Assalamualaikum,
Saudara, hari ini ramai orang belajar tentang ugamanya dan segala sesuatu pengisiannya (i.e. amalan dan ibadah) melalui kitab atau buku atau kaset atau CD atau VCD yg dikarang atau ditulis atau dirakam oleh seseorang. Murah dan mudah di dapati di pasar-pasar, termasuk pasar malam. Yg mengarangnya dapat keuntungan dalam bentuk komisyen dari penerbit. Kerana banyak permintaan sehinggakan satu kaset yg dijual RM 3.00 atau RM 4.00 satu itu memberikan komisyen katalah RM 0.10 sen sahaja, menjadi pendapatan lumayan pada mereka yg mengarang atau menulis atau mrekodkannya. kalau 200,000 salinan kaset dijual, dgn komisyen RM 0.10, yg merekodkannya dapat RM 20,000.00. Selain itu, ramai pula yg bercakap melalui program khas TV yg direkabentuk oleh mereka sendiri, mungkin untuk 25 episod. Setiap episod dibayar oleh pemilik stesyen TV, termasuk Astro, katalah RM 50,000.00. Fikirkanlah, berapa banyak penerbit dan pengeluarnya dapat keuntungan dunia.
Saudara,
Allah (a.w) melarang seseorang itu menggunakan ugamanya sebagai sumber pendapatan atau kehidupan, atau untuk tujuan 'maisya' mereka. Allah (a.w) menyebut supaya kita janganlah memperdagangkan ugama kita untuk keuntungan yg sedikit. Dan, janganlah menulis atau mengarang kitab atau buku tentang ugama Islam dgn tujuan untuk dijual dan mendapat sumber kehidupan, i.e. pendapatan. Hari ini, ramai orang yg dikatakan 'berilmu' menulis kitab atau mengarang buku berbagai tajuk, mengambil sedikit idea dari al-Quran dan as-Sunnah, kemudian menokok tambah itu dan ini, kononnya tuntutan Islam, dan kini sudah menjadi kaya. Begitu juga ramai pula yg mentransformaskan beberapa ayat al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) kpd pelbagai bahan dijhadikan ubat yg dikatakan mustajab dan barakah. Maka orang yg mengusahakannya kini sudah berjaya dan mewah. Ramai juga yg ada sedikit ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah, dan kerana pintar bercakap atau berceloteh, mengambil kesempatan dgn ilmu yg sedikit meraih keuntungan yg banyak pula. Ramai yg dah kaya dan mewah.
Saudara, apakah kita dibolehkan mencari keuntungan dari ugama? Bagi mereka yg faham Islam dan tuntutannya akan ketemui ketetapan bahawa janganlah mencari keuntungan dari al-Quran dan as-Sunnah. Islam mensyaratkan bahawa sesiapa yg ada ilmu mengenai Islam - walaupun sekadar sepotong ayat al-Quran atau sepotong adith, WAJIB dia sampaikan dan BERDOSA besar jika disembunyikan. [Nota: Sesiapa yg menyembunyikan ilmu atau tidak mahu menyamapaikannya kpd orang lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga di akhirat kelak.] Menyampaikan ilmu adalah sesuatu kewajipan dalam Islam dan menyembunyikan ilmu adalah suatu kebatilan dalam Islam.
Insya Allah kita akan teliti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai isu ini supaya kita tau. Mudah-mudahan orang-orang yg banyak ilmu itu tampil ke depan untuk menyebarkan ilmunya walaupun tidak diberi habuan kewangan. Mudah-mudahan otrang-orang yg sekarang menjadikan ilmunya sebagai alat untuk kesenangan dunia, berhenti dan menyebarkan ilmunya dgn percuma sebafgai tanpa sesalan atau sebagai bukti bertaubat melakukan kesilapan, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment