Monday, January 17, 2011

Kata-kata Hikmah Hari Ini

Assalamualaikum,
saudara, hari ini kita terlewat sedikit melihat 'Kata-kata Hikmah' kita, namun tetap akan kita teliti juga. Saudara, dalam zaman maya ini manusia bergantung kpd wang ringgit.  Tanpa wang ringgit semua tak jadi. Bak kata orang 'ada fulus semua boleh lulus (i.e. yg tak boleh jadi boleh), ada money semua boleh jadi (i.e. apapun boleh jadi kenyataan), ada wang semua boleh bincang (i.e. boleh settle apa-apa yg nak), ada duit semua boleh kait (i.e. walau susah nak dapatpun boleh dapat)'. Kita biasa dengar slogan 'Money makes money', 'Money talks', 'ada money semula boleh jadi' dll. Begitulah besarnya kuasa money atau fulus atau wang atau duit dalam kehidupan manusia hari ini. Dalam Islampun serupa.
Hari ini berapa ramaikah ulama' atau ilmuwan Islam yg sanggup mengajarkan atau menyebarkan ilmu yg ada padanya 'free of charge' atau percuma? Berapa ramaikah ulama' sukarela ilmukan orang yg jahil atau yg kehausan ilmu atau yg langsung tidak faham tentang Islam dan akhiratnya? Kalau nak belajar ilmu mengenai Islam, lazimnya kena buat macam kelaziman tentang ilmu dunia - bayar untuk hadhir tuition. Tak bayar tak boleh dapat ilmu. Malah, nak dapatkan orang yg kononnya berilmu bercakap sesuatu, mereka wajib diumpan dgn saguhati yg lumayan! Bukan setakat di bayar RM 50.00 atau RM 100.00 atau RM 150.00 sejam lagi. Kini mereka seumpama 'pakar runding', dah jadi 'pakar rujuk', perlu bayar RM yg banyak baru mahu buka mulut. Itupun untuk beberapa minit aje. Itulah budaya Yahudi dan Nesrani yg diambil dgn rela hati oleh para ilmuwan Islam hari ini. Dia tidak nampak ganjaran pahala. Kalau nampakpun, mereka pilih ganjaran kesenangan dunia dahulu, kemudian barulah fikirkan ganjaran akhirat kalau ada. Nak suruh orang ajar ilmupun perlu bagi upah yg banyak dan lumayan. Kalau tidak diberi 'compensation' orang yg sememangnya tugasnya (i.e. digajikan) untuk berdakwah oleh organisasinyapun, enggan buat, kecuali diberi saguhati tambahan!
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika di akhir zaman, tidak boleh tidak (yakni, suatu yg mesti) bagi manusia menggunakan dirham dan dinar untuk menegakkan ugama dan (dan untuk menegakkan) urusan dunianya.' [Hadith at-Tobrani]
Demikianlah kata-kata hikmah kita hari ini. Memeang compact. Memang benar dan memang cocok sekali menggambarkan keadaan dunia zaman maya ini. Untuk menegakkan ugama spt untuk mengilmukan orang-orang yg jahil, perlukan wang. Kerana manusia yg Islam dan imanpun kurang yakin dgn akhiratnya! Untuk akhiratnyapun, perlukan wang. Tanpa wang tidak mungkin cita-cita akhirat dapat dicapai dgn mudah. [Nota: blog ini memuatkan ilmu yg haq tentang akhirat itu percuma aje, dgn harapan agar lebih ramai sdr yg Islam itu dibimbing dan dipimpin supaya mengerjakan amalan dan ibadah yg pasti benar dan diterima Allah (a.w). Mudah-mudahan sdr yg mengikutinya faham dan terpandu.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment