Assalamualaikum,
Abu Hurairah (r.a) adalah orang yg terbanyak, selain Ibnu Masud (r.a), dalam mengumpul atau meriwayatkan hadith Rasulallah (s.a.w). Berbanding dengan Ibnu Masud (r.a) yg boleh menulis, maka direkodkannya hadith-hadith Rasulallah (s.a.w),Abu Hurairah (r.a) tidak pandai menulis tetapi diberi Allah (a.w) kebolehan menghafal hadith-hadith.
Rasulallah (s.a.w) telah meminta Abu Hurairah (r.a) berikrar kepadanya demi kebaikan dirinya, mengikut hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Rabi’, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Memberi janji (yakni, Rasulallah (s.a.w) meminta Abi Hurairah (r.a) berjanji) aku (yakni, Abu Hurairah (r.a)) kepada Nabi (s.a.w) tiga (perkara): (pertama) bahawasanya tidak aku tidur kecuali atas witir (yakni, tidur hanya setelah mengerjakan solat Witir), dan (kedua) berpuasa tiga hari di dalam tiap-tiap bulan (yakni, pada 13, 14 dan 15 haribulan bulan-bulan Hijrah), dan (ketiga) bahawasanya aku solat Duha (sekurang-kurangnya 4 dan sebaik-baiknya 12 rakaat setiap hari).’ [Hadith sahih at-Termidzi, Kitab Saum (Puasa)]
Tiga perkara yg disebutkan dalam hadith di atas itu amalan minimum bagi seseorang yg inginkan keimanannya terjaga sebagai membuktikan dirinya benar-benar beriman kepada Allah (a.w):
1. Ketika malam hari, mengerjakan Solat Witir (satu atau tiga atau lima rakaat) sebelum tidur
2. Mengerjakan puasa sunat tiga hari sebulan (iaitu pada 13, 14 dan 15 haribulan bulan-bulan hijriah, i.e.Puasa Putih) [Nota: Ada hadith menyebutkan boleh dikerjakan lain-lain hari, asalkan tiga hari sebulan setiap bulan Hijriah)
3. Ketika siang (antara jam 8.30 hingga 10.30) mengerjakan satu Solat Duha (empat rakaat minima dan sebaik-baiknya 12 rakaat, i.e. enam Solat Duha dibuat dua-dua rakaat).
Bagi orang yg ingin bertaubat dari dosa-dosa besarnya, sebagai satu daripada syarat-syarat memohon dan mendapat keampunan Allah (a.w) adalah dia memperbaiki dirinya, setelah bertaubat dan menyesali perbuatannya, adalah hendaklah dia mengerjakan dan mempertingkatkan amalan dan ibadahnya. Nasihat dalam hadith ini adalah antara yg boleh menunjukkan peningkatan keimanan kita itu, dikerjakan setiap hari. Semoga kita diberikan keazaman serta kelapangan untuk meniru janji Abu Hurairah (r.a) terhadap Rasulallah (s.a.w) ini, demi kebajikan akhirat kita. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment