Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat lagi ketetapan as-Sunnah tentang wirid dan zikir selepas selesai solat. Kita lihat hdith berikut pula yg menyabutkan bahawa kita bacalah kalimah-kalimh wirid dan zikir berikut:
Membaca & Mengira Tasbih Selepas Memberi 'Salam'
Saudara, satu lagi bacaan-bacaan yg digalakkan oleh as-Sunnah selepas memberi 'Salam', yakni selesai solat, setelah membaca 'Astaghfirullah' 3 kali dan membaca 'Allahumma antas-salam ...', disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b 'Amru berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Dua perkara tidak dihitung oleh seseorang lelaki Islam kecuali masuk syurga dia, dan kedua-duanya kalimah itu mudah; dan barangsiapa (i.e. orang) yg mengamalkan dgnnya adalah sedikit (i.e. orang yg mengamalkannya amat sedikit).' Berkata Abdullah: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Di dalam lima solat fardu (yg dikerjakan sehari) bertasbihlah (i.e. membaca 'Subhanallah') salah seorang (yakni, setiap) kamu diakhir setiap solat kamu 10 kali, dan bertahmid (i.e. membaca 'Alhamdulillah') 10 kali dan membaca takbir (i.e. membaca 'Allahu Akbar') 10 kali. Di dalam kesemuanya berjumlah 150 kali pada sebutan, (tetapi) sejumlah 1,500 dalam mizan (i.e. timbangan).' Dan aku (kata Abdullah) melihat Rasulallah (s.a.w) menghitungnya dgn jari-jari tangannya. Dan Rasulallah (s.a.w) bersabda (kata Abdullah lagi): 'Ketika bertempat salah seorang kamu di atas tilam atau di atas tempat tidur (untuk tidur) , (maka) bertasbihlah (i.e. membaca 'Subhanallah') 33 kali, dan bertahmidlah (i.e. bacalah 'Alhamdulillah') 33 kali, dan bertakbir (i.e. membaca 'Allahu Akbar') 34 kali. Maka jumlahnya 100 kali dalam sebutan dan 1,000 kiraan pada mizan (i.e. timbangan).' Dan berkata (lagi Abdullah): 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Maka takutilah sekelian kamu (bahawa) di dalam waktu siang dan malam dalam satu hari (kamu) membuat 2,500 kejahatan (atau keburukan atau dosa).' Dikatakan kpd Rasulallah (s.a.w): 'Dan, bagaimanakah tidak menghitung oleh seseorang kedua-dua perkara tersebut?' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya syaitan itu datang kpd salah seorang kamu (i.e. maksud semua kamu), dan salah satu (waktunya) ketika solat kamu, maka berkata syaitan: 'Uzkur kaza, uzkur kaza' (maksudnya, 'Ingatkanlah ini, ingatkanlah ini'), dan datang dia (syaitan) ketika kamu tidur, maka dia menidurkan kamu (yakni, maksudnya melalaikan kamu daripada mengingatkan Allah (a.w)).' [Hadith an-Nas'i, Kitab Solat]
Saudara, dalam hadith di atas merupakan gabungan beberapa hadith tentang tajuk di atas itu. Ada beberapa suruhan Rasulallah (s.a.w) yg relevan pada kita sebagai amalan harian, iaitu: pertama, selepas solat dan kita masih duduk di tempat solat kita, kita bertasbih 10 kali, bertahmid 10 kali, bertakbir 10 kali. Maka, jumlah kesemuanya dalam sebutan adalah 150 kali (30 x 5) dan dalam timbangan kebaikan sebanyak 1,500 pahala (atau, kebaikan) (150 x 10). Kedua, semasa membaca kalimah-kalimah tersebut Rasulallah (s.a.w) mengira menggunakan jari-jari kanannya. Ketiga, ketika nak tidur pula, kita bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali, menjadikan jumlahnya 100 kali pada sebutan dan 1,000 pahala dalam mizan (timbangan atau neraca Allah (a.w)) ( 100 x 10). Keempat, setiap kita yg Islam membuat sekurang-kurangnya 2,500 dosa yg berbagai setiap hari. Kerana hasutan syaitan yg menyuruh kita ingat itu dan ini ketika solat, tujuannya supaya hilang kekhusyukan kita. Sehubungan itulah, jika kita kerjakan suruhan dalam hadith ini, kita dapat kebaikan sebanyak 1,000 + 1,500 pahala = 2,500, yakni luputlah 2,500 dosa yg kita lakukan sehari itu.
Saudara, inilah zikir dan wirid yg wajar kita kerjakan setiap kali selesai solat kita atau ketika nak tidur. Majoriti umat Islam hari ini membuat segala yg di atas itu secara 'berjema'ah' (i.e. beramai-ramai diketui oleh imam). Sebenarnya, dalam as-Sunnah segala-gala ini hendaklah dikerjakan bersendirian. Selepas, kesemua bacaan dan wirid atau zikir itu, barulah kita berdoa. Janganlah kita tergopoh gapah, siap saja solat kitapun bingkas, bangun meningalkan masjid atau musolla atau surau dimana kita solat. Kita akan teliti nanti sesiapa yg iman tidak mahu berdoa, Allah (a.w) murkainya.
Yg utama diberi perhatian juga adalah mengira kalimah wirid dan zikir itu dgn jari-jari tangan kanan, bukan menggunakan buah tasbih atau pelbagai alat untuk mengira. Kerana di akhirat kelak kesemua jari-jari kita itu akan bersaksi di depan Allah (a.w) bagi pihak kita. Juga, di akhirat nanti jari-jari kita yg mengira tasbih itu bercahaya, sebagai bukti kita sentiasalah ingatkan Allah (a.w). Kalau kita gunakan buah tasbih untuk mengira, tidak ada persaksian segala zikir dan wirid kita! Rugilah kita.
Jazakallahu khairh
No comments:
Post a Comment