Friday, December 11, 2009

Orang jahil memimpin umatnya

Assalamualaikum,
Sesungguhnya kita semua tergolong orang yg jahil lagi bodoh jika kita tidak mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. jahil kerana ilmu yg wajib ada pada seseorang Islam yg beriman itu hanyalah dua: iaitu, ilmu mengenai al-Quran, dan ilmu mengenai as-Sunnah. Sepatutnya mereka yg bergelar ulama' iatu sememangnya faqih dengan dua kategori ilmu ini. Maka dengan itu mereka bolehlah memimpin umat Islam ke jalan yg diredhai Allah (a.w). Apabila terpimpin selamatlah dia dan orang yg dipimpinnya dari terjerumus ke dalam neraka dan berjayalah mendapat syurga Allah (a.w). Kalau jahil ulama'nya maka mereka memimpin mengikut jalan-jalan persangkaan semata-mata, dia belum pasti, kerana yg pasti itu semuanya disebut dan dijelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kalau jahil pengikutnya, dia pula mengajarkan yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, bodohlah dia kerana sesuatu kebatilan yg diajarkan dan diamalkan pula oleh pengikutnya, maka pengikutnya berdosa dan pengiklutnya pula mengirimkan dosa kepadanya, waliya zubillah! Akibatnya, yg mengajar masuk neraka dan yg diajarpun masuk neraka. Tak siapa untung!
Sehubungan itu, penulis turunkan di bawah ini satu hadith yg sewajarnya menjadi peringatan kepada kita - yg rasa berilmu dan yg masih jahil - supaya membuat anjakan minda ke arah jalan dan tindaktanduk yg haq:
Diriwayatkan hadith daripada Hisyam bin ‘Urwat hadith daripada bapanya hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ass (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yaqbidul-ilmi intiza’an yantazi’uhu minal ‘ibadi wa-lakin yaqbidul-ilma biqabdil- ‘ulamai, hatta iza lam yabqa ‘aliman at-takhazan-nasu ru-usan juhhalan fasuilu fa-aftau bighairi ‘ilmin fadallu wa-adallu.'[Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) menghilangkan ilmu (mengenai Islam) bukan dengan mencabut (i.e. menghilangkan) ilmu tersebut daripada hambaNya, dan akan tetapi hilang ilmu dengan mencabut (yakni, mematikan) para ulama’ (orang yang berilmu), sehingga ketika tiada orang yang berilmu (maka) mengambil manusia beberapa pemimpin (khususnya, para ulama') yang jahil, maka ketika ditanyakan sesuatu (ketetapan mengenai segala sesuatu tentang Islam dan syariatnya) maka memberi fatwa (i.e. ketetapan hukum dan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)) dia tanpa ilmu, maka sesat dia dan menyesatkan (jemaah atau kaumnya).] [Hadith Bukhari]
Hadith ini dipetik dari Sahih Bukhari. Semua ulama' arus perdana akui bahawa hadith-hadith Bukhari dan Muslim adalah sahih. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yg telah diberi penjelasan oleh tok-tok guru kita hadith ini? Kalaulah kita diberitahu pastilah banyak amalan dan ritual yg tidak sejajar dengan ketetapan as-Sunnah kita boleh kaji semula. Kalaulah kita tahu tidaklah kita membuang masa membuat atau beramal dengan segala sesuatu yg boleh membatalkan ganjaran pahala semua amalan dan ibadah kita yg wajib mahupun yg sunat!
Kita sebagai orang biasa tak berupaya membuat anjakan minda dan membuat perubahan kepada sesuatu yg sudah menjadi kelaziman amalan arus perdana. Selama ini kita terasa terkilan kerana mengirimkan dosa kepada mereka yg mengajarkan apa yg kita amalkan sehingga kini. Di akhirat kelak yg mengajar dan yg diajarkan akan berbalah di depan Allah (a.w) - yg satu menuding jari kepada yg satu lagi. Yg mengajar tidak mahu menanggung dosa orang yg diajarkannya dengan berkata: 'Aku tidak paksa kamu ikuti aku, tapi kamu dengan rela diri ikuti aku'; dan yg mengikut pula berkata: 'Kamu yg mengajarkan aku supaya ikuti kamu. Kalaulah aku tahu kamu berbohong dalam mengajar aku, masakan aku ikuti kamu'. Kemudian Allah (a.w) perintahkan kedua-dua pihak sudah terlambat. 'Masuk sajalah ke dalam neraka. Sudah Aku (Allah (a.w) perintahkan dan sudahpun disampaikan oleh RasulKu, supaya hendaklah kamu semua ikuti al-Quran dan as-Sunnah. Tapi kamu abaikan...'
Mudah-mudahan kita sempat keluar dari jalan yg batil dan dapatkan jalan yg hak, sementara nyawa masih di badan. Belajarlah ilmu dan janganlah ikuti orang-orang yg bercakap itu dan ini, begitu dan begini, tanpa ilmu. Ilmu yg benar itu dua: ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Jangan ikuti ketetapan manusia yg menonjolkan dirinya dengan imej seorang ulama' atau ilmuwan', melainkan kita sudah yakin dan pasti bahawa yg dicakapkannya adalah haq, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Amin

Jazakallahu khaira

No comments:

Post a Comment