Sunday, January 9, 2011

Bid'ah: Kebatilan Tidak Dapat Syurga

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk atau perkara ini, supaya kita lebih faham mengapa Islam melarang keras amalan 'bid'ah' itu.  Rasuallah (s.a.w) melarang umat Islam mengamalkan (dan menyebarkan dan mengajarkan) 'bid'ah' secara terang-terangan apabila beliau memperingatkan umatnya (i.e. kita) takutilah 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau istilah popularnya 'bid'ah'. Rasulallah (s.a.w) menyebut semua atau setiap suatu bid'ah adalah kesesatan, dan kesesatan menempatkan kita yg mengamalkannya terjerumus ke dalam neraka. Tiada pengecualian. [Nota: Ketetapan ini amat jelas. Tapi, segolongan besar orang Islam, termasuk para ulama' dan ilmuwan sendiri berkeras mengatakan dan berhujjah bahawa wujud 'bid'ah hasanah'. kata mereka ada 'pembaharuan dalam perkara ugama' (i.e. bid'ah) yg baik kita amalkan. Mereka tidak ada sandaran nas atau dalil al-Quran atau as-Sunnah apabila berpandangan atau berpendirian sedemikian. Tiada dalam al-Quran. Dan, kerana Rasulallah (s.a.w) melarangnya, pastilah tiada dalam as-Sunnah!]
Saudara, jika Rasulallah (s.a.w) menegah atau melarang, ertinya Allah (a.w) menegah dan melarang, kerana Rasulallah (s.a.w) hanya bercakap atas landasan wahyu drpd Allah (a.w) (Ayat 3 dan 4, Surah an-Najmi). Dan, jika kita lakukan juga atau kita buat tak tau dan kekal amalkan, maka kita melanggar perintah Allah (a.w) yg menyebutkan bahawa sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w), sudah pastilah dia mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa')! Jadi, counter factualnya, kita secara terus terang meningkari perintah Allah (a.w).
Saudara, apakah akibatnya menentang perintah Allah (a.w)? Jelaslah kita menzalimi diri sendiri, kerana kita tau ditegah atau dilarang lakukan, tapi kita buat. Jelaslah juga kita tergolong orang yg fasiq, kerana Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tegah, kita buat juga. Jelaslah juga kita kafir kerana menentang perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) atau tidak mau terima perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kita kafir. Menentang tegahan yg jelas itu, kita terkeluar dari orang yg akan mendapat syurga mengikut ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan kita tergolong di kalangan orang yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa', yakni kita adalah calun neraka, jika kita tidak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan - jalan ketaatan - pastilah masuk neraka!
Saudara, kita kembali kpd ketetapan hadith berikut yg juga secara terang memberitahu kita siapakah golongan yg mendapat syurga:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara ugamanya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak mengikuti syariat ugama Nabi Musa (a.s) berpandukan Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak mengikuti syariat ugama Nabi Isa (a.s) berpandukan Kitab Injil) dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 firqah (atau golongan atau mazhab) masuk Neraka dan hanya satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Golongan yang mana satukah itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’)(iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll]
Jelaslah, apabila Rasulallah (s.a.w) larang kita buat juga, bererti kita tolak jalan (atau sunnah) Rasulallah (s.a.w), maka kita termasuk dalam golongan yg satu yg tidak mendapat syurga. Dan, kita juga termasuk dalam golongan orang yg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’  Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari]. [Nota: Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa setiap 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau 'bid'ah' itu adalah kesesatan, kita kekal berkeras bahawa ada 'bid'ah hasanah'. Rasulallah (s.a.w) nasihatkan kita jangan buat amalan atau ibadah yg tidak dicontohkan atau diajarkan oleh beliau (i.e. as-Sunnah) kita buat juga, bererti kita adalah tergolong dalam kalangan orang yg 'enggan' mengikut perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Maka kita wajib masuk neraka! Wal iyazubillah.]
Saudara, dua hadith berikut dengan jelas memperingatkan kita supaya jangan buat sesuatu yg tiada dicontohkan atau dibawakan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kalau kita buat juga, amalan atau ibadah kita itu ditolak. Sia-sia saja!
 Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: Barangsiapa memperbaharui perkaraku (yakni, syariat Islam itu) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka (ibadat dan amalan) dia ditolak.’ [Hadith  Ibnu Majah & Muslim]. 
Atau, melanggar tegahan Rasulallah (s.a.w) yang disebutkan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat pembaharuan di dalam urusan atau perkara kami (yakni, syariat ugama Islam) sesuatu yang tidak termasuk dalam urusan tersebut, maka dia (ibadat atau amalan) ditolak.’ [Hadith Bukhari].
[Mengikut riwayat Muslim pula: ‘Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak didatangkan daripada kami (Nabi), maka dia (ibadat atau amalan tersebut) ditolak.’ [Hadith Muslim]
Saudara, adakah kita tidak yakin dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w)? Adakah kita tidak menerima ketetapan Rasulallah (s.a.w)? Maka kita terima ketetapan manusia lain yg tidakpun diutus Allah (a.w) sebagai Rasul atau Nabi dan tidak pula dilantik oleh Allah (a.w) menyampaikan ugamaNya?
Saudara, kita telah teliti begitu banyaknya hadith yg jelas memberitahu kita bahawa bid'ah itu adalah suatu kebatilan. Jika kita menyampaikan atau mengajarkan orang lain sesuatu yg bersifat bid'ah atau dicemari oleh bid'ah dan orang tersebut mengamalkannya, apa jadi? Orang tersebut sia-sia amalannya atau ibadahnya, dan berdosa pula, dia juga mengirim dosa kpd kita kerana kita gurunya! Oleh itu, berwaspadalah. janganlah cari neraka setelah kita tau bagaimana hendak menghindarkan diri dari terjerumus ke dalamnya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment