Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum, ketika kita lanjutkan perbincangan kita tentang 'jema'ah' dan konsep 'ulil amri' itu, kita lihat ketetapan Omar b Khattab (r.a) dalam spotong hadith. Hadith ini pernah beberapa tahun yg lampau dipertikaikan oleh JAIS dan juga MKNS (i.e. Mufti Selangor, ketika itu) dan telah pula dikeluarkan fatwa oleh MUIS, mengenai sekumpulan orang yg kedua-dua pihak tersebut anggap mengajar dan mengikuti ajaran yg sesat, iaitu ajaran 'Islam Jema'ah'. Yg kita hendak ambil ingatan adalah mereka tidak menerima hasdith Omar (r.a) tersebut.
Saudara, sebenarnya Omar (r.a) bercakap echoing atau mengulangi ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran tentang kewajipan umat Islam itu berjema'ah. Intipati kata-kata Omar (r.a) itu tidak bercanggah dgn sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar (ibni Khattab, ketika itu dia adalah Khalifah Jema'ah Islam) di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-ati wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu) [Maksud (sabda Rasulallah): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyepi, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada yang ketiga kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian dari berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah; barangsiapa menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak); (barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, orang iman adalah bersaudara, maka bantu membantu satu sama lain).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)].
Saudara,
dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam, i.e. umatnya (jika mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), bahawa akan tiba suatu zaman fitnah atau cubaan yg hebat sehinggakan orang yg tidak diminta atau disuruh bersumpah dia dgn sukarela bersumpah, walaupun dia berdusta; dan akan tampil dgn rela hati orang yg ingin menjadi saksi dalam sesuatu pembicaar dalam Islam, walhal dia tidakpun disuruh atau dipanggil menjadi saki, kerana dia pembohong atau penipu. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) wasiatkan (i.e. perintahkan umatnya) supaya berjema'ah dalam Islam dan jangan menubuhkan perkumpulan [Nota: mazhab termasuk dalam larangan ini].Rasulallah (s.a.w) menambah sebagai memperkuatkan wasiat atau pesanannya bahawa sesiapa yg inginkan kepastian mendapat syurga hendaklah dia menepati atau kekal dalam jema'ah.
saudara, jelaslah, Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita berjema'ah dalam menganuti Islam. Maka dgn itulah antara ciri-ciri hakiki Islam yg sebenarnya itu adalah anuti Islam secara berjema'ah. Insya Allah (a.w) kita akan teliti sepotong hadith lagi mengenai kewajipan atau wajibnya anuti Islam secara berjema'ah dalam post yg akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment