Saturday, January 29, 2011

Cemuhan Allah (a.w) ...

Assalamualaikum,
Saudara, manusia itu diperingatkan bahawa semasa di alam roh, ketika berusia 120 hari atau 4 bulan, setelah terjadi pensenyawaan (ovum dan sperm bersatu) dalam rahim ibunya, Allah (a.w) membuat perjanjian dengan roh setiap manusia. Roh itu mengakui bahawa Allah (a.w) lah tuhannya dan berjanji dia akan melaksanakan segala tanggungjawabnya kelak setelah diberi kesempatan hidup di dunia (i.e. setelah dilahirkan sehingga sampai ajalnya). Inilah 'Perjanjian Roh' [Ayat 172 dan 173, Surah al-A'raf]
Firman Allah (a.w): 'Maka ketika Tuhan kamu mengeluarkan keturunan Adam dari tulang sulbi mereka dan mengambil penyaksian terhadap roh mereka (dgn berfirman): 'Bukankah Aku ini Tuhan kamu?', berkata (i.e. menjawab roh): 'Bahkan (Engkaulah tuhan kami)! (Kami Allah (a.w) lakukan sedemikian itu) bahawasanya  tidak berkata mereka pada hari kiamat: 'Sesungguhnya kami adapun kami dengan ini penyaksian terlupa kami.' [Ayat 172, Surah al-A'raf] Atau, berkata mereka: 'Sesungguhnya apa-apa yg syirik ibubapa kami dari sebelum kami; dan adapun kami adalah zuriat sesudah mereka. Apakah Engkau (Allah) akan membinasakan kami dgn apa-apa yg berbuat orang-orang yg sesat dahulu itu?' [Ayat 173, Surah al-A'raf]
Saudara, 
dalam dua ayat tersebut kita diberitahu bahawa roh kita akui Allah (a.w) itu tuhan kita dan berjanji mentaati Allah (a.w). Manusia diperingatkan supaya jangan lupakan tanggungjawab dalam perjanjian tersebut atau jangan kita alpa untuk menunaikan tanggungjawab setelah diberi kesempatan hidup. Allah (a.w) mengambil penyaksian tersebut. Tujuannya supaya apabila kita lahir di dunia dan sepanjang hayat kita, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memperhambakan diri kpd Allah (a.w) kerana itulah perintah Allah (a.w) pada firman berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'buduni' (yg bermaksud: Dan tidaklah Aku jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu) [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Mungkin kita tidak ingatkan 'Perjanjian Roh' kita, tetapi kita diberi otak dan akal untuk berfikir dan mencari kebenaran dalam hidup kita kerana apabila kita mati pasti kita dipertanggunjawabkan apakah kita sudah menepati janji kita itu. Kalau kita dilahirkan Islam kita juga diwajibkan menunaikan janji dalam 'Perjanjian Roh' itu. Kalau kita dilahirkan bukan Islam, kita tetap diwajibkan menunaikan 'Perjanjian Roh' kita kerana ketetapan pada Ayat 56, Surah az-Zariat tersebut. Kita tiada pilihan. Kalau kita diberitahu yg haq oleh orang yg tahu dan faham sesuatu yg haq, i.e. Islam dan syariatnya, kita wajib akur. Jika kita tidak endahkan, maka Allah (a.w) memperupamakan kita seperti haiwan yg ada hati, ada mata, ada telinga tetapi tidak digunakan untuk memikirkan apakah akan terjadi kpd kita nanti, setelah ajal maut kita sampai [Nota: Dalam firman yg lain kita diumpamakan sebagai anjing yg diberitahu sesuatu dia tetap menjelirkan lidahnya sahaja, tidak faham dan tak mahu nak diberi faham (Ayat 176, Surah al-A'raf)].
Firman Allah (a.w): 'Wa-laqad zarakna li-jahannama kathiram minal jinni wal-insi, lahum qulubun la-yafqahuna biha, wa-lahum 'ayunun la-yubsiruna biha, wa-lahum azanun la-yasma'una biha, ulaika kal-an'am bal hum adallu; ulaika humul ghafiluna' (yg bermaksud: Dan, nescaya sungguh akan Kami isikan neraka jahannam itu kebanyakan jin dan manusia, mereka ada hati, (tetapi) tidak faham mereka dgn hati mereka, pada mereka ada mata, (tetapi) tidak melihat mereka dgn mata mereka, pada mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar mereka (akan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya), mereka itulah seperti haiwan, malah lebih buruk (dari haiwan) kesesatan mereka; mereka itulah orang-orang yg lalai dan lupa (akan janji mereka).' [Ayat 179, Surah al-An'am]
Saudara, janganlah kita dicemuh dan dicaci Allah (a.w) sedemikian. Binatang punyai otak, punyai mulut, punyai mata dan punyai telinga, sama macam kita manusia. Kita ada semua, ditambah pula dgn akal, tapi, semuanya tidak berguna dan tidak digunakan untuk mengabdikan diri pd Allah (a.w). Kalau kita kekal kafir dan kufur, tidak endahkan yg haq setelah diberitahu oleh orang yg tahu, kita lebih hina dari haiwan! Adakah saudara suka dikatakan seekor haiwan jantan atau betina? Diberitahu yg haq bahawa seseorang yg Islam dan beriman itu wajib membetulkan niat dalam beramal dan beribadah, wajib mengilmukan diri sebelum beramal dan beribadah, diberitahu bahawa tiada 'bid'ah hasanah', diberitahu segala amalan dan ibadah yg tidak selari dgn apa yg ditetapkan oleh as-Sunnah adalah batil, tidak diterima Allah (a.w), kekal cara lama berpandukan cakap-cakap orang, tidak mahu mengaji dan memahami Islam dan syariatnya yg haq! Bukankah kita tergolong di kalangan orang yg dicemuh oleh Allah (a.w) itu? Tepuk dada tanya diri masing-masing. Yg menanggung akibatnya kita sendiri bukan orang lain.
Saudara, dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 176, Surah al-A'raf pula kita yg bersifat sedemikian diibaratkan seumpama anjing. Apa orang katapun tentang perkara yg haq, dia hanya menjelirkan lidahnya sahaja! Ada kepala, mata, hati, mulut dan telinga dan akal tapi buat tak tau aje. Tak mau belajar, tak mau terima ...kekal taksub dgn apa yg diwarisinya tanpa menyemak betulkah atau tidak apa yg diamalkan selama ini!
Mudah-mudahan, kita terlepas dari dicerca atau digolongkan dari kalangan orang yg sedemikian oleh Allah (a.w). Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah (a.w) demi kebaikan dan kesejahteraan kita di akhirat, insya Allah.

Jazakallahu khairah



2 comments:

  1. Assalamualaikum. yg ayat yg terakhir tu, sepatutnya surah al a'raf ayat 179, bkn al an'am. harap perbaiki. Jazakallahu khairah.

    ReplyDelete
  2. SURAH 7 ADALAH SURAH AL-A'RAAF.

    ReplyDelete