as-Sunnah, telah menentang Rasulallah (s.a.w), dan sesiapa yg menentang Rasulallah (s.a.w), bererti menentang Allah (a.w) - pure and simple! Tetapi hari ini, ramai memarahi dan mencerca sesiapa yg menasihatkan jangan buat itu dan ini kerana tiada sandaran as-Sunnah, tapi sandaran pendapat ulama' silam, tapi mereka katakan tidak hormat kepada 'ulil amri'! Walhal, mereka yg bercakap itulah sewajarnya berwaspada. Kerana dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda Allah (a.w) tidak redha (atau rida) sesiapa yg berbuat dan mengembangkan bid'ah, walau apapun labelnya!
[Bersambung ...]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment