Tuesday, January 4, 2011

Pengisian Azam Tahun Baru - Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti proses atau cara dan kaedah bersolat mengikut as-Sunnah - setakat rakaat ketiga (bagi solat yg tiga atau empat rakaat). Bagi solat yg dua rakaat, i.e. Solat Subuh, kita duduk untuk Tahiyat Akhir selepas kita bangkit dari Sujud ke-2 kita, dan duduk untuk Tahiyat Akhir [Nota-5: Oleh kerana Solat Subuh hanyalah dua rakaat, maka ia tiada Tahiyat Awal, terus Tahiyat Akhir pada rakaat ke-2. Dan cara duduknya adalah cara duduk untuk Tahiyat Akhir].

Solat Mengikut as-Sunnah (Sambungan)

Yg perlu kita perhatikan adalah, kita mengangkat kedua-dua tangan ketika Takbiratul Ikhram itu ada dua cara, iaitu: cara pertama, mengangkat kedua-dua tangan dengan jari-jarinya terbuka sampai jari-jari kita bersetentangan dgn/ke paras kedua-dua cuping telinga kita; atau, cara kedua, kita mengangkat kedua-dua tangan kita dgn jari-jarinya terbuka, diangkat sampai ke paras kedua-dua bahu kita sahaja. [Nota-5: Ada pihak yg menyatakan bahawa cara kedua itu adalah cara pengikut mazhab selain as-Syafie, katanya. Ini adalah pembohongan, bercakap dalam kejahilan. Rasulallah (s.a.w) mendemokan dalam as-Sunnah bahawa inilah dua cara atau kaedah mengangkat kedua-dua tangan ketika Takbiratul Ikhram.]
Yg penting kita ambil perhatian adalah jika kita pakai kaedah pertama, hendaklah kita terus pakai kaedah itu bagi solat kita itu untuk tiga ketikanya kita perlu mengangkat kedua-dua tangan kita ke atas sedemikian, iaitu, selain Takbiratul ikhram, yakni, kali kedua, ketika bangun dari Sujud (sambil membaca 'samiallahu liman hamidah' dan disambung dgn 'Rabbana lakal hamdu' itu) untuk Iktidal [Nota: kalau kita makmum, hendaklah kita hanya baca 'Rabbana wa-lakal hamdu' sahaja'], pada setiap rakaat; dan kali ketiganya, ketika bangun semula untuk rakaat ke-3 dalam solat kita yg 3 atau 4 rakaat. Jangan campuradukkan - sekali sampai ke paras cuping telinga dan sekali ke paras bahu dan kemudian kali ketiga ke paras cuping telinga semula! Hendaklah konsisten. Kalau cara pertama, semuanya cara pertama dalam solat itu. Kalau cara kedua, semua ikut cara kedua itu, insya Allah.
16.  Jika kita Solat Subuh, yg hanya ada dua rakaat, kita duduk untuk Tahiyat Akhir pada rakaat ke-2. Cara duduk, menghulurkan kaki kiri kita ke bawah kaki kanan kita, supaya jari-jari kaki adalah di bawah betis kaki kanan kita, dapat dilihat jari-jari kaki kita dari arah kanan kita, dan kemudian jari-jari kaki kanan ditegakkan dan didirikan sebelah ponggong kita, supaya depan jari mengadap kiblat. Tangan kiri kita dilekapkan atau diletakkan atas kepala lutut kaki kiri, yakni telapak tangan memegang kepala lutut kita, sementara jari-jari tangan kanan digenggam. Ada dua cara genggaman itu, iaitu: cara pertama, menggenggam jari-jari tangan dgn jari telunjuk diangkat menunjuk ke arah kiblat dari mula membaca Tahiyat Akhir sampailah tamat, i.e. sehingga 'fil 'alamina innaka hamidum-majid' itu, baru diturunkan jari telunjuk kita; atau cara kedua, menggenggam jari-jari tangan sambil ibu jari dengan  anak jari ke-3 (jari hantu) dibuat seumpama bulatan, dgn jari telunjuk digerak-gerakkan ke atas ke bawah sepanjang masa kita membaca Tahiyat Akhir itu. Berhenti menggerak-gerakkannya hanya setelah selesai membacanya, yakni sampai '..fil 'alamina innaka hamidum-majid'.
17.    Selesai membaca Tahiyat Akhir itu kitapun memberi 'Salam' dgn menoleh ke kanan sambil menyebut 'Assalamualaikum warahmatullah', dan kemudian menoleh ke kiri sambil membaca kalimah 'salam' tersebut juga. Selesailah solat kita;
18.    Bagi setiap solat yg 3 atau 4 rakaat, kita teruskan bangun untuk rakaat ke-3 dan seterusnya ke-4, membaca al-Fatihah sahaja (tanpa, surah selepas al-Fatihah), kemudian Ruku', Iktidal, kemudian Sujud, Duduk antara Dua Sujud, dan kemudian Sujud ke-2 dan duduk untuk Tahiyat Akhir dan akhirnya memberi 'Salam'.
Saudara, demikianlah secara rengkas kaedah atau cara pergerakan solat (rukun fe'linya) itu serta bacaannya (rukun qaulinya).
Kita telah teliti berpandukan ketetapan as-Sunnah atau pelaksanaan rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'li solat mengeikut yg didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. sejajar dgn sabdanya: 'Sollu kama ra-aitumuni ussolli' itu). Yg harus kita ambil ingatan adalah: pertama, ada dua cara mengangkat tangan ketika Takbiratul Ikhram (dan dua ketika yg kita perlu angkat sedemikian); dan kedua, ada dua cara kita berbuat dgn tangan kanan dan jari-jari tangan kita ketika duduk membaca Tahiyat Awal dan Tahiat Akhir.
Ada sesetengah tok guru - malah ulama'pun - berkata cara mengangkat kedua tangan ketika Takbiratul Ikhram bertentangan dgn bahu itu adalah amalan mazhab selain as-Syafie, katanya. Begitu juga, cara menggerak-gerkan jari telunjuk ketika membaca Tahiyat itu juga adalah cara amalan mazhab selain Mazhab as-Syafie. Pandangan sedemikian itu adalah silap dan menunjukkan orang yg bercakap sedemikian orang yg belum faham as-Sunnah. Amalan sedemikian bukan amalan mazhab apapun, tapi adalah kaedah alternatif yg didemokan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Oleh itu janganlah kita terima kata-kata orang tanpa menyemak dahulu ilmu mengenainya.
Saudara, sesiapa yg bersolat melakukan - dalam rukun qalbi, rukun fe'li dan rukun qaulinya - berlainan dari apa yg dituliskan dalam post/blog ini, adalah melakukan sesuatu yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah. Maka dgn itu adalah suatu kebatilan. Sesuatu yg batil itu adalah tergolong dalam apa yg disebut sebagai bid'ah. Hendaklah kita ingat bahawa seseorang yg membuat atau mengamalkan bid'ah tercemar amalan dan ibadahnya dan adalah salah satu sebab yg menjadikan sesuatu amalan atau ibadah itu tidak diterima Allah (a.w). [Nota-5: Insya Allah, kita akan teliti isu 'bid'ah' ini dgn panjang lebar dan mengkaji apakah akibatnya kpd amalan dan ibadah, malah kpd aqidah, kita kalau kita terlibat dgnnya nanti dalam post-post yg akan datang].


Jazakallahu khairah

3 comments:

  1. Askm, penerangan sudah jelas dan mudah dipahami tapi masih ramai lagi yang tak ambil berat. Malah ada pula yang senang2 menyalahkan orang yang melakukan selain dari yang mereka tahu/diajar tanpa merujuk kpd dalil.

    Satu perkara/tajuk penting yang perlu dan olih itu patut dibincangkan dengan mendalam disini ( melalui blog ini )ialah BIDA'AH. Perbincangan hendaklah berlandaskan ilmu dan dalil2 dari Quran & hadith, bukan pendapat "ulama'" atau professor dalam ilmu agama.

    Cadangan: sediakan satu column khas perbincangan mendalam atas satu satu kes apa yang dikatakan bida'ah( seminggu sekali misalnya), tak usah banyak2. Biar sedikit dan perlahan tapi dapat dipaham olih umum. Itu yang penting.

    Ajzkrh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Tuan,

    Ada pandangan dari sesetengah guru yg mengajar (ibadah) memberitahu ada option bagi solat 2 rakaat tentang cara duduk tahiyat akhirnya, iaitu boleh sama ada duduk cara tahiyat akhir yang lazim kita lakukan atau pun sekadar duduk seperti di tahiyat awal. Mohon pencerahan pihak tuan tentang perkara ini. Wassalam.

    ReplyDelete