Assalamualaikum,
saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah diberitahu bahawa ibadah yg paling utama dan terawal dihisab di akhirat kelak adalah ibadah solat kita. Jika hisaban solat fardu kita ok, maka oklah pula ibadah yg lain. Jika tak ok, maka kita diberi peluang untuk mengambil kira ibadah-ibadah solat sunat kita itu. Jikalah ibadah solat fardu kita cacat - kerana sering tertinggal, atau dibuat hampir tamat waktunya atau tidak khusyuk mengerjakannya atau terdapat pelbagai kesilapan mengerjakannya - maka Allah (a.w) perintahkan malaikat melihat solat-solat sunat yg kita kerajakan yg boleh menampung lompang-lompang atau kekuarangan-kekuarangan solat fardu kita.
Saudara, dalam ikrar atau Azam Tahun Baru kita, kita telah berjanji untuk memperbaiki amalan dan ibadah kita supaya kita terselamat dari terjerumus ke dalam neraka, kerana Ayat yg kita rujuk dalam Ayat 18, Surah al-Haysr itu kita disuruh melihat apakah yg telah kita kirimkan untuk kebajikan akhirat kita. Dgn lain perkataan apakah kita telah menyediakan cukup bekalan untuk menempah syurga di akhirat?
Saudara, majoriti umat Islam lazimnya hanya mengerjakan ibadah wajib atau fardu sahaja. hanya segelintir di kalangan kita yg melapangkan masa untuk mengerjakan ibadah sunat, terutama solat dan puasa sunat. Islam memberi kita tahu bahawa ibadah-ibadah dan amalan sunat itu sangat banyak pahalanya. Dan, ibadah sunatlah yg menunjukkan atau mendemokan rasa kesyukuran kita terhadap nikmat Allah (a.w) yg kita rasai setiap saat dan ketika. Alhamdulillah, kita telahpun tahu bahawa dua solat sunat yg amat menguntungkan akhirat kita kalaulah kita amalkan, iaitu Solat Tahajjud di malam hari dan Solat Duha di siang hari. Mudah-mudahan dgn ilmu ini kita usahakan mulai dari sekarang melapangkan masa untuk mengerjakannya.
saudara, satu lagi solat sunat yg amat penting dalam usaha kita mendemokan kesyukuran kita terhadap nikmat Allah adalah Solat Witir. Mungkin sekali, ramai juga diantara kita dari kalangan yg sedikit tadi itu ada mengerjakan Qiamul-lil yg merangkumi ibadah solat sunat ketika tiba sepertiga terakhir malam, tapi Solat Witir mungkin tidak dikerjakan, walhal Solat Witir itu adalah dikira 'wajib' mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubaidillah bin Abdillah al-‘Ataki hadith daripada Abdullah bin Buraidah, hadith daripada bapanya berkata: ‘Mendengar aku Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Adapun solat Witir itu wajib. Maka barangsiapa tidak bersolat Witir maka bukanlah dia dari umatku. Solat Witir itu wajib. Maka barangsiapa tidak bersolat Witir maka bukanlah dia dari umatku. Solat Witir itu wajib. Maka barangsiapa tidak bersolat Witir, maka bukanlah dia dari umatku (Nota: Tiga kali diulang oleh Rasulallah (s.a.w) ucapannya itu untuk membolehkan para sahabat, yakni kita, jadikan panduan dan tidak lupa pesanannya).’[Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Ketetapan ini diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) tiga kali. Ini bererti suruhan tersebut atau ketetapan tersebut amat penting menjadi panduan umat Islam yang inginkan dirinya tergolong sebagai ahli as-sunnah wal-jamaah, yakni mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w). Hadith ini memberikan kita dua ketetapan yang penting kepada kesejahteraan akhirat kita, iaitu:
· Solat Witir itu adalah ‘wajib’; dan
· Jika tidak dibuat kita tidak tergolong sebagai umat Rasulallah (s.a.w).
Ketetapan kedua ini amat penting. Kerana jika kita tidak diakui oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya, maka kita tidak mendapat syurga! Jelasnya, jika begitu, di akhirat kelak kita yang pasti memerlukan syafaatnya (yakni, pertolongannya), tidaklah kita ditolong. Berpandukan hadith ini, mulai hari ini eloklah kita amalkan dan solatkan, sekurang-kurangnya satu rakaat, tiap-tiap malam.
[Nota: Kita akan bincangkan dengan panjang lebar konsep dan menifestasi as-Sunnah wal-Jamaah . Para ulama’ dan ilmuan Islam di Malaysia memutuskan bahawa solat Witir itu sunat sahaja, lebih-lebih sunat yang diberatkan atau digalakkan umat Islam kerjakan.]
Saudara, bagaimana mengerjakan Solat Witir itu? Insya Allah kita akan teliti lagi ketetapan as-Sunnah mengenainya. Yg perlu kita tahu adalah beberpa perkara; iaitu:pertama, Solat Witir itu hendaklah dikerjakan selepas selesai mengerjakan segala solat sunat di malam hari, dan Solat Witir ini adalah penutupnya; kedua, Solat Witir itu ganjil rakaatnya, iaitu satu atau tiga atau lima rakaat dgn disudahi dgn satu 'salam'. Kalau tiga atau lima rakaat tiada Tahiyat Awal. Ketiga, lazimnya surah yg dibaca adalah Surah al-A'la pada rakaat pertama, Surah al-Kafirun pada rakaat kedua dan Surah al-Ikhlas pada rakaat ketiga, kalau tiga rakaat. Keempat, setelah selesai memberi salam kita bacalah doa khususnya, iaitu 'Subhanal malikil quddus' (tiga kali), kemudian diikuti dgn zikir, wirid dan doa.
Saudara, memandangkan bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak akui kita sebagai umatnya, walaupun Islam tapi tidak Islam, kalau tidak mengerjakannya, eloklah mulai hari ini kita usahakan mengerjakannya. Semoga Allah (a.w) memberikan kita kepalangan dan kekuatan untuk mengerjakannya, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment