Tuesday, January 25, 2011

Mazhab: Apa Kata Imam Ahmad ibnu Hanbal


Assalamualaikum,

Saudara, kita telah lihat pendapat atau pendirian Imam as-Syafie tentang taklid dan tentang 'superiority' as-Sunnah terhadap pendapat dan pandangan beliau mengenai Islam dan syariatnya mengenai segala bentuk-bentuk manifestasi pengabdian manusia dalam Islam. Beliau, menyuruh umat Islam teliti as-Sunnah supaya kita pasti tidak lari dari ketetapan as-Sunnah. Kalau ketetapan as-Sunnah berbeza dari ketetapan atau pendapat beliau, maka pendapat beliau secara otomatis batal atau menjadi batil, dan as-Sunnah wajib diterima.Itulah pendirian beliau.
Pandangan dan pendapat yg serupa juga dikatakan oleh Imam Ahmad b Hanbal, yg dikatakan kononnya pengasas Mazhab Hanbali. Imam Ahmad ibni Hanbal juga salah seorang daripada 49 pengumpul hadith atau ulama' muhadithin. Kita teliti di bawah ini apa kata Imam Ahmad ibnu Hanbal, yg kononnya dikatakan pengasas Mazhab Hanbali, tentang taklid dan tentang Islam dan syariatnya dan tentang 'superiority' as-Sunnah berbanding dgn pendapat manusia, walaupun seorang Imam muktabar, seumpama beliau. Kitab Imam Ahmad yg memuatkan koleksi hadith-hadith beliau adalah, antara lain, Musnad Imam Ahmad, kitab utama beliau.
Imam Ahmad dalam mengutip hadith lebih mengutamakan tentang sistem pemerintahan atau pentadbiran dalam Islam (i.e. his area of specialisation). maka dgn itu beliau banyak meriwayakan hadith tentang keImaman atau imarah (kepimpinan), khususnya institusi keimaman atau keamiran (yakni, realiti penterjemahan konsep 'ulil amri' dalam sistem tatasusila pemerintahan atau kerajaan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah), tentang jema'ah Islam, tentang ikrar janji (bai'at) antara jema'ah dan pertalian antara imam dan anggota jema'ah dalam Islam.

Mazhab Hambali
Dikatakan oleh majoriti ulama' bahawa Imam Ahmad ibnu Hanbal adalah pengasas Mazhab Hanbali. Apa pendirian beliau tentang al-Quran dan as-Sunnah?
Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata: ‘Janganlah engkau taklid (i.e. mengikuti) kepadaku dan janganlah engkau mengikuti Malik, Syafie, Auza’i, dan at-Tsauri. Tapi ambillah dari mana mereka mengambil (i.e. maksudnya rujuklah kpd sumber ilmu dalam Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah).’ [al-Fulani 113, dan ibnu al-Qayim di dalam al-Ilam, 2/302]
Imam Ahmad menasihatkan kita jangan bertaklid, i.e. menjadi pengikut tanpa periksa terhadap ajaran manusia spt beliau, tapi hendaklah kita pelajari ilmu as-Sunnah kerana 'ilmu as-Sunnahlah tempat para imam tersebut mengambil ilmu mereka atau menjadi sumber ilmu mereka. Namun, disebabkan tiada tertulis al-Hadith yg boleh dirujuk, manusia perlu mencari sendiri dan mengkaji hadith. Ada yg jumpa banyak dan ada yg jumpa sedikit saja. Maka dgn itu, kemungkinan besar banyak hadith yg kemungkinan ulama' pengumpul hadith (i.e. muhadithin) seperti Imam Ahmad tidak temui, maka dgn itu dia berhujjah menggunakan fikirannya. Justeru itulah ada reservation supaya jangan membuta tuli yakin dgn pendapat beliau dan tolak as-Sunnah jika seseorang itu menemui ketetapan as-Sunnah yg beliau sendiri belum jumpa semasa dia mengumpulkan hadith dan menulis kitabnya.
Beliau nasihatkan kita supaya kembali merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah sumber ilmu serta panduan yg haq, kalaupun kita baca kitabnya. Jangan kita berpegang dgn kata-kata atau pendapatnya, sebelum kita pasti ilmunya. Justeru itu, yg paling selamat bagi umat Islam adalah mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, kemudian barulah kita semak apa pendapat atau pandangan yg tertera dalam kitab-kitab Imam as-Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah dan siapa saja.
Saudara,
Kalau kita teliti kitab karangan manusia sebelum kita belajar (secara berguru) kitab-kitab hadith yg 49 itu,- paling kurangKuttubul Sittah - kita akan tersasar dan sesat. Kerana kita akan dipengaruhi oleh pendapat manusia. Ramai ulama' dan ilmuwan Islam zaman ini yg mengarang kitab, tidak merujuk kpd al-Quran atau as-Sunnah, tapi menggunakan kepintaran otaknya berkata-kata itu dan ini dan mengeluarkan hukum itu dan ini.

jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment