Assalamualaikum,
Saudara, kite teruskan perbincangan kita tentang bagaimana kita boleh mempastikan Azam Tahun Baru kita tercapai. Kita telah teliti cara dan kaedah Mandi Junub dan Wudu', kerana kedua-duanya amat utama bagi tujuan Solat dan segala sesuatu amalan yg mewajibkan kita ada wudu', spti Tawaf di Ka'bah.
Kita wajib mulakan proses meletakkan Azam Tahun Baru pada asas yg benar lagi mantap dan kokoh, iaitu dgn mengutamakan ibadah solat kerana solat itu adalah ibadah terpenting orang yg mengakui dirinya Islam, beriman dan bertaqwa. Kerana, pertama, yg membezakan orang Islam dgn orang yg tidak Islam, yakni kafir, itu adalah dilihat dari segi solatnya; kedua, ibadah solatlah ibadah yg pertama dan yg mula-mula sekali di hisab di padang makhsyar kelak, ibadah yg akan menentukan hisaban segala amalan fardu yg lainnya; ketiga, sesiapa yg meninggalkan satu solat fardu dengan sengaja, maka dia secara otomatik menjadi kafir; keempat, sesiapa yg tidak solat pasti masuk neraka di akhirat kelak; dan kelima, sesiapa yg tidak solat, tidak ada guna segala ibadah dan amalannya yg lain.
Saudara, kita rujuk kembali ketamaan solat itu supaya kita sentiasalah tidak lupa dan sentiasanya menjadi batu sempadan dalam hidup kita mulai hari ini sampai tibal ajal mati kita, iaitu:
1. Solat yg membezakan kita apakah kita Islam atau kita kafir? Malah, kalau kita Islampun adakah kita benar-benar Islam atau kita orang munafiq, kerana orang munafiq itu antara ciri-cirinya mengabaikan solat atau bersolat sambil lewa atau bersolat berpura-pura (spt depan orang buat, takda orang tak buat);
2. Ibadah solat adalah ibadah yg mula-mula di hisab di padang makhsyar kelak. Kalau solat kita OK, maka Oklah hisaban ibadah selainnya spt puasa dan seumpamanya. Kalau tak ok solat fardu kita, malaikat, atas perintah Allah (a.w) tengok kpd ibadah solat-solat sunat kita pula untuk menampung lompang atau kekosongan ibadah solat kita. Kalaulah kini kita berumur 110 tahun sebagaimana saudara yg dilapurkan di akhbar kelmarin (dan hari ini), kitamula baligh ketika berumur 15 tahun, maka kita telah wajib bersolat selama 110 - 15 = 95 tahun lamanya. Mungkin masa kita muda antara 16 hingga 40 tahun kita masih dilamun dunia, kita enjoy aje. Tak solat. Atau, kalau solatpun tak konsisten, Subuh dan Isya' sering tak buat, kerana lambat bangun, terlepas waktu, atau lambat tidur atau cepat tidur lupa bangun, Solat Asar pendek waktunya, kita sebuk dan disebukkan, tertinggal. Apabila berumur 50 atau 60 kita baru sedar, dan dah mula takut mati, kita baru mula solat secara istiqamah dan konsisten. Kita dah jatuh kafir banyak kali, dan setiap kali itu berlaku, kita layak dicampakkan ke dalam neraka. Kalau ada solat-solat sunat, dapatlah dibargainkan sebagai 'pengganti' atas ikhsan Allah (a.w);
3. Meninggalkan satu waktu solat fardu, kita dihukum jatuh kafir secara otomatik.[Nota: Apabila kita solatkan solat selepasnya kita Islam semula. Tapi, antara tertinggalnya satu solat dan tibanya satu solat lain, kita adalah kafir mutlak]. Orang yg diktiraf kafir adalah ahli neraka secara pasti! Kita adalah ahli neraka kerana meninggalkan solat fardu satu waktu. Yg kita tak tau apabila disiksa di neraka berapa lama, kerana meninggalkan satu waktu itu, tah berapa lama siksaannya - setahun atau 10 tahun atau 100 tahun? Wallahu 'alam;
4. Sesiapa yg tidak solat, walaupun Islam, bukanlah Islam sebenarnya, maka pasti masuk nereka. Hanya, bezanya orang Islam yg menjadi kafir kerana tidak bersolat itu, akhirnya kelak, setelah selesai dibasuk di neraka dari segala dosanya, kerana dia yakin dalam hatinya wujud Allah (a.w) tuhannya yg esa, maka, walaupun sebesar zarrah, dia akan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga juga. Tetapi, setelah berakhkab berada dalam neraka. [Nota: Satu ahkab adalah selama 100,000 tahun - kiraan tahun akhirat. Sehari di akhirat bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia]; dan
5. Sesiapa yg tidak solat, ibadah lain tak guna. Dia berpuasa, dia bayar zakat, dia menginfaq dan dia naik haji dan seumpamanya, tak berguna. Tak dapat apa-apa pahala. Kenapa? Orang Islam yg tidak solat menjadi kafir. Dalam al-Quran, Allah (a.w) beritahu, segala ibadah dan amalan orang kafir, walau bagaimana banyak dan baik serta berbagai sekalipun, tidak diterima Allah (a.w) (Ayat 5 dan Ayat 36, Surah al-Maidah).
Maka dgn itulah, dalam Islam dan syariatnya, solat adalah ibadah yg paling utama berbanding dgn ibadah-ibadah lainnya. Maka dgn itulah syariat solat itu diterima secara langsung oleh Rasulallah (s.a.w) malam Isra' dan Mikraj dan tidak disampaikan secara wahyu. Malah, Rasulallah (s.a.w) diajar kaedah dan cara bagaimana bersolat itu oleh Jibrail (a.s) yg turun ke langit dunia untuk mengajarkan, bahkan mengimamkan solat-solat Rasulallah (s.a.w) sebagai makmumnya, sebagai praktikalnya.
Maka, dengan itulah juga utamanya kita belajar as-Sunnah untuk mempastikan kita benar-benar faham tentang ibadah solat ini! Kita tak boleh ikut cakap-cakap orang atau tiru apa orang buat. Kita hanya boleh tiru solat Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni ussolli' itu.
Saudara, kerana itulah dalam menepati Azam Tahun Baru kita itu, kita wajib utamakan ibadah solat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment