Thursday, January 6, 2011

Solat: Perlakuan Ketika Turun untuk Sujud

Assalamualaikum,
saudara, as-Sunnah mengajarkan kita bagaimana hendak duduk untuk Sujud setelah Iktidal

Cara Hendak Sujud Dalam Solat

Apabila hendak Sujud setelah Iktidal, Rasulallah (s.a.w)mendemokan bagaimana dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari abi Zinad hadith dari 'Araj hadith dari abi Hurairah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ketika hendak Sujud salah seorang kamu, maka janganlah meletakan (tangan dan kaki) kamu sebagaimana unta, dan melatakkanlah kedua-dua tangan kamu dahulu (ke atas tempat solat) sebelum meletakkan kedua-dua lutut kamu.' [Hadith an-Nasa'i, Kita Solat]
Hadith ini menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya ketika hendak Sujud hendalah jangan ikuti tabiat unta, yg ketika hendak tidur atau duduk di atanah, dia melatakkan kaki belakngnya dahulu dan kemudian barulah diletakkannya kaki depanya (i.e. tangannya). Tetapi, hendaklah diletakkan kedua-dua tangan dahulu ke tempat solat dan kemudian barulah diletakkan kedua-dua lutut di atas tempat solat. Di dalam hadith lain disebutkan cara duduknya pula, iaitu duduk iftirasy ketika Tahiyat Awal dan duduk cara lain ketika Tahiyat Akhir.

Kaedah Duduk Semasa Tahiyat Awal

Cara atau kaedah duduk ketika Tahiyat Awal itu disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Yahya hadith dari Qasim b Muhammad hadith dari Abdullah b Abdullah b Omar, hadith dari bapanya (i.e. Abdullah b Omar) bahawasanya berkata: 'Sesungguhnya adalah satu sunnah dalam solat apabila dialaskan kaki kiri engkau dan menegakkan (kaki engkau) yg kanan.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Hadith ini menyebutkan bahawa ketika duduk pada Tahiyat Awal itu hendaklah telapak kaki kiri dilipatkan dan duduk atau letakkan ponggong kiri atasnya, manakala kaki kanan ditegakkan dgn jari-jarinya diarahkan ke kiblat. Inilah yg disebutkan duduk kaedah iftirasy. Hujung-hujung jari kaki yg kanan ditegakkan sebagaimana disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Yahya bahawasanya Qasim menceritakan hadith kpdnya dari hadith Abdullah, iaitu Abdullah b Omar, hadith dari bapanya (i.e. Omar b Khattab) yg berkata (i.e. Omar berkata): ' Adalah dari sunnah dalam solat bahawasanya engkau menegakkan telapak kaki kanan mengarah kiblat dgn jari-jarinya di arahkan ke kiblat, dan duduklah (yakni, ponggong kiri diletakkan) atas telapak kaki yg kiri.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Demikianlah begitu teliti para sahabat melihat perlakuan Rasulllah (s.a.w) itu supaya membolehkan mereka betul-betul mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) (sejajar dgn sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' itu. Jelaslah, bagi mereka yg mengaji atau belajar ilmu as-Sunnah, tidak akan menjadi masalah dalam semua perkara, termasuklah dalamm perkara rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'li solat itu. Jika tidak mengaji as-Sunnah, maka bebagai-bagai cara dan kaedah solat yg batil dan banayklah bentukbentuk amalan dan ibadah yg batil pula.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment