Assalamualaikum,
Sebagai memulakan perbincangan kita mengenai tajuk di atas itu, cuba kita teliti 4 potongan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Othman bin Affan (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) [Mengikut riwayat Syu’bah (r.a) sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik kamu’] [dan mengikut riwayat Sufiyan (r.a) pula] ’Kefadhalan (yakni, kebaikan) bagi mereka yang belajar dan mengajarkan al-Quran.’ [Hadith ibnu Majah & Bukhari]
Di dalam hadith di atas, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tahu bahawa sebaik-baik orang Islam itu adalah mereka yg belajar dan mengajarkan al-Quran (yakni, ilmu al-Quran). Hanya dengan ilmu kita tahu ketetapan Allah (a.w) supaya dapat kita memenuhi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran, terutama Ayat berikut:
Firman Allah (a.w): [Maksud: 'Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, beribadah) kepadaKu] [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Itulah tugas tunggal manusia di dunia. Segala sesuatu yg dilakukan dan dikerjakan olehnya dalam kehidupannya hanya satu iaitu menepati ketetapan tersebut sebagai hamba Allah (a.w). Untuk menjadi hamba Allah (a.w) terbaik, wajib mempelajari dua ilmu, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Mempelajari al-Quran itu suatu yg terbaik. Begitu jugalah mengajarkan al-Quran suatu yg terbaik. Dengan mempelajari al-Quran,kita tahu apakah kesudahan kita jika kita patuhi ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 14, Surah an-Nisa' sebagai contoh. Sesiapa yg menepati ketetapan kedua-dua ayat-ayat tersebut, mereka akan berjaya mendapatkan syurga dan terselamat dari neraka. Itulah matlamat hidup orang iman. Kerana, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan dalam al-Hadith bahawa 'on average' umatnya adalah antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Walhal, sehari di akhirat itu bersmaan dengan 1,000 tahun di dunia!
Diriwayatkan hadith daripada Othman bin Affan (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik atau yang paling afdhal (atau yang paling utama) (adalah) bagi barangsiapa yang belajar dan mengajarkan al-Quran.’ [Hadith Ibnu Majah & juga at-Termidzi’]
Hadith berikut yg diriwayatkan oleh Othman ibni Affan (r.a) juga menyebutkan pesanan yg sama dari Rasulallah (s.a.w). Orang Islam itu memperbaiki imannya dengan ilmu. Tanpa ilmu, dia mungkin melakukan sesuatu dalam kejahilan - yg disuruh ditinggalkan dan yg ditegah dikerjakan. Juga, jika tidak mempelajari al-Quran dari mereka yg faqih dan faham al-Quran, maka timbullah pelbagai pentafsiran kpd ayat al-Quran. Terkadang tafsiran tersebut adalah batil. Maka dengan itulah ada yg tafsirkan perintah mengamalkan Islam secara berjema'ah itu dimaksudkan berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan keettapan as-Sunnah. Maka dengan itulah umat Islam tidak mengamalkan jema'ah.
Diriwayatkan hadith daripada Mus’ab bin Sa’din (r.a), katanya hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik kamu adalah (orang) yang belajar dan mengajarkan al-Quran.’ Berkata ‘Asim bin Yahdalah (r.a), seorang perawi dalam isnad hadith ini, yang mendapat hadith daripada Mus’ab (r.a) itu: ‘Dan Mus’ab bin Sa’din (r.a) [Perawi hadith ini] memegang tanganku maka disuruhnya aku duduk di suatu tempat duduk, dan (disuruh) membaca aku akan al-Quran.’ [Hadith Ibnu Majah]
Di dalam hadith berikut yg diriwayatkan oleh Ali b Abi Thalib (r.a) pula beliau memberitahu pesanan yg sama dari Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik kamu (adalah) orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.’ [Hadith at-Termidzi]
Demikianlah beberapa potong hadith pilihan tentang utamanya belajar dan mengajarkan al-Quran. Sifat mulia seseorang yg iman itu adalah apabila dia berilmu dia mengajarkan orang lain; dan jika dia jahil, maka dia berusaha untuk menghapuskan kejahilan dirinya dengan mempelajari ilmu.
Kita tahu bahawa sesiapa mengajarkan ilmu yg haq - al-Quran dan as-Sunnah - kepada orang lain, apabila diamalkan oleh muridnya, maka muridnya mendapat ganjaran pahala, dan dia, yg mengajarkan ilmu tersebut, dikirimkan pahala oleh muridnya, tanpa sedikitpun menjejskan ganjaran pahala yg diperolehinya. Sebaliknya, sesiapa yg mengajarkan suatu ilmu yg batil - contoh bid'ah, kurafat dan tahyul - jika diamalkan oleh anak muridnya, anak muridnya mendapat dosa dan anak muridnya pula mebgirimkan dosa kepadanya tanpa mengurangi dosa-dosa anak muridnya yg mengamalkan ajaran batilnya! Oleh itu, demi masa akhirat kita, wajarlah kita berwaspada. Ajarkanlah yg haq dan janganlah ajarkan yg batil. Kadang-kadang dalam kejahilan kita ajarkan sesuatu yg kita diberitahu kononnya yg haq tetapi sebenarnya batil, maka kitalah yg menanggung dosanya dan kita pula menerima kiriman dosa oleh orang lain. Kalaulah berlanjutan atau berterusan kebatilan itu kita ajarkan dan sebarkan pula, kita menerima kiriman dosa sampai kiamat dunia!
Mudah-mudahan kita berwaspada. Hilangkanlah kejahilan dengan mempelajari ilmu. Dan, janganlah kita terima cakap-cakap orang tanpa landasan ilmu. Mudah-mudahan Allah (a.w) terus membimbing kita. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment