Assalamualaikum,
Bagi saudara yg ramai rakan taulan yg bukan Islam mungkin boleh berdakwah kepada mereka - terutama yg sering memberi 'Salam' dan menyebut kalimah-kalimah spt 'Alhamdulillah', 'masya Allah', dll kepada saudara bila bertemu, iaitu sampaikanlah khabar gembira berikut:
1. Dosa-dosa orang yg kafir kemudian masuk (i.e. memeluk) Islam (seumpama saudara Mohd Farid Ravi Abdullah, Dr Ridhuan Tee dll) terhapus semuanya apabila menjadi Islam
2. Kebaikan yg dilakukan semaa belum Islam, ketika memeluk Islam dan menjadi orang Islam yg beriman, tidak terhapus bahkan trkumpul sebagai pahala ketika Islam
Dalil-dalil bagi dua ketetapan as-Sunnah mengenai perkara di atas adalah:
Diriwayatkan hadith dari 'Amru b 'As berkata bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: 'Islam menutup dosa-dosa sebelumnya (i.e. sebelum Islam)' [Hadith Imam Ahmad]
dan
Diriwayatkan hadith dari Hakim b Hizam yg bertanya kepada Rasulallah (s.a.w): 'Bagaimana pendapat engkau tentang beberapa dosa yg pernah aku lakukan pada masa jahiliah (i.e. sebelum Islam), apakah aku masih mendapat kebaikan-kebaikan yg aku lakukan pada masa jahiliah?' Rasulallah (s.a.w) menjawab: 'Engkau masuk Islam dengan membawa kebaikan yg telah engkau lakukan dahulu.' [Hadith Muslim]
Orang yg tidak Islam apabila masuk Islam mendapat dua pahala yg tidak didapati oleh orang Islam yg lahir Islam seumpama kita orang Melayu: pertama, terhapus segala dosa-dosa yg dilakukannya semasa sebelum Islam (i.e. zaman jahiliah) [Nota: 'Jahiliah =Belum mendapat ilmu dan kefahaman mengenai Islam dan belum Islam]. Kedua, segala kebaikan yg dilakukannya semasa belum Islam kekal mendapat ganjaran pahala yg dibawa olehnya setelah masuk Islam atau menjadi Islam. [Nota: Jika tidak Islam dan kekal tidak Islam sehingga mati sebagai seorang kafir, apa sahaja kebaikan yg dilakukan oleh mereka semasa hidupnya tidak diambil kira oleh Allah (a.w), kekal akan dicampakkan ke dalam neraka. Kebaikan tersebut, walaupun sebesar seisi dunia sekalipun, kemudian digandakan lagi, tidak dapat menebus dosa mereka kerana syirik, i.e. tidak akui Allah (a.w), Tuhan mereka [al-Quran]. Kebaikan mandapat pahala hanya jika dikerjakan dalam Islam].
Alangkah baiknya bagi mereka yg pandai bercakap tentang Islam - pendapat sianu dan sipolan, menghabiskan masa berdakwah supaya rakan taulan yg tidak Islam masuk Islam. Berbincang dan berbahas tentang kata-kata sianu dan sipulan demi menegakkan kebatilan seumpama berhujjah tentang 'ahlus sunnah wal-jama'ah' berdasarkan pendapat ulama' tersohor zaman silam, contohnya, adalah membuang masa aje! Lebih baik memujuk rakan taulan memeluk Islam demi keselamatan akhirat mereka dan demi meraih dividen pahala kiriman mereka sampai mati mereka dalam Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment