Wednesday, January 5, 2011

Wudu': Perlukah Selepas Mandi Junub?

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah maklum bahawa, mandi junub itu merangkumi dua proses dalam satu, iaitu: pertama, wudu'; dan kedua, mandi meratakan air ke badan. Kita tengok ketetapan as-Sunnah mengenai perkara ini.

Selepas Mandi Junub Tak Perlu Berwudu'

Saudara, mungkin saudara belum tahu tentang ketetapan Islam bahawa setelah mandi junub kita tak perlu wudu' lagi untuk solat. Kerana, kita tidak diajarkan ketika kecil. Malah para ulama'pun tak beritahu kita. Lagipun, mungkin kita mandi junub tidak menepati ketetapan Islam berdasarkan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Alhamdulillah, kita dapat ilmu mengenainya hari ini, dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari abi Ishaq hadith dari Aswad hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: 'Adapun Rasulallah (s.a.w) tidak wudu' (atau berwudu') setelah mandi junub.' [Hadith an-Nasa'ie, Kitab Bersuci]
Hadith pendek ini memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak berwudu' selepas mandi junub, beliau terus bersolat. Maka dgn itulah mandi junub itu merangkumi dua proses tadi. Hadith berikut menjelaskan apa yg dirumuskan secra precise dalam hadith di atas itu.
Diriwayatkan hadith dari Hisyam b 'Urwat hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya adapun Nabi (s.a.w) ketika mandi dari (i.e. kerana) berjunub memulakan dgn mencuci kedua-dua tangannya, kemudian berwudu' sebagaimana berwudu' untuk solat; kemudian memasukkan jari-jarinya (i.e. kedua-dua tangannya) ke dalam air maka diselah-selahkannya jari-jarinya pada pangkal rambutnya, kemudian dituangkannya air atas kepalanya tiga kali cedukan, kemudian meratakan air atas tubunnya keseluruhan tubuhnya.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Bersuci]
Hadith ini menjelaskan lebih terperinci sedikit bahawa Rasulallah (s.a.w) ketika mandi junub dia berwudu' dahulu [Nota: Maka dgn itulah ditekankan oleh Aisyah (a.s) sebelum berwudu' Nabi membasuh/menyucikan kedua-dua tangannya dulu. Kenapa? Kerana, zaman itu air disimpan dalam bekas (spt bejana atau tempayan) dan ketika berwudu' Nabi menyeluk ke dalam bekas air, untuk dapatkan air.] Setelah berwudu' Nabi memasukkan kedua tangannya ke dalam bekas air, membasahi jari-jarinya yg kemudiannya diselah-selahkannya dari pangkal rambutnya supaya terkena air kulit kepalanya. Kemudian Nabi menceduk air dengan 3 cedukan yg dicurahkannya ke kepalanya, sekali sebelah kanan, sekali sebelah kiri dan sekali di tengah-tengah rambutnya.[Nota: Air hanya perlu dikenakan pada kulit kepala tak perlu setimba air dicurahkan ke kepala! Rambut Nabi dikatakan ikal dan lebat, maka dgn itu dia menselah-selahkan jari-jari tangannya yg basah ke pangkal rambut. Proses mandi junub tak perlupun banyak air.]
Setelah selesai mandi Nabi (s.a.w) membaca Doa seumpama Doa Wudu' (i.e. dua kalimah syahadah) yg telahpun kita maklum dari post yg lalu.
Saudara, oleh kerana kaedah mandi junub yg betul dan yg menepati as-Sunnah ini merangkumi dua proses dalam satu, maka setelah mandi junub tak perlulah berwudu' untuk solat.
Peringatan: Mandi junub yg tak menepati as-Sunnah tidak sah. Kaedah yg benar spt yg dijelaskan di atas itu. Maka jika wudu' atau mandi junub kita tak sah, tak sah solat. Jika kita baca al-Quran berdosa kita. Jika kita tawaf tak sah tawaf, dan bila tawaf tak sah, umrah dan haji kita juga tak sah. Oleh itu, mulai hari ini, eloklah kita semak semula apakah mandi junub dan wudu' kita menepati as-Sunnah?

Jazakallahu khairh 

No comments:

Post a Comment