Tuesday, January 25, 2011

Mazhab: Apa Kata Imam Abu Hanifah


Assalamualaikum,

Saudara, dikatakan Imam Abu Hanifah adalah pengasas fahaman Mazhab Hanafi, sebagaimana dikatakan Imam Malik b Anas adalah pengasas Mazhab Maliki dan Imam asy-Syafie sebagai pengasas fahaman Mazhab asy-Syafie, yg menjadi ikutan kita semua di Nusantara - Indonesia, Filipina, Brueni, Singapura, Thailand dan Malaysia. Apa kata Imam Abu Hanifah tentang ajaran beliau dan tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam konteks ajaran dan pendapat beliau mengenai Islam dan syariatnya?

Mazhab Hanafi
Saudara, Imam Abu Hanifah melarang pengikutnya bertaklid kpd beliau secara membuta tuli, sehinggakan mereka menolak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan menerima pendapat atau pandangannya, kalaulah pendapat dan pandangannya itu berlainan daripada atau bertentangan dgn mana-mana ketetapn al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa sumber ilmu mengenai Islam itu dan panduan yg haq tentang cara hidup orang iman itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Kerana ugama Islam itu adalah ugama yg dicipta Allah (a.w) untuk manusia mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w), tuhan mereka yg esa. Dan,ugama Islam itu disampaikan kpd manusia oleh utusan Allah (a.w), i.e. Rasulallah (s.a.w). Beliaulah yg mengajarkan manusia dan mencontohkan atau mendemokan bagaimana hendak mengerjakan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan Allah (a.w) Rasulallah (s.a.w) lah yg menterjemahkan segala perintah Allah (a.w) dalam bentuk amali atau praktkalnya. Beliaulah memperincikan perintah Allah (a.w) itu melalui as-Sunnah. Justeru itu, kalau kita ingin faham Islam secara sempurna wajiblah kita mengaji atau mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa beliau tinggalkan pada manusia, khususnya orang Islam, dua perkara, yg jika kita sekelian berpegang dan berpandu dgn kedua-duanya, kita sekelian tidak akan sesat (secara pasti) mencari siratul mustaqim atau keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w) untuk berjaya mendapat syurga Allah (a.w), iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).
Al-Quran itu semua orang dapat kerana telah dikitabkan/dibukukan mulai zaman khalifah Othman ibni Affan (r.a) atas perintah Rasulallah (s.a.w). Tetapi, as-Sunnah hanya diketahui oleh para sahabat yg hidup sezaman dgn Rasulallah (s.a.w) atau para sahabat yg kemudian yg menjadi pengikut kpd para sahabat tersebut, yg masih ada koleksi kata-kata dan episod perlakuan dan perbuatan Rasulallah (s.a.w) yg mereka tulis (sebagaimana ibnu Masud) atau yg mereka ingat, yakni yg mereka hafal (spt Abu Hurairah) dan semumpama mereka. Kemudian para pengikut mereka yg belajar dari mereka pula tahu. Kalaulah, as-Sunnah tidak dicari, dikitabkan atau dibukukan oleh para ulama' muhadithin, kita pasti tercari-cari as-Sunnah. Tanpa as-Sunnah purak purandalah segala amalan dan ibadah kita kerana kita mengerjakannya secara jahil tanpa panduan yg haq. Maka dgn itulah kita wajib bersyukur kpd Allah (a.w) ada para ilmuwan yg berusaha mencari as-Sunnah dan mengumpulkannya dan menelitinya supaya umat Islam akhir zaman faham ugamanya dan faham bagaimana hendak mengerjakan amalan dan ibadah sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Maka wujudlah sejumlah 49 koleksi kitab-kitab hadith yg dikumpul oleh seramai 49 orang ulama' hadith atau muhadithin. Atara mereika adalah empat imam yg dikatakan sebagai pengasas fahaman mazhab, termasuklah Imam Abu Hanifah. 
Dalam konteks ilmu mengenai Islam dan syariatnya, apa kata Imam Abu Hanfiah?
Imam Abu Hanifah berkata: ‘Tidak dihalalkan bagi seseorang berpegang kepada perkataan kami (i.e. aku), selagi dia tidak mengetahui dari mana kami (i.e. aku) mengambilnya (i.e. selagi tidak diteliti al-Quran dan as-Sunnah, kemudian teliti pendapatnya).’ [Ibnu Abdl Barr, al-Intiqa’u fi- fada’ilits Tsalasatil A’immatil Fuqaha’i. m.s 145]
Imam Abu Hanifah yg dikatakan pengasas fahaman Mazhab Hanafi juga melarang pengikutnya - atau sesiapa saja - yg meneliti hasil kerjanya supaya jangan ambil membabi-buta atau terima tanpa menyemak sumbernya. Sumber ilmu itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Itulah sumber yg haq. Pendirian beliau sama dgn pendirian Imam as-Syafie, Imam Malik, Iman Ahmad.
Malangnya, apa yg terjadi hari ini. Ramai para ulama' baru dan ilmuwan baru, terutama yg belajar Islam dan syariatnya dari mahaguru mereka, yg pula mempunyai kepentingan strategik mereka sendiri, yg suka mencari sesuatu untuk ditonjolkan kpd manusia, termasuklah mentafsirkan sifat-sifat fisikal Allah (a.w) [Nota: macamlah dia tahu atau ada ilmunya], walhal Allah (a.w) berfirman (memperingatkan kita): '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ...' [Maksud: dan janganlah kamu sekelian lakukan atau buat atau kerjakan sesuatu itu tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya.' ] [Ayat 36, Surah al-Isra']
Hari ini kita terima bulat-bulat cakap-cakap atau kata-kata seseorang yg kita anggap ulama' atau ilmuwan atau bertaraf ulama', walaupun ilmunya tak sebanyak mana. Itulah yg dikatakan bertaklid membabi-buta atau membuta tuli, sehingga tidak mahu mendengar sesuatu kebenaran dari orang lain, sekiranya berlainan dari apa yg kita diindoktrinasikan oleh para ulama' mazhab masing-masing atau apa yg disampaikan oleh mahaguru mereka!
Berwaspadalah, kerana yg rugi bukan orang lain tapi kita sendiri. Imam Abu Hanifah tahu perkara ini. Maka dgn itu dia nasihatkan kita jangan berpegang kpd seseorang, termasuk beliau sendiri, tanpa menyemak sumber ilmunya.
[p.s.: Post ini telah dipaparkan bulan Julai tahun 2010 yg lalu. Kita lihat semula kerana pembaca inginkan maklumat lanjut tentang 'mazhab' dan 'ulil amri']

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment