Saudara,
alhamdulillah sedikit sebanyak kita telahpun mendapat ilmu mengenai solat yg merupakan satu elemen pengisian utama untuk mencapai Azam Tahun Baru kita. Kita wajib diperingatkan semula beberapa perkara berhubung solat ini. Antara yg utama adalah: pertama, yg membezakan kita Islam atau kafir adalah solat (i.e. solat fardu 5 waktu). Orang kafir tidak solat. hanya orang Iman saja yg mengerjakan solat. Orang Islam belum pasti solat kerana, ramai orang Islam yg fasiq, yakni orang yg tidak melaksanakan apa-apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w). Kedua, solat fardu itu ada tiang ugama Islam. Disebutkan dalam as-Sunnah sesiapa yg tidak solat dia meruntuhkan ugamanya. Maksudnya tidaklah lagi dia dikira Islam. [Nota: Mudah nak jadi Islam dan mudah juga nak jadi kafir] Ketiga, seseorang yg meninggalkan satu waktu solat fardunya dgn senagaja dia jatuh kafir secara otomatis. Ingatlah, orang yg diiktiraf kafir it tempatnya di neraka. Maka sesiapa yg meninggalkan satu solatnya, bagi tempoh yg dia tidak solat itu, dia akan diazab di dalam neraka kelak. [Nota: Bolehkah kita taubat kerana kesilapan ita meninggalkan solat itu? Boleh. Kerana Allah (a.w) kerapkali dalam al-Quran bahawa Allah (a.w) itu bersedia menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan Dia akan mengampun sesiapa yg dikehendakinya. Lagipun, Allah (a.w) akan mengampunkan kesemua bentuk dosa kecualilah dosa kesyirikan yg tidak akan diampunNya. Insya Allah, kita akan lihat nanti betapa ramainya pula orang Islam, yg menyangka dia Islam, tetapi terkeluar dari Islam dan syirik tanpa diketahui mereka terhadap Allah (a.w)]. Keempat, solat adalah ibadah yg terutama dan yg pertama dihisab di padang makhsyar kelak. Paling utama kerana segala ibadah dan amalan lain bergantung pad solat. Yg pertama kerana apabila manusia hendak diadili di akhirat kelak, malaikat, atas perintah Allah (a.w) akan melihat ibadah solat mereka. kalau solat itu hisabannya ok, maka oklah hisaban ibadah atau amalan lainnya. [Nota: Seorang jutawan atau billionaire yg suka menginfaqkan hartanya atau bersedekah dgn banyak lagi kerap, sehingga menjadi terkenal sebagai orang yg dermawan dalam masyarakatnya, tidak akan dapat pahala kedermawaannya, sekirangnya dia tidak bersolat atau dia bersolat tanpa kesungguhan.]
Saudara, maka kerana pentingnya solat itu, maka elemen utama dalam Azam Tahun Baru kita hendaklah kita memperbetulkan solat kita dan memperbaiki apa yg betul. Hanya dgn ilmu kita boleh melihat dan menilai apakah solat kita betul dan mendapat ganjaran pahala yg sewajarnya apabila diperbaiki. Solat itu baik apabila betul rukun qalbi, rukun fe'li dan rukun qaulinya - menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). [Nota: Rujuk sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' itu]. Jangan lupa pula prinsip penting yg kita sering ingatkan dan ulangi, iaitu: semua amalan dan ibadah orang Islam akan diterima Allah (a.w) jika niatnya betul (menepati firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra ), dan hendaklah dikerjakan atau diibadahkan atau diamalkan menepati apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.'
Saudara, insya Allah dalam post-post yg akan datang kita akan teliti beberapa perkara lagi tentang solat, antaranya: tentang solat berjema'ah; tentang solat ketika bermusafir melebihi dua marhalah (kira-kira 89 kM); tentang isu ketinggalan sesuatu perkara ketika bersolat atau terlupa sesuatu dalam solat; cara bagaiman keluar dari jema'ah solat apabila kita terbatal wudu' dan sebagainya. Insya Allah, kita juga akan lihat solat-solat sunat - selain solat rawatib yg secara tidak langsung ita sudah sentuh sedikit dalam post yg lalu. Solat-solat sunat itu penting kerana tiga pertimbangan: pertama, ia boleh menampung lompang-lompang atau kekuarangan pelaksanaan solat-solat wajib kita; kedua, melaksanakannya menunjukkan kesungguhan kita mencari dan inginkan kerahmatan Allah (a.w); dan ketiga, solat-solat sunat adalah antara amalan yg penting ketika kita mengerjakan haji dan umrah sebagai pengisian waktu yg panjang ketika berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawai.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment