Saturday, December 12, 2009

Janganlah Islam jadi munafiq

Assalamualaikum,
Secebis lagi ketetapan as-Sunnah yg memperingatkan kita yg Islam supaya jangan menjadi munafiq. Kerana, orang munafiq itu mertabadnya jauh lebih rendah dan siksaannya jauh lebih buruk dari orang kafir.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Thalatha fil-munafiqi, wa-in solla wa-in soma wa-‘azama annahu Muslimun: ‘Iza hadatha kazaba, iza wa’ada akhlafa, wa-izaktumina khana.'[Maksud: Tiga perkara dalam (diri seseorang itu adalah) munafiq dan jika dia solat dan jika dia berpuasa dan menyangka (seseorang yang munafiq itu) bahawasanya dia adalah Islam? Ketika bercerita (bercakap) dia bohong, dan ketika berjanji dia ingkar (akan janjinya) dan jika diberikan kepercayaan (i.e. amanah) dia khianat (akan amanahnya).] [Hadith Imam Ahmad]
Hadith di atas menyebutkan tiga sifat atau ciri orang yg mengakui Islam tetapi sebenarnya munafiq, walaupun orang tersebut bersolat dan berpuasa dia, sebagaimana orang Islam dan iman selainnya, iaitu:
1. Apabila dia bercakap, dia berbohong (Nota: Dalam Islam tiada 'bohong sunat')
2. Apabila dia berjanji, dia mungkir janji (i.e. tidak ditepatinya apa yg dijanjikannya)
3. Apabila diberi sesuatu amanah (atau, kepercayaan kepadanya), di khianati amanahnya
Orang-orang yg ada satu atau ketiga-tiga sifat ini adalah munafiq walaupun dia bersolat, dia berpuasa dan dia penuh yakin yg dia adalah orang Islam.
Apakah kesudahan orang munfaiq. Orang munafiq itu mengikut firman Allah (a.w) di dalam al-Quran, masuk neraka dan tempatnya dalam neraka itu adalah di dasarnya, yakni jauh lebih terkebawah dari neraka tempat orang kafir ditempatkan.
Firman Allah (a.w):' Sesungguhnya orang munafiq itu (tempatnya) pada tingkat yang terkebawah (yakni, di dasar) dalam neraka. Dan, kamu tidak akan dapat seorang penolongpun bagi mereka (di akhirat).' [Ayat 145, Surah an-Nisa']
Apakah gunanya kita bersolat, kita berpuasa dan mengerjakan amal ibadah lain, jika kita mempunyai sifat-sifat tersebut?
Namun, Allah (a.w) memberi peluang pada orang munafiq itu bertaubat, dan jika diampunkan Allah (a.w), dan sesungguhnya Allah (a.w) itu Zat Yg Maha Mengampun, terlepaslah dia dari balasan tersebut, wallahu 'alam.
Mudah-mudahan kiat janganlah memiliki sifat-sifat sedemikian. Amin

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment