Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam post sebelum ini bahawa Solat Witir itu boleh dikerjakan di awal malam (selepas kita selesai Solat Isyak) atau di pertengahan malam (i.e. ketika nak tidur) atau di akhir malam (i.e. selepas tidur ketika bangun untuk berqiamul-lail mengrjakan solat-solat malam, khususnya Solat Tahajjud). Yg paling afdhal, i.e. mendapat ganjaran pahala yg tinggi adalah mensolatkannya ketika satu pertiga terakhir malam, yakni selepas selesai berqiamul-lail, seumpama menamatkan Solat-solat Tajhajjud kita, maka kita akhirilah ibadah solat malam kita dgn mengerjakan Solat Witir.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Sufyan hadith daripada Jabir (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa khuatir bahawasnya tidak berdiri (bangun) dari akhir malam, maka solat witirlah pada awal malam, dan siapa yang ingin bersolat akhir malam, maka witirlah pada akhir malam. Maka sesungguhnya bersolat akhir malam itu ‘masyhudatun’ (yakni, disaksikan oleh Allah (a.w) dan para malaikat yang turun ke langit dunia pada sepertiga terakhir malam) dan demikian itu lebih afdhal.’
Dan, berkata Abu Mu’awiyah (r.a): ‘(ketika menjelaskan ungkapan ‘masyhudatun’ dengan ungkapan ‘makhduratun’ maksudnya: Didatangi malaikat rahmat.’ [Hadith Muslim, Kitab Solat Musafir dan Qasar].
[Nota: Dalam post-post yg lalu kita melihat sepotong hadith yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) turun ke langit dunia tiap-tiap malam pada sepertiga akhir malam, yakni selepas kira-kira jam 3 pagi dan berada di langit dunia sehingga tiba waktu Subuh, kemudian Allah (a.w) naik semula ke langit tujuh ke arasyNya. Allah (a.w) perkenankan tiga permintaan hambanya yang berjaga dan bersolat malam, iaitu diampun dosanya, dimurahkan rezki dan dihapuskan penderitaannya.. Maka dgn itu, ada kelebihan bagi mereka yg mengerjakan Solat Witir itu di sepertiga terakhir malam, kerana ibadahnya dipersaksikan oleh Allah (a.w) dan para malaikat yg turun mengiringi Allah (a.w) ke langit dunia pada sepertiga terakhir malam itu. Saudara, bukanlah bermaksud segala amalan kita setiap saat itu tidak dipersaksikan, kerana setiap saat dan ketika dua malaikat sentiasa menjadi saksi, malah menulis segala tindaktanduk kita, iaitu malaikat Rakib dan Atid (atau Kiraman dan Katibin) yg berada di sebelah kanan dan kiri kita! Tetapi, jika kita bersolat di awal waktu Subuh, sebagai contoh, dan di awal waktu 'Asar, sebagai contoh lagi, ketika itulah para malaikat di bumi bertukar syif dgn malaikat di langit - yg bertugas siang hari turun ke dunia mengambil alih tugas dari yg bertugas malam hari yg akan naik ke langit pada waktu Subuh, dan malaikat syif malam turun ke bumi dan malaikat syif siang naik ke langit ketika masuk waktu 'Asar. Kedua-dua kumpulan membuat 'hand-over note', menyerahkan Kitab Catatan Amalan kita. Maka ketika itu dua golongan malaikat tersebut akan melapurkan kpd Allah (a.w). Dan, kerana setiap kebaikan itu mendapat lapuran baik dan didoakan oleh malaikat, maka beruntunglah mereka yg mengerjakan Solat Subuh dan Solat 'Asar pada waktunya. Sehubungan itu jugalah, sesiapa yg mengerjakan Solat Witir pada sepertiga terakhir malam, disaksikan oleh Allah (a.w) dan para malaikat yg mengiringi Allah (a.w) turun ke langit dunia itu. Maka ramailah yg mendokan kebaikan baginya kerana mengerjakan Solat Witir ketika itu.]
Saudara,
janganlah kita silap faham bahawa Allah (a.w) perlukan malaikat memberitahuNya segala perlakuan atau pekerjaan hambaNya, seolah-olah Dia tidak tahu! Allah (a.w) bersifat Maha Mengetahui. Atas sifatNya sebagai Raja kpd segala Raja dan Kerajaan, maka Dia sewajarnya dimuliakan oleh kesemua makhluknya, sehinggakan para malaikat itu ditugaskan untuk melapurkan segala sesuatu kpdNya tentang amalan dan ibadah dan segala yg lainnya terhadap hambaNya, iaitu manusia dan jin, walaupun Allah (a.w) itu sentiasa tahu setiap saat apa yg dilakukan oleh hamba-hambaNya! Malah, malaikat tidak tahu isi hati manusia, tetapi Allah (a.w) tahu isi hati manusia, sebelum terlintas di hati manusia sesuatu!]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment