Friday, December 11, 2009

Islam melarang lelaki pakai sutera & melabuhkan pakaian

Assalamualaikum,
Saudara hari ini adalah suatu kebanggaan bagi seseorang lelaki dalam berpakaian membuat dua perkara: pertama, memakai sutera; dan kedua, melabuhkan pakaian. Dalam pelbagai upaca kerasmian, sama ada dlam keramaian politik mahupun sosial lainnya, seperti keramaian di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan, mereka memakai batik, i.e. baju batik yg diperbuat dari pelbagai jenis sutera. yg berada menempak baju batik dari sutera yg paling halus dan paling mahal bagi menunjukkan status dan kemampuan atau kedudukan atau taraf. Begitu juga kaum wanita, i.e. isteri-isteri mereka. Kemudianlelaki pula memakai celana atau selura yg diperbuat dari kain-kain yg mahal dan berjenama pula, yg sengaja ditempah supaya labuh, samapai hujung celananya mengenai lantai atau tanah. Dan, anihnya pula ramailah orang mencerca atau mentertawakan lelaki yg memakai celana singkat, yg dikatakan pengikut mazhab selain as-Syafie. Kalau kita seorang yg observant, kita akan dapati ada lelaki Islam yg memakai seluar atau jubah yg tergantung sama ada panjangnya sampai hanya setakat buku lali atau terkeatas sedikit, seolah-olah mereka kekurangan kain, maka tidak cukup untuk dilabuhkan.
Apabila kita teliti ketetapan as-Sunnah mengenai pakaian lelaki Islam, kita akan temui larangan-larangan berikut:
1. Lelaki Islam ditegah atau dilarang memakai kain yg diperbuat dari sutera; dan
2. Lelaki Islam dilarang atau ditegah memakai pakaian yg labuh sampai melebihi buku lali (atau, mata kakinya).
Cuba kita teliti hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) hadith daripada bapanya Omar bin Khattab (r.a) yang melihat orang berjual kain sutera di depan pintu mesjid, lalu berkata dia: ‘Rasulallah (s.a.w) berkehendakkan engkau membelinya dan memakainya untuk solat Jumat atau untuk menyambung rombongan? Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa memakainya tidak memakainya di akhirat.’ Maka dibawakan kain sutera itu kepada Rasulallah (s.a.w). Maka diberikan sehelai oleh Rasulallah (s.a.w) kepada Omar (r.a). Maka berkata Omar (r.a): ‘Adakah engkau suruh aku memakainya walhal engkau telah mengatakan kepada penjual sutera ini (Utarid) apa yang engkau katakan! Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bukanlah aku suruh engkau memakainya tetapi menggunakan nilainya.’ Maka dihadiahkan oleh Omar (r.a) kepada saudaranya yang kafir.’ [Hadith Muslim]
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) melaporkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menghadiahkan sehelai kain sutera kepada Omar ibni Khattab (r.a). Berkata Omar (r.a): ‘Engkau berikan aku sutera walhal engkau mengatakan sesiapa yang memaikai sutera tidak akan memakainya di akhirat?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bukanlah aku suruh engkau memakainya tetapi mengunakan nilainya.’ [Hadith Muslim]
Kedua-dua hadith di atas menceritakan perkara yg sama. Rasulallah (s.a.w) memberikan Omar ibni Khattab (r.a) sehelai kain sutera, yang dihadiahkan kepadanya, walhal Rasulallah (s.a.w) telah membuat ketetapan bahawa lelaki Islam yg memakai sutera semasa hidupnya tidak akan memakainya di akhirat, i.e. lelaki yg memakai sutera tidak akan masuk syurga. Kita diberitahu dalam al-Quran bahawa pakaian lelaki dan wanita beriman yg berjaya mendapat syurga adalah kain sutera halus. Malah diceritakan di dalam hadith, wanita dalam syurga itu memakai tujuh lapis sutera halus. Walaupun begitu, masih kelihatan tulang kakinya, menunjukkan betapa cantiknya wanita syurga itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat bahawa lelaki yang beriman jangan pakai kain dari sutera (Nota: jika perlu digunakan suterapun hanyalah setakat sebesar poket atau kocek baju sahaja). Maka dengan itu Omar (r.a) menegur Rasulallah (s.a.w) yg memberikan kepadanya sehelai kain sutera, setelah melarang umatnya memakai sutera! Rasulallah (s.a.w) berikan kepadanya bukan untuk dipakai, tetapi untuk dimanfaatkan nilai kain tersebut. Maka dengan itulah Omar (r.a) hadiahkan kepada orang kafir. Larang memakai sutera ini tidaklah kerana apa-apa sebab kecuali Allah (a.w) memerintahkan hambaNya supaya akurkan perintah: yakni, orang iman itu apabila diperintahkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya hendaklah dia akur: 'dengar (sami'na) dan taat (wa-ato'na)'.
Berhubung dengan pakaian yg dilabuhkan pula, ketetapan as-Sunnah adalah seperti disebutkan dalam dua hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) yang melaporkan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Allah (a.w) tidak mahu melihat orang yang melabohkan pakaiannya kerana menunjukkan kesombongannya.’ [Hadith Muslim]
Kita diberitahu bahawa syaitan itu dikutuk Allah (a.w) kerana kesombongannya dan ketakburannya. Maka dengan itu sebarang kesombongannya adalah sifat yg dibenci Allah (a.w). Oleh itu, sebarang sesuatu yg melambangkan kesombongan, rasa ujub diri, rasa bangga diri, dan seumpamanya adalah sifat-sifat mazmumah. Orang iman diperingatkan supaya menghidarkan diri sewajarnya.
Diriwayatkan hadith oleh Abu Hurairah (r.a) yang melaporkan bahawa dia terlihat seorang yang melabohkan pakaian bawahnya (yakni, seluar)(yakni, jejak ke bumi) dan berjalan menghentakkan kakinya ke bumi (seolah-olah sombong). Dia adalah Amir Bahrain (yakni, pemimpin jajahan Bahrain), disebut-sebut orang: Dia Amir Bahrain. Abu Hurairah (r.a) memberitahu: ‘Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Allah (a.w) tidak mahu melihat orang yang melabohkan pakaiannya kerana menunjukkan kesombongannya.’ [Hadith Muslim]
Masyarakat zaman jahiliah - terutama golonganbangsawan dan berdarjat -sering menunjuk-nunjukkan status dan kedudukan mereka, menganggapkan diri mereka berdarjat lebih dan lebih mulia. Kemuliaan dalam Islam tidak terletak pada kedudukan dan seumpamannya, tetapi ketaqwaan. Maka dengan itulah disebutkan pakaian ketaqwaan adalah lebih mulia bagi orang iman.
Sehubungan itulah, Islam mensyaratkan bahawa lelaki Islam tidak dibolehkan sama sekali memakai pakaian yg dilabuhkan. Maka dengan itulah seseorang yg mendapat ilmu mengenai pakain dalam Islam, berpandukan as-Sunnah, mereka tidak melabuhkan pakaiannya seumpama seluar atau jubah. Mereka tidak menunjuk-nunjuk atau bangga diri dan sebagainya.
Menyentengkan seluar atau jubah bukanlah ketetapan fahaman Wahabi ataupun mana-mana mazhab, seumpama Maliki atau Hanafi, sebagaimana yg lazim ditafsirkan oleh banyak pihak, tetapi sebenarnya adalah ketetapan as-Sunnah.
Harus diingati bahawa ketetapan as-Sunnah itu wajib diambil pakai dan dilaksanakan (rujuk Ayat 7, Surah al-Hasyr, dan ayat-ayat lain yg memerintahkan orang Islam dan orang beriman supaya taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah).
Sebaliknya, wanita Islam dibolehkan memakai sutera. Malah wanita Islam diwajibkan menutup aurat mereka, i.e. menutup kepalanya, melabuhkan serta melonggarkan pakaiannya, supaya tidak nampak dan bentuk atau susuk dadanya, ponggongnya, kakinya dan sebagainya. Yang dibolehkan kelihatan hanyalah muka dan dua telapak tangannya sahaja. Malah wanita Islam ditegah memakai gelang kaki dan lain-lain perhiasan diri yg menjadikan mereka tertarik dilihat oleh lelaki yg ajnabi.
Alhamdulillah, kita telah terjumpa ilmunya mengenai pakaian lelaki Islam itu. Mudah-mudahan agar tidaklah kita remehkan atau tolak tepi panduan as-Sunnah ini, kerana akibatnya amat memburukkan kesejahteraan akhirat kita. Janganlah perdagangkan akhirat kita demi 'nikmat' dunia yg sedikit serta yg tidak seberapa. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment