Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita tentang tajuk ini. Saudara, hari ini begitu ramai di antara kita yg separuh masak ilmunya - separuh masak kerana belajar dari orang yg kita rasai berilmu dan tidak belajar dari orang-orang yg benar-benar berilmu. Siapa yg benar-benar berilmu? Iaitu mereka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari orang yg mendapat ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari gurunya yg juga diajarkan oleh orang yg belajar ilmu-ilmu tersebut dari gurunya yg diajarkan ilmu-ilmu tersebut. Kerana ingin dapatkan pahala ramailah orang yg ada sedikit ilmu mencari peluang melibatkan diri dalam Kuliyah Subuh atau Kuliyah Maghrib di masjid-masjid atau disurau-surau. Soalnya: apakah dia mengajarkan ilmu yg haq? [Nota: Dalam blog ini kita diperingatkan sentiasa bahawa ilmu yg haq itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah.] Ada diantara mereka yg menyampaikan kuliyah tersebut orang yg mendapat ilmu dari sumber yg batil atau dari orang yg tidak sah sumber ilmunya. Maka dgn itu jugalah kita dapati ramai penceramah sedemikian itu membaca satu atau dua hadith atau satu atau dua ayat al-Quran kemudian bercakap selama sejam merepek pula. maka timbullah penambahan atau penjelasan atau keterangan atau cerita yg batil pula - yg tidak pula ada sandaran ilmu yg haq/]
Saudara, dalam post sebelum ini kita diberitahu bahawa orang yg mengajarkan ilmu yg haq dan orang yg mempelajari atau menerima ilmu yg haq yg diajarkan, sama-sama dapat pahala. Sebaliknya pula, orang yg mengajarkan ilmu yg batil, guru dan anak muridnya mendapat dosa dan anak muridnya pula mengirim dosa kpd gurunya tanpa dosanya sendiri dikurangkan Allah (a.w). Kita teliti sterusnya ketetapan Islam dalam hadith berikut:
Di dalam hadith berikut disebutkan bahawa begitu banyaknya ganjaran pahala yang boleh didapati dalam dan mengembangkan ilmu mengenai ugama Islam itu. Menunjukkan manusia kepada orang yang boleh membantupun mendapat pahala di sisi Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Datang kepada Nabi (s.a.w) seorang lelaki meminta kenderaan kepadanya maka tiada didapatinya disisinya barang yang boleh menanggung (yakni, kenderaan) akan dia, maka ditunjukkannya atas orang lain, maka ditanggongkannya. Maka datang dia kepada Nabi (s.a.w) lalu diceritakannya, maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawasanya orang yang menunjuk atas kebajikan (yakni, kebaikan) itu seperti yang memperbuatnya.’ [Hadith gharib at-Termidzi].
Hadith ini menjelaskan bahawa sesiapa yang mengajar orang lain sesuatu yang baik, dan diamalkan oleh orang yang diajarkannya perbuatan kebaikan itu, maka mendapat pahala dia dan mendapat pahala orang yang mengerjakan perbuatan atau amalan baik itu, dan yang mengajarkannya juga mendapat pahala orang yang diajarkannya tanpa mengurangi pahala orang yang diajarkannya itu. Begitulah sebaliknya.
Malangnya, dalam zaman kebendaan sekarang ini ada dua keburukannya: pertama, ilmu ugama itu kurang nilainya berbanding dengan ilmu dunia, maka dengan itu tidak ramai orang yg ingin mempelajari ilmu yg haq dan orang yg berilmu ingin menyampaikan ilmu dan tidak ramai orang yg jahil ingin mendalami ilmu syariat Islam, terutama Ilmu al-Hadith. Kedua, orang yang berilmu dipengaruhi oleh kebendaan maka dengan itu mereka hanya bersedia mengajarkan atau menyebarkan ilmunya dengan bayaran atau upahan yang menarik dan lumayan. Hanya segelintir para ilmuwan yang bersedia mengajarkan dan menyampaikan ilmu kerana ganjaran pahala tanpa mengutamakan ganjaran kesenangan dunia.
Jazakallahu khairah
Askm, Sdr bincang tentang penyampaian atau penyebaran Ilmu Allah. Tapi patut juga dibincangkan tentang hukumnya orang yang kedekut dengan ilmunya.
ReplyDeleteBedasarkan firman Allah SWT " Jagalah dirimu dan ahli2mu dari apai neraka" - Surah Al Tahrim ayat 7. Maka ada setengah2 orang berpendapat bahawa beliau hanya diperentahkan atau menyampaikan ilmu hanya mustahak kpa ahli2 keluarganya sahaja sebagai satu perentah Allah sudah mencukupi padahal ada dalil yg lain dimana Allah berfirman ( kurang pasti surah & ayatnya )sesiapa yg kedekut yakni tahu ilmu Allah tapi enggan menyampaikan kepada orang lain ( percuma atau perlu pembayaran - itu bab lain ) maka neraka adalah tempatnya.