Saturday, January 1, 2011

Azam Tahun Baru Orang Iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dalam dua post sebelum ini apakah isi hasrat atau matlamat serta iltizam kita untuk Azam Tahun Baru 2011. Dalam akhbar hari ini rata-rata dilapurkan bahawa ramai muda mudi Islam yg merayakan Malam Tahun Baru mereka sebagaimana orang-orang kafir merayakan malam tersebut, iaitu bersukaria, berfoya-foya, minum arak, membuat pelbagai maksiat. Sebagaimana yg disebutkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 19, Surah al-Haysr, mereka lupakan Allah (a.w) di dunia dan Allah (a.w) akan melupakan mereka di dunia dan di akhirat kelak.
Saudara, pada Ayat 20 Allah (a.w) berfirman: 'Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan syurga; penghuni syurga itulah orang yg beruntung.' [Ayat 20, Surah al-Haysr].
Malangnya, manusia termasuklah yg Islam - spt orang Melayu - yg bukan sahaja lupa, malah dengan sengaja mencari bala dan menempah tiket ke neraka. Neraka itu mengandungi segala kesangsaraan, dan kesangsaraan di dalam neraka itu banyak disebutkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan dimaklumkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, dan kesangsaraan itu kekal. Di dunia, kita hanya hidup antara 60 hingga 70 tahun, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w), on average, tapi hari ini ramai yg mati muda baru mencecah umur awal 30han, tak sempatpun hidup 40 tahun. Ada yg sampai umur 50han tapi tidak sihat atau memerlukan bantuan orang lain untuk hidup sebagai orang normal.
Kita diberitahu bahawa orang Islam menunggu di padang makhsyar untuk dihisab selama 50 tahun - kiraan tahun akhirat. Dan, kiraan tahun akhirat itu adalah sehari di sana bersamaan dengan 1,000 tahun kiraan tahun dunia! Justeru itu, kita hidup dalam kiraan tahun akhirat tak sampai satu minit! Maka dgn itulah kita diberitahu Allah (a.w) dalam al-Quran bahawa kalaulah kita berjaya - kaya, mewah, mempunyai kesenangan dunia yg hebat sebagaimana mereka yg disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai orang terkaya di dunia atau di Malaysia, kita hanya memiliki seminit kehidupan dalam hitungan tahun akhirat untuk menikmati kurniaan Allah (a.w). Maka kesenangan di dunia, mengikut firman Allah (a.w), adalah kesenangan yg menipu atau kesenangan yg sedikit saja. Kesenangan, malah kehidupan yg sebenarnya, firman Allah (a.w), adalah kesenangan atau kehidupan di akhirat. Kita bodoh kalau kita lupa kpd Allah (a.w) di dunia.
Saudara, fikirkanlah mengikut as-Sunnah orang-orang yg kaya dan memiliki kesenangan yg berlipat ganda berbanding dgn orang biasa di dunia itu akan menghadapi hisaban yg jauh lebih lama dan lebih terperinci oleh Allah (a.w) di padang makhsyar - banyak isu dan banyak soal serta banyak tanggungjawab yg mereka tidak bereskan semasa di dunia! Maka dgn itu orang kaya adalah golongan yg terakhir masuk syurga, kalaulah mereka mendapat syurga! Sebenarnya, lebih baik kita hidup ala kadar, malah miskinpun baik, kerana probability mendapat syurga lebih baik, kerana kebanyakan penghuni syurga adalah orang yg miskin. Kita kaya memiliki beberapa rumah seumpama mahligai dan istana, di merata cerok duniapun, memiliki kereta Merc dan BMW yg tercanggih, ditambah pula dgn kereta Porche, Ferrari, Lamborgini dan sebagainya, dan kita diberi pula title yg hebat, dan kita disanjung pula dan diberi tempat oleh orang yg berkuasa dalam politik sebagai penasihat mereka, dan bak kata orang 'money makes money' dan 'money talks', dan sebaginya, namun tidak dapat mengalahkan orang yg termiskin di dalam syurga yg memiliki kekayaan sebanyak 10 kali ganda dunia dan segala isinya! Malah dalam duniapun, kita mungkin orang terkaya di dunia, namun tidak dapat mengalahkan orang dulu yg terkaya spt Qarun, sebagai contoh.
Saudara, orang yg bijak mengurus kekayaannya ketika di dunia adalah sebagaimana yg dicontohkan oleh tokoh Islam zaman Rasulallah (s.a.w) dan sahabat spt Othman ibni Affan, Abdullah b Masud dllnya. Mereka gunakan kekayaan mereka untuk menempah dan memperolehi tiket ke syurga. Orang yg kaya memiliki peluang terbaik untuk mendapat syurga. Tapi, hari ini orang kayalah yg menempah tempat tinggal dalam neraka, sebelum datang ajal mereka! Mereka menderma atau mengeluarkan zakat atau menginfaq (kalau mereka tahu menginfaq), tapi menunjuk-nunjuk dgn menghebahkannya kpd dunia, buat yayasan dan pusat-pusat fi sabilillah, tetapi tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka tiadalah keuntungan akhirat yg diperolehi; dan berbangga, bangga diri, sombong dan seumpamanya, maka tiadalah apa-apa kebaikan dari sedekah mereka.
Justeru itulah saudara, dalam ikrar dan misi Azam Tahun Baru kita hendaklah kita  berpandukan Ayat 18 dan 19 Surah al-Haysr itu dan matlamat kita adalah Ayat 20, Surah al-Haysr itu. Dan, untuk benar-benar berpedomankan panduan tersebut, kita wajib ilmukan diri kita dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita faham Islam dan syariatnya, terutama tuntutannya dan kita menepati ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr, Ayat 80 Surah an-Nisa' dan Ayat 13, Surah an-Nisa', maka dgn itu kita pasti bahawa kita benar-benar mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Itu sajalah jaminan yg pasti untuk mendapatkan syurga.
Mudah-mudahan, kita dibimbing Allah (a.w) dgn taufik dan hidayahnya sentiasa, supaya kita masih berkesempatan melakukannya, insya Allah.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Walaupun ramai orang yang kaya ,begitu juga dengan orang miskin begitu ramai juga.kenapa mereka miskin,minkin sudah tersurat yang mereka menjadi miskin,bukan mereka malas kerja,tapi dah nasib mereka menjadi miskin,mereka tetap miskin,sebab apa Allah TAA'LA memberi mereka miskin,ujian Allah ada bermacam2.orang miskin tetap bersabar,apa yang dapat makan pada hari itu mereka tetap bersyukur sebab mereka masih boleh menelan makanan.orang miskin merupakan ujian bagi orang kaya.apa kah orang kaya sanggup membantu orang miskin.kebanyakan orang kaya dengan sendiri mereka menjadi kedekut.tidak mahu mengeluarkan zakat,apa tah nak bagi sumbangan pada orang miskin.itu lah perangai orang kaya.sebab itu lah mereka lambat masuk syurga,banyak kaitan dengan orang miskin.malah orang miskin di hina dan di caci.
    wahai orang kaya ,bantu lah mereka yang memerlukan,supaya kamu cepat masuk syurga dengan bantuan orang2 miskin.

    ReplyDelete