Friday, January 21, 2011

Orang yg Rugi Akhiratnya (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan pula melihat sepotong hadith yg lain yg menyebutkan tajuk yg sama, iaitu kerugian orang-orang Islam yg mengutamakan dunia sehingga terbengkalai akhirat mereka.
Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Bergembiralah dan berangan-anganlah pada apa-apa yang menyenangkan kamu, bahawa demi Allah (a.w) tidak mengkhuatiri (yakni, tidak takut) aku akan kefakiran kamu, tidak mengkhutairi aku atas sekelian kamu melainkan mengkhuatiri aku atas kamu sekelian apabila dibentangkanNya dunia (yakni, dikurniakan Allah (a.w) kesenangan, kemewahan dan kekayaan beserta keenakan dan kelazatan dunia seperti yang diminta) atas sekelian kamu sebagaimana apa yang dibentangkannya perkara tersebut atas umat sebelum sekelian kamu dahulu lunggukan-lunggukan dunia (yakni, segala bentuk kemewahan dan harta benda melimpah ruah), maka merosakkan dunia atas kamu (yakni, lupa kamu akan akhirat dan pertemuan dengan Tuhan kamu) sebagaimana telah merosakkan oleh dunia akan kaum-kaum sebelum kamu (seperti yang berlaku kepada Qarun zaman Musa (a.s) dan Sa’labah zaman Rasulallah (s.a.w)).’ [Hadith Ibnu Majah]. 
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) berkata kepada para sahabat (yakni, sebagai peringatan kepada umatnya) bahawa beliau tidak takutkan kefakiran menimpa umatnya, tetapi yang beliau takutkan akan menimpa umatnya kemudian hari kelak adalah kekayaan atau kesenangan atau keenakan hidup atau kelazatan dunia yang diberi Allah (a.w) kepada umatnya. Kesenangan dunialah yang telah merosakkan iman dan amalan serta akhlak umat-umat yang terdahulu menjadi mereka kufur dan ingkar kepada Allah (a.w). Orang Islam juga akan menjadi begitu apabila mereka tersangat menumpukan perhatian kepada mencari kesenangan dan kemewahan dunia. Kebenaran kenyataan ini amat jelas sekarang ini. Mereka yang mewah dan senang hidupnya semakin sebok dengan urusan dunianya dan semakin malas dia beribadat dan beramal dan semakin banyak masanya ditumpukan kepada mengecapi nikmat dunia, pagi, petang, siang dan malam.

Saudara,
mudah-mudahan tidaklah kita dalam mencari dunia itu kita terlalai dan dilalaikan oleh dunia sehingga merosakkan persediaan kita untuk mendapat kesejahteraan akhirat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment