Wednesday, January 12, 2011

Kata-kata Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum,
saudara, kata-kata hikmah pagi ini adalah hadith berikut yg memberikan intipati asas Islam dan asas Iman, yg sewajarnya menjadi panduan kita setiap hari:
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu hayatul Islami, wa-'imadul imani' (yg bermaksud: 'Sesungguhnya ilmu  itu adalah hidupnya (atau yg menghidupkan) Islam, dan (sesungguhnya ilmu itu adalah) tiangnya Iman.' [Hadith Riwayat Abu Sheikh]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa hidup dan makmurnya Islam itu dalam dunia dan dalam diri seseorang Islam itu adalah kerana ilmu. Tanpa ilmu keIslaman seseorang itu mati. Dan, tanpa ilmu kehidupan sesuatu perkumpulan atau jema'ah Islam itu akan kecundang dan akhirnya berkuburlah Islamnya walaupun nampak dari segi lahiriah seseorang atau sekumpulan umat Islam itu Islam. 
Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu dalam hadith tersebut bahawa ilmulah menjadi tiang keimanan seseorang yg mengakui dirinya Islam dan beriman. Ilmu jugalah yg menjadi tiang ugama kpd sekumpulan umat Islam. Tanpa ilmu, maka kejahilan itu akan merebak dan meluas, dan akan meruntuhkan keimanan seseorang Islam atau masyarakat Islam itu. Mana mungkin imannya kokoh tanpa ilmu. Kerana, tanpa ilmu manusia akan membuat pelbagai perlakuan dan interpretasi tentang Islam dan syariatnya, akan timbul pandangan tentang kejumudan ketetapan atau peraturan Islam, tentang perlunya revitalisation, tentang anjakan minda dalam Islam, dan sebagainya, seolah-olah Allah (a.w) itu cetek ilmunya. Seolah-olah Rasulallah (s.a.w) memimpin Islam atas dasar naluri fikiran manusia biasa, tanpa wahyu. Juga, kejahilan akan meruntuhkan keimanan sekumpulan umat Islam, apabila mereka menoleh kpd manusia yg difikirkan oleh mereka 'berilmu', untuk panduan dan bimbingan, walhal kemungkinan mereka juga jahil ilmu. Kenapa jahil? Orang yg pasti tidak jahil dan terpandu adalah orang yg mempelajari serta memahami Islam dan syriatnya berpandukan ilmu yg haq itu, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana kejahilanlah maka terdapat golongan umat Islam yg tertipu dalam ugama spt percayakan manusia dapat wahyu atau bermimpi bertemu dgn Rasulallah (s.a.w) dan mendapat perintah Rasulallah (s.a.w) atau ada yg mengakui diilhamkan ilmu untuk memimpin umat Islam, spt adanya orang yg mengakui dia nabi dan diyakini oleh orang yg kononnya Islam!
Atau, mereka mencari jalan pintas yg batil dalam beramal dan beribadah. Hanya ilmu al-Quran dan as-Sunnah yg akan membolehkan segala amalan dan ibadah itu diterima Allah (a.w). Ilmu yg menjamin kejayaan akhirat orang Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment