Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu, kita telah lihat ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah tentang tajuk di atas. Kita diberitahu bahawa sesiapa yg berilmu (i.e. memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah), wajib atasnya menyampaikan atau mengajarkan atau menyebarkan ilmu tersebut. Dan, kita diberitahu ketetapan Islam bahawa mengaji atau mempelajari ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) itu wajib atas kita yg mengakui diri kita seorang Islam. Kita juga diberitahu bahawa orang yg menyampaikan atau mengajarkan ilmu dan orang yg mempelajari atau menerima ilmu itu sama-sama mendapat pahala.
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita tentang ilmu ini dalam beberapa post yg akan datang supaya kita terpandu dan mendapat manfaat sebanyak mungkin.
Hadith di bawah ini menyebutkan bahawa seseorang guru yang mengajarkan seseorang (i.e. muridnya) suatu ilmu, maka apabila diamalkan oleh orang yang mendapat atau mempelajari ilmu tersebut, maka yang mengamalkannya mendapat pahala dan yang mengajarkan ilmu tersebut juga mendapat pahala. Walaupun, yang mengajar mandapat pahala, pahala yang diterima oleh yang belajar darinya juga, apabila diamalkannya, tidak dikurangi sedikitpun.
Diriwayatkan hadith dari yahya b Ayub hadith dari Sahil b Muaz bin Anas hadith dari bapanya (yang berkata): ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mengajarkan sesuatu ilmu baginya (i.e. yang mengajar) pahala barangsiapa yang beramal dengannya (i.e. ilmu) tidak mengurangi dari pahala orang yang mengamalkannya.’ [Hadith ibnu Majah].
Dua pihak mendapat pahala, iaitu orang yang megajarkan ilmu dan orang yang diajarkan ilmu sama-sama mendapat pahala, tanpa mengurangi pahala orang yang diberi ilmu, apabila diamalkan olehnya. Jelasnya, jika kita ajarkan seseorang lain ilmu yg haq dalam Islam, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka kita yg mengajar dan orang yg kita ajarkan sama-sama untung - mendapat pahala. Kita dapat pahala mengajarkannya, anak murid mendapat pahala kerana beramal dgnnya dan anak murid itu juga mengirimkan pahala kpd kita (i.e. gurunya).
[Nota: Tetapi, kita wajib ingat bahawa kita yg tau ilmu, dan tidak mengamalkan ilmu tersebut, maka Allah (a.w) mengancam kita dgn neraka (Ayat 2 dan 3, Surah as-Sof). Pada Ayat 2 itu Allah (a.w) berfirman yg maksudnya: 'Wahai orang-orang yg beriman! kerana sebab apa kamu berkata-kata sesuatu yg kamu tidak lakukan?' Maksudnya: kenapa bercakap tak serupa bikin. Dan, pada Ayat 3 pula Allah (a.w) sebutkan akibatnya. Ayat tersebut memberitahu, yg maksudnya: 'Berat atas kamu dosanya di sisi Allah (a.w) apabila berkata kamu sesuatu tidak kamu kerjakan (atau amalkan) apa-apa yg kamu katakan].
Saudara, sebaliknya pula bagaimanakah pula akibat yg kita terima jika kita mengajarkan suatu yg batil atau suatu kebatilan? Kita akan lihat kemudian nanti, bahawa sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu yang batil (i.e. tiada dalam ketetapan al-Quran ataupun as-Sunnah), kepada seorang yang lain (i.e. anak muridnya), maka jika diamalkan oleh muridnya, maka berdosa dia (i.e. yang mengajarkan i.e. guru), tanpa mengurangi dosa orang yang mengamalkan ilmu yang dipelajari olehnya (i.e. anak murid).
Justeru itu, ada dua pilihan dalam perkara mengajar dan mempelajari ilmu yg batil, pertama: yang mengajarkan ilmu memperolehi dosa dan dia juga mendapat kiriman dosa dari anak-anak murid yang diajarkannya; dan kedua, anak muridnya pula mendapat dosa kerana mengamalkan ilmu yg batil yg dipelajarinya dari gurunya, dan dia juga mengirimkan dosa kepada orang yang mengajarkannya (i.e. gurunya), tanpa sedikitpun mengurangkan dosa dia (i.e. muridnya) yg mengamalkannya.
Saudara, sehubungan itulah janganlah kita mempelajari sesuatu ilmu yg batil atau salah dalam kejahilan kerana berat akibatnya pada kita. Kemudian kita ajarkan atau beritahu orang lain dan dia pula terima cakap-cakap kita, dia pula amalkan, maka kita sebenarnya membuat pelaburan yg batil dan mendapat kiriman dividen yg batil pula, iaitu dosa, sehinggalah apa yg kita ajarkan itu lenyap atau telah tidak lagi diamalkan oleh orang. Mengajarkan sesuatu 'bid'ah hasanah' adalah kebatilan kerana tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah wujudnya 'bid'ah hasanah'. Kita ajarkan, maka kita berdosa dan dikirimkan dosa pula oleh orang yg kita ajarkan!
Mudah-mudahan setelah kita tahu akibatnya, kita tidaklah menganianya diri kita sendiri.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment