Tuesday, January 11, 2011

Islam Tapi Mati Kafir!

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin kita bersyukur kerana kita dilahirkan Islam. Kerana kita diberitahu sesiapa yg Islam dam mati dalam Islam, ada peluang baginya untuk menikmati syurga suatu masa, kerana kita dijanjikan oleh Allah (a.w) dan RasulNya bahawa sesiapa yg ada keimanannya terhadap kewujudan Allah (a.w) yg Esa, akan masuk syurga. Mungkin ramai orang Islam tidak faham. Mereka akan masuk syurga jika Islam dan dia mempunyai iman sebesar zarah sekalipun. Maka dgn itu ada orang Islam yg tidakpun bersolat, bila tiba Ramadhan tidak berpuasa, dan tidak menunaikan zakat dan tidak menginfaq sdikit hartanya, walaupun dia banyak berharta, dan ketika sudah mampu tidakpun menunaikan haji dan umrah! Mereka kekal berbangga dan merasa selesa yg mereka akan dapat syurga.
Kita diberitahu dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' bahawa syurga itu hanya diberikan kpd orang yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti panduan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah). Justeru itu, orang yg tidak taatkan Allah (a.w) (yakni, tidak akur dgn al-Quran) dan tidak taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak akur dgn ketetapan as-Sunnah), pastilah masuk neraka dan tidak dapat syurga. Itulah counterfactual ayat ini, iaitu Ayat 14, Surah an-Nisa'. Jadi apa yg disebutkan dalam tajuk di atas itu bukanlah suatu paradox.
Maksudnya, kita Islam tapi mungkin kita mati atau ketika mati tidak Islam! Inilah firman Allah (a.w) di bawah mengingatkan kita bahawa hendaklah kita sentiasa berwaspada supaya kita walaupun Islam tidak mati kafir!
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yg beriman! Bertaqwalah kpd Allah (a.w) dgn sebenar-benar ketaqwaan; dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan (kamu mati) dalam Islam.' [Ayat 102, Surah ali-Imran]
Firman Allah (a.w) ditujukan kpd semua orang yg beriman bukan setakat Islam saja. Ayat ini tidak ditujukan kpd orang kafir kerana jika kafir pasti masuk neraka! Jelaslah, orang imanpun ada kemungkinan mati dalam kekafiran atau mati kafir. Apatah lagi orang yg hanya Islam tanpa keimanan atau keimanan yg kental, pasti boleh lagi mudah mati sebagai orang kafir! Saudara, kita mungkin Islam dan beriman, tetapi ada banyak kemungkinan yg kita jatuh kafir secara sedar ataupun tidak sedar. Antara situasi atau keadaan yg menjadikan kita kafir adalah:
1.    Kita tidak menerima sebahagian daripada ketetapan al-Quran dan kita berpendapat bahawa ada sebahagian ketetapan al-Quran itu jumud atau tidak relevan atau tidak sesuai untuk zaman maya ini;
2.     Kita menolak as-Sunnah atau kita menolak sebahagian drp ketetapan as-Sunnah atau kita menyangsikan sesuatu ketetapan as-Sunnah, seumpama kita berkata Rasulallah (s.a.w) itu manusia biasa pasti dia boleh buat silap atau Rasulallah (s.a.w) hidup dalam zaman yg silam, sekarang zaman sudah berubah, maka ada keketapan as-Sunnah yg tidak relevan lagi sekarang ini;
3.  Kita tidak mengerjakan segala suruhan yg wajib spt puasa dan seumpamanya;
4.   Kita mengamalkan sesuatu yg bersifat kesyirikan spt memakai rantai dgn anggapan bahawa rantai itu boleh menepis keburukan atau musibah atau mendatangkan kebaikan kpd kita;
5.   Kita mengamalkan sesuatu yg bersifat fahaman tahyul mempercayai sesuatu benda atau kejadian kerana sesuatu yg boleh mendatangkan keburuakan;
6.     Kita mengamalkan sesuatu yg bersifat kurafat;
7.     Kita amalkan sesuatu yg bid'ah maka kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari sedikitpun (apatah lagi kita dgn sengaja mengamalkan dan menganjurkan orang mengamalkannya);
8.   Kita meninggalkan satu waktu solat fardu dgn disengajakan.
Dan, banyak lagi situasi dan keadaan yg memungkinkan kita walaupun Islam menjadi kafir - mungkin buat seketika atau sementara - jika sampai ajal kita, maka mati kita dalam keadaan tidak Islam, wal iya zubillah.
Saudara, berwaspadalah. Maka dgn itulah Allah (a.w) memperingatkan kita orang iman supaya kita pastikan kita tidak mati dalam keadaan kafir!

No comments:

Post a Comment