Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat pula ketetapan dua potongan hadith berikut yg mesejnya sama dgn mesej dalam hadith yg kita telahpun lihat dalam post sebelum ini:
Diriwayatkan hadith dari Munziri bin Jariri (r.a), daripada bapanya berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa membuat kelakuan (yakni, mengajarkan sesuatu ilmu atau amalan yang baik) maka diamalkannya (yakni, orang yang mendapat ilmu itu) dan diajarkannya (orang lain) dengan kebaikan itu baginya pahala, seperti orang yang mengamalkan dari amalan yang dia beramal dengannya tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengamalkannya) sedikitpun. Dan barangsiapa membuat kelakuan yang buruk (i.e. jelek) (yakni, mengajarkan kejahatan atau sesuatu ilmu yang tidak baik) maka beramal dengannya ada atasnya dan mengajarkan orang lain (diberatkan atasnya) dosa dan dosa barangsiapa yang mengamalkannya dengan kelakuan tidak baik itu tidak mengurangi dari dosa (orang lain yang beramal) tersebut sedikit pun.’ [Hadith Ibnu Majah].
Di dalam hadith di atas dan hadith berikutnya Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dua situasi dalam pembelajaran dan pengamalan ilmu itu, iaitu:
Pertama, sesiapa yang mengamalkan kejahatan mendapat dosa, dan bila dia mengajar pula orang lain, dan orang itu mengamalkannya pula, dosa orang itu diterimanya juga olehnya, kerana dia mengajar orang itu, dan dosa orang itu tidak pula dikurangkan sedikitpun; dan
Kedua, sesiapa yang membuat kebaikan dan mengajarkan kebaikan kepada orang lain, dan orang itu mengamalkannya, maka pahala yang diperolehi oleh orang itu akan juga diterimanya tanpa mengurangkan pahala yang didapati oleh orang itu sedikitpun.
Pendeknya, mengajar kejahatan menerima kiriman dosa dan mengajar kebaikan mendapat kiriman pahala. Kedua-dua perbuatan tersebut mendapat dividen akhirat dividen pahala (amalan baik) atau dividen dosa (amalan jahat). Jika mereka yang kita ajarkan kebaikan (atau kejahatan) mengajarkannya pula ilmu tersebut kepada orang lain, maka pahala amalan baik (atau dosa amalan kejahatan) orang yang ketiga dan seterusnya itu dikirimkan juga kepada kita yang mula-mula mengajarkan ilmu kebaikan (atau kejahatan) tersebut. Ini berlaku secara berterusan kita menerima kiriman dosa sampai akhir zaman. Dalam pada itu pahala atau dosa orang yang melakukan perbuatan atau mengerjakan amalan yang diajarkannya itu tidak pula dikurangkan atau terjejas.
Begitulah padahnya mengajar ilmu: yang baik dapat kiriman dividen pahala dan yang tidak baik mendapat dividen dosa yang berterusan. Maka dengan itu, wajarlah kita berwaspada menyampaikan ilmu. Jika ada sesuatu perbuatan atau amalan itu tergolong dalam apa yang Islam sebutkan ‘bid’ah’, kita ajarkan, orang terima dan amalkan pula, dan orang itu ajarkan pula pada orang lain, dan seterusnya, maka kita terimalah atau pikullah dosa-dosa orang-orang yang mengamalkannya sehinggalah kiamat dunia!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datang seorang lelaki kepada Rasulallah (s.a.w) maka mengajak dia (Nabi) bersedekah atasnya. Maka berkata beberapa lelaki lain: ‘Di sisiku begini dan begini.’ Berkata Abi Hurairah (r.a): ‘Maka tidak tertinggal di dalam majlis itu lelaki tersebut kecuali bersedekah atasnya dengan apa-apa (sama ada) yang sedikit ataupun banyak. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat kelakuan (perbuatan) baik maka dikerjakan dengannya adalah bagi orang itu pahala yang sempurna, dan dari pahala dari (orang yang) mengerjakan kebaikannya dan tidak mengurangi baginya pahala tersebut sedikitpun. Dan barangsiapa membuat perbuatan (kelakuan) kejahatan maka dikerjakannya dengannya, maka baginya berat atasnya sempurna dari dosa yang dikerjakan dan yang mengerjakan dengannya (oleh orang lain), dan tidak dikurangi sedikitpun dosa-dosa mereka (yang mengerjakannya) sesuatu.’ [Hadith Ibnu Majah].
Antara amalan yang mendapatkan dividen pahala atau dosa itu adalah berdakwah atau mengajak seseorang ke jalan yang diredhai oleh Allah (a.w), yakni membuat kebaikan, terutama mengajarkan ilmu syariat ugama Islam. Jika begitu banyaknya pahala yang boleh didapati kerana mengajar dan mengembangkan ilmu, mengapakah tidak ramai orang Islam, termasuk para ulama’ dan ilmuan yang sanggup mengajar dan mengembangkan ilmu? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka jahil mengenai ketetapan Islam yang disebutkan dalam hadith-hadith tersebut. Atau, mereka sendiri walalupun Islam atau ulama’ kurang yakin dengan ‘dividen akhirat’ tersebut. Mereka lebih suka dividen duniawi. Maka dengan itulah rama ulama’ menaruk harga yang tinggi terhadap ilmu mereka. Tanpa bayaran yang lumayan mereka tidak akan lakukan! Atau, manusia zaman ini melihat kebendaan lebih berharga daripada dia melihat pengabdian terhadap Tuhan itu sebagai mendapat manfaat kepadanya. Menyampaikan dan mengembangkan ilmu itu merupakan suatu beban baginya.
[Nota: Seolah komisyen kepada jurujual yang menguruskan penjualan barangan secara ‘mulit-level marketing’ atau menjual insuran, wakil-wakil di bawahnya jual, yang di atas dapat juga komisyennya.]
Jazakallahu khairah
Askm. Saya pernah juga dengar firman Allah SWT bahawa sesiapa yg melakukan sesuatu keperluan atas keredhaan Allah SWT tapi tak disukai olih manusia maka Allah SWT akan penuhi keperluannya TAPI jika sesaorang itu melakukan sesuatu utk memenuhi keperluan manusia atas kemarahan Allah SWT maka Allah akan serah semuanya kepada manusia. Ini membuktikan yang Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
ReplyDelete