Assalamualaikum,
Kita telah teliti sepotong hadith yang menyebutkan peristiwa beberapa orang sahabat Rasulallah (s.a.w) yang membina khemah di atas kubur, tanpa mengetahuinya bahawa tapak khemah itu adalah suatu kubur, maka terdengar mereka simayat di dalamnya membaca Surah al-Mulk sehingga tamat. Kita diberitahu bahawa surah itu adalah surah penjaga yang menjaga kita dari siksaan kubur.
Di dalam hadith berikut, kita diberitahu lagi satu kefadhalannya.
Diriwayatkan hadith daripada Abbas al-Jusya'iyi hadith daripada Abi Hurairah (r.a) hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya ada satu surah di dalam al-Quran (yang mempunyai) 30 ayat memberi syafaat (i.e. menolong) pada sesiapa yang membacanya sehingga mengampuni Allah (a.w) baginya (akan dosa-dosanya), (iaitu surah) 'Tabarakal-lazi biyadihil mulk'. [Hadith Imam Ahmad di dalam Tafsir ibni Kathir]
Justeru itu, wajarlah kita yang beriman berusaha menghafalnya dan membacanya selalu untuk mendapat ganjaran kebaikan atau kefadhalan yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu.
Semoga kita masih mampu mengusahakan menghafal surah ini. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment