Assalamualaikum,
Saudara, dalam membincangkan apa yg bid'ah dan apa yg tidak bida'ah, kita telah sebutkan dalam post yg lalu bahawa kita hanya selamat mendapatkan syurga jika kita patuhi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' (yg intinya: Sesiapa yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat syurga). Kemudian berhubung dgn as-Sunnah, kita hendaklah patuh dan akur kpd perintah Allah (a.w) supaya kita ikuti dan contohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam ibadah dan amalan, dan sboleh-bolehnya dalam menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam yg briman. Inilah mesej Ayat 80, Surah an-Nisa' (intinya: orang yg mentaati Rasulallah (s.a.w) itu sebenarnya mentaati Allah (a.w)) dan Ayat 7, Surah al-Haysr (intinya: taatkan Rasulallah (s.a.w) dan ikuti as-Sunnah). [Nota: Ada banyak firman Allah (a.w) dalam al-Quran supaya kita ikuti suruhan dan perintah serta panduan Rasulallah (s.a.w)]. Kita juga telah maklum bahawa ugama Islam itu adalah ugama yg dicipta oleh Allah (a.w) dan dibawakan kpd kita, manusia, oleh Rasulallah (s.a.w), yg mengajarkan kpd kita syariat Islam dan beliau juga mencontohkan bagaimana hendak beramal dan beribadah untuk menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat itu (intinya: manusia itu diberi kesempatan hidup untuk mengabdikan diri kpd Allah (a.w) semata-mata).
Saudara, kita juga sudah rujuk hadith Rasulallah (s.a.w) yg memberitahu kpd kta bahawa sesiapa yg berpandukan kpd al-Quran dan as-Sunnah, dua peninggalan Rasulallah (s.a.w) itu, pasti berjaya mencari jalan ke syurga dan tidak akan sesat dalam hidup mereka untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w). Sehubungan itu, kita telahpun diperingatkan oleh Allah (a.w) kesempurnaan Islam dan syariatnya dalam Ayat 3, Surah al-Maidah. Kalau sudah sempurna Islam dan syariatnya, masakan ada yg tertinggal atau terkurang dan memerlukan tokok tambah atau penyesuaian kpd ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w)? Inilah asas mengapa bid'ah itu adalah sesuatu kebatilan.
Kita telah rujuk firman Allah (a.w) berikut, yg memberitahu manusia bahawa Islam dan syariatnya sudah lengkap dan sempurna.
Firman Allah (a.w): (yg maksudnya: Pada hari ini telah Aku (Allah (a.w)) sempurnakan untuk kamu sekelian ugama kamu (yakni, Islam) dan telah Aku (Allah (a.w)) cukupkan nikmatKu (yakni, nikmat nur Islam) atas kamu sekelian dan telah Aku (Allah (a.w)) reda akan Islam menjadi ugama kamu sekelian.) [Ayat 3, Surah al-Maidah]
Kalau kita buat penyesuaian atau tokok tambah dan pinda ketetapannya berasakan apapun alasan, tak ubahlah kita seumpama Rabai Yahudi yg meminda Kitab Taurat dan Padri Nesrani yg meminda Kitab Injil!
Saudara,
bid'ah adalah penambahan atau pengubahsuaian atau tokok tambah kpd ketetapan Islam dan syariatnya, khususnya terhadap komponen-komponen atau perincian syariat Islam itu, spt wudu', solat, puasa, zakat dan infaq, dan ibadah haji. Kerana perubahan tersebut, sesuatu amalan dan ibadah itu sudah berubah atau lari dari kemurniaan dan keaslian serta ketulenan bentuk-bentuk amalan dan ibadah tersebut dan telah berubah atau berbeza pula cara dan kaedah mengamal dan mengibadahkannya dari apa yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah atau berlainan dari apa yg telah dicontohkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w).
Rasullah (s.a.w) dalam hadith berikut mengulangi peringatan Allah (a.w) bahawa Islam dan syariatnya sudah lengkap dan sempurna seumpama putihnya sesuatu benda. Kerana sesuatu itu putih, apabila kita lihat pasti putih sama ada ketika siang mahupun malam.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku kecuali rosak; barangsiapa diantara kamu, (yang panjang umur) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam), maka (aku berpesan) atas kamu dengan barangapa yang tahu atau arif kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dan ‘sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham, dan diwajibkan atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan imam atau amir atau ketua) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Ada beberapa mesej dalam hadith di atas itu, antaranya: pertama, Islam itu sudah lengkap dan sempurna; kedua, ikutilah apa yg diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) supaya tidak sesat; ketiga, di akhir zaman akan banyak perselisihan dalam Islam apakala orang Islam tidak berpandukan apa yg diwariskan oleh beliau (i.e. al-Quran dan as-Sunnah); keempat, peganglah sekuat-kuatnya, yakni jangan remehkan atau jangan abaikan atau perlekehkan al-Quran dan as-Sunnah; kelima, hendaklah umatnya pegang as-Sunnah - sunnah beliau dan sunnah khalifah yg empat selepas beliau; dan keenam, orang yg iman itu hendaklah dia patuh dan taatkan imam (i.e. pemimpin jema'ah umat Islam), walaupun mungkin mereka tidak menyukai imam tersebut. Kerana sifat utama orang iman adalah mereka patuhkan perintah ugama. [Nota: Dalam hadith yg lain disebutkan bahawa umat Islam wajib berjema'ah dan imam itu adalah pemimpin jema'ah, dan imam wajib ditaati selagi imam tidak menyuruh sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ketetapan ini adalah selaras dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' (yg intipatinya menetapkan imam ditaati dan kalau berselisih faham rujuk kebali kpd al-Quran dan as-Sunnah) dan Ayat 103, Surah ali-Imran (yg intipatinya menyuruh umat Islam anuti Islam secara berjema'ah dan jangan berkelompok secara berasingan spt bermazhab).]
Saudara, kalau kita patuhi ketetapan-ketetapan sedemikian, pastilah kita tidak sesat dan tidak terlibat dgn bid'ah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment