Assalamualaikum,
saudara, kita telahpun lihat cara dan kaedah berwudu' mengikut as-Sunnah. Yg utama jangan kita lupa adalah menyebut kalimah 'Bismillah' (bukan 'Basmalah') ketika hendak memulakan wudu' [Nota: 'Basmalah' adalah kalimah 'Bismillahir-rahmanir-rahim']. Kita telah maklum wudu' tanpa menyebut kalimah 'Bismillah' tidak sah. Begitu juga apabila mandi junub kta wajib menyebut 'Bismillah' [Nota: Semua amalan dan pekerjaan yg baik hendaklah memulakan dgn membaca atau menyebut 'Bismillah', spt ketika nak makan atau ketika nak minum dan seumpamanya]. Kedua, setelah selesai berwudu' kita bacalah Doanya, iaitu, kalimah syahadah.
Diriwayatkan hadith dari 'Uqbah b Amir al-Juhanniyi hadith dari Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa berwudu', maka dia memperbaiki wudu'nya (yakni, sempurna had-hada batsan air yg kena pada anggota-anggota wudu', sebagai contoh), kemudian dia menyebut: 'Asyhadu allailaha ilallah, wa-asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa-rasuluhu', maka dibukan (oleh para malaikt atas perintah Allah (a.w) kelak) baginya delapan pintu-pintu syurga, masuk dia dari mana-mana pintu yg dia suka.' [Hadith an-Nasa'ie, Kitab Bersuci]
Saudara, mungkin dari kecil lagi kita diajarkan kalimah-kalimah lain. namun membaca kalimah-kalimah di atas adalah ketetapan as-Sunnah, i.e. perintah Nabi (s.a.w), maka lebih afdhal kita ikuti dan contohi.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment