Assalamualaikum,
Saudara, membaca akhbar hari ini penulis tertarikh kpd beberapa perkara: pertama, cerita kereta Puegeot 504, yg berusia 33 tahun, milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadnejad di lelong dgn harga US 1,000.0k. Hasil jualannya digunakan untuk membina bangun untuk kegunaan orang yg kurang bernasib baik dan kaum muda, katanya. Harga pasaran kenderaan itu US2k (atau kira-kirra RM 6.1k). Sesiapa yg rajin membaca gayahidup Presiden Iran itu akan kagum kerana beliau melambangkan apa yg sepatutnya dilambangkan oleh personaiti kepimpimpinan atau pemimpin Islam yg sewajarnya. Mungkin kita persoalkan akidah pengikut Syi'ah dan mencurigai keIslaman mereka, namun dalam banyak perkara carahidup dan gayahidup yg dilambangkan oleh Ahmanejad itu serta semangat ukhuwah dan kekeluargaan sejagat kaum Syi'ah tidak dapat ditandingi oleh mereka yg mengakui diri mereka golongan Sunni, malah ahlus sunnah wal-jama'ah! Kita berbangga sebagai golongan Sunni tapi, kita jauh dari melambangkan perangai, sikap serya gayahidup orang Islam yg Islam mereka diterima Allah (a.w). Kita wajar merasa malu dgn orang Syi'ah yg kita labelkan sebagai sesat aqidah mereka. Kita yg kononnya tidak sesat melambangkan keperibadian Islam yg amat jelek dan memalukan, dalam banyak perkara dan hal.
Berita menarik kedua, berterusannya kontroversi perlantikan SUK Selnagor yg baru. Dah jadi tajuk bahasan politk antara Kerajaan dan tokoh-tokoh pemimpin Barisan dgn tokoh dan pemimpin Pakatan Rakyat. Kontroversi ini melambangkan kurang kebijaksanaan pihak KSN sendiri dan kebijaksanaan pegawai-pegawai yg menguruskan perkara perlantikan itu di dalam pentadbiran Istana Selangor. Mungkin jugawujud ketidak sefahaman antara DYMM Sultan dgn YB MB Selangor. Mungkin juga ada ular disebalik kayu dalam urusan perlantikan Dato' Mohd Khusrin Munawi, yg banyak kali menjadi hero ugama apabila dia mengambil tindakan dalam melaksanakan beberapa tindakan sebagai Pengarah JAIS Selangor. Sebagai Pengarah JAIS beliau sepatutnya mengutamakan perkara pentadbiran - melicinkan pentadbiran JAIS, urusan kutipan zakat dan fitrah, agihannya, dan sistem serta kaedah penugasan pegawai-pegawai JAIS, terutama dalam urusan mereka dalam mengilmukan umat Islam Selangor dan seupamanya supaya lebih efisyen dan memanfaatkan rakyat Selangor. Tapi, dia utamakan tugas yg bersifat ugama walhal dia belum benar-benar faham Islam dan syariat Islam.
Kenaikan pangkat pegawai-pegawai Persekutuan dibawah bidangkuasa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yg ahlinya adalah KSN, KSP (KSU Kem Kewangan), KPPA (JPA) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Pelajaran, kalau dia senior berbanding dgn beberapa KP perkhidmatan lain) dan rayuan jika timbul dari pegawai-pegawai yg terlibat, ditimbang oleh SPA. walaupun begitu, adalah menjadi lazim bahawa bagi jawatan-jawatan tertentu spt KSN, KSP dan KPPA dirujuk untuk OK PM dahulu sebelum dibawa ke pihak yg meluluskan kenaikan pangkat tersebut. Begitu jugalah dalam perkara perlantikan SUK negeri, hendaklah dirujuk dahulu untuk mendapat OK MB atau Ketua Menteri. kalau MB atau KM tak setuju selalunya, pihak JPA dan pihak yg menimbangkan kenaikan pangkat tersebut, tidak lakukan dan menyetujui calun pilihan PM ataupun MB ataupun KM. Itulah amalan yg lalu-lalu atas ukhuwah serta persefahaman antara ketua birokrat awam dgn ketua poitik negara dan negeri. Tapi, oleh kerana Selnagor di bawah pembangkang dan kerajaan Persekutuan di bawah BN, tak tahulah. Orang Melayu berpecah kerana politik. Malah mereka lupakan perintah Allah (a.w) bahawa setiap orang Islam itu bersaudara, jangan putuskan silatur rahim, jangan berpecah dalam ugama, jangan memburuk-burukan, caci mencai, maki memaki, fitnah memfitnah dsbnya saudara Islam yg lain, amalkan musyawarah dalam semua perkara untuk mencari penyelesaian yg baik (Ayat 10, Surah al-Hujurat)
Hari ini orang Melayu tidak sepakat. Orang Cina dan India lebih sepakat dalam dunianya. Orang Melayu berpecah dalam dunianya dan dalam akhiratnyapun berpecah...
Hari ini orang Melayu tidak sepakat. Orang Cina dan India lebih sepakat dalam dunianya. Orang Melayu berpecah dalam dunianya dan dalam akhiratnyapun berpecah...
Dalam perkara pentadbiran negeri, DYMM Sultan tiada kuasa veto kerana Sultan wajib terima keputusan MMK atau EXCO sebagaimana SPB Yg DiPertuan Agung tiada kuasa veto dalam perkara Persekutuan yg diluluskan oleh Kabinet atau Parlimen. Dgn itu Perdana Menteri sebagai ketua Kabinet berhak menentukan sesuatu. Begitu jugalah MB berhak menentukan sesuatu, termasuklah perlantikan SUK yg akan bekerja rapat dengannya dan dgn EXCO. SPB Agung/Sultan boleh beri pandangan tetapi tidak boleh membuat penentuan dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan/negeri.
Saudara, walau apapun, pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan lumpuh apabila MB dgn EXCOnya tidak dapat menerima SUK yg dilantik. Mungkin, jika begitu tercapailah, kalau ada, niat atau agenda ular disebalik tunggul orang-orang Barisan. Kecundanglah Pakatan yg cuba menjadi parti pemimpin alternatif kpd Barisan. Penyelesaian yg terbaik dan bijaksana adalah bagi KSN manarik balik lantikan tersebut dan berunding dgn MB calun-calun yg sesuati yg boleh meningkatkan kerjasama antara orang politik di Selangor dgn pentadbiran Selangor, demi keberkesanan pentadbiran Selangor dan demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat dan kelicinan urustadbir Islam di Selangor.
Mudah-mudahan KSN bertindak secara profesional serta bijak.
Mudah-mudahan KSN bertindak secara profesional serta bijak.
Jazakallahu khairah
Askm, Kisah pertama memang sungguh menarik diperbincangkan atau disebarkan. Saya pernah ke Iran ( Tehran ) atas urusan niaga. Dalam satu perbualan dgn rakan niaga, saya telah mempersoalkan patutkah Iran terus berkomfrantasi dengan US dan sanggup dikenakan sekatan ekonomi dsb dan mengambil risiko perang jika itulah yang kemungkinan akan berlaku. Pada logiknya dgn berfikiran waras, perkara sedemikian patut dielakkan kerana sikap & pendirian sedemikian itu akan merugikan negara dan seterusnya menyusahkan rakyat. Apa jawapannya? Dia bertanya saya " Adakah anda seorang Islam? Dengan bangga saya menjawab "YA". "olih itu apakah anda takut kepada US syaitan itu melebihi Allah?" Saya tersentak dan terpegun sebentar. Dalam hati " betul juga ye ". Sambungnya lagi" and tahu tak ketika perang Iran-Irag yang berlansung selama lebih 8 tahun, Tehran setiap hari sentiasa dihujani olih peluru2 berpandu dari Iraq. Tapi kami tetap dapat terus bertahan kerana dengan pertolongan Allah Iran dapat "kejayaan" memandangkan Iran bukan saja menangkis serangan Iraq yang dibantu juga olih seluruh negara2 Arab dengan sokongan US". Itulah dia semangat kental keislaman orang2 Syiah yg kita disini sudah dan dengan mudah " kutuk mereka sesat". Saya rasa sungguh malu kerana kita mengaku yang kita ahli-Sunnah-Al-Jemaah lah yang betul tapi pada hakikatnya kita kurang atau lemah keimanan kepada Allah SWT. Lihat sajalah orang2 Arab yg kaya-raya, senang lenang tapi sanggup diperkudakan olih US dan barat semata2 mungkin nak menjaga harta kekayaan dan kesenangan dalam cara hidup mereka, tak kisah pasal perentah Allah untuk penyatuan ummah, malah sanggup membiarkan saudara2 Islam lain dalam keadaan miskin, ditindas, diseksa dan dibunuh dengan kejam olih musuh2 Islam. Itulah ujian Allah kepada mereka yang sedang dilekakan dengan nafsu kekayaan, kekuasaan, kesenangan dan kemewahan di dunia.
ReplyDeleteKisah sedih ini berpanjangan hingga ke hari ini, berlaku didepan mata kita tanpa ada pembelaan dari negara2 Arab yang kaya raya, kalau adapun setakat melepas batuk ditangga.
Patutkah kita merasa bangga kerana kita dari kumpulan/mazhab ahli-Sunnah-walJemaah yang kita laung2kan, yang kita inilah Islam yang betul/haq dan sanggup melebalkan mereka orang syiah sesat? Itu sebab saya terasa amat malu jika hendak berbincang bab agama dengan mereka, sungguh pun saya tak bersetuju dengan ajaran syiah tapi saya kagum dengan semangat perjuangan membela orang2 Islam yang telah dan sedang ditindas olih musuh2 Islam, iaitu kaum Yahudi (yg dilaknati Allah SWT), dengan sokongan kuat kuasa2 besar di dunia.
Apa peranan kita yg mengaku sebagai orang yang mengamalkan Islam yang benar/haq?
a)Sebagai HAMBA Allah, setakat mana tahap keta'atan kita kepada perentahNya?
b) Sebagai KHALIFAH Allah, setakat mana tahap mutu kepimpinan ummah kita?
c) Sebagai PEJUANG, setakat mana peranan dan sumbangan kita dalam usaha menyebar, mengembang, memaju dan Islam dan setakat mana sanggup memperjuang dan mempertahan kesucian agama ISLAM, agama yang diredhai olih Allah.
Pada keseluruhannya... kita patut merasa BESAR "KEMALUAN" kita dan bertaubatlah segera, memohon keampuan dari Allah SWT. Jangan terus angkuh dengan kuasa yang telah diamanahkan. Kalau tidak, sudah pasti NERAKA Allahlah jadi tempat tinggal kamu yang kekal selama2nya. SYURGA & NERAKA adalah pilihan anda, tepuk dada tanyanya selera. Wallahu'alam.
Askm, kisah kedua juga ada kaitan dengan orang syiah Iran ni.
ReplyDeleteBegitulah orang Islam mazhab syafei ( ahli sunnah wal-Jemaah )nampak gah tapi akhlak tak semana yang patut dibanggakan sebagai orang yang mengaku mereka yang mengamalkan Islam yang sebenarnya. Ini berlaku kerana tiada sesaorang pun di perengkat "pemerentah" yang mempunyai kredibiliti tinggi yang bolih menasihati, membimbing mereka yang diamanahkan supaya dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh taqwah kerana Allah, bukan atas kepentingan peribadi atau politik.
Pada pandangan saya sebagai seorang biasa ni, semua pihak bersalah kerana masing2 melakukan, ( sebab kurangnya pahaman ilmu agama, hukum dosa pahala ) bukan kerana Allah. Jadi akhirnya, keputusan dan tindakan mereka tidak akan menyelesaikan masalah. Maka akan berlakulah "permusuhan" yang tak ada notanya di antara mereka. Maka kucar-kacirlah pentadbiran negeri. Rakyat juga akhirnya yang menerima keburukannya.
Masalahnya diperkuatkan dengan kedegilan dan keanggkuhan mereka untuk mengaku kesilapan yang telah mereka lakukan. Jika ikhlas, apa salahnya mengada menyuarah dan dengarlah dan pertimbangkanlah pendapat semua pihak, demi kelancaran pentabiran negeri untuk kepentingan rakyat. Ma'aflah kerana cadangan ini hanya dilihat sebagai satu cerita dogeng saja.
Akhir kata dari saya .... "SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU2NYA...BIARKAN...BIARKAN".