Tuesday, January 11, 2011

Pelaburan Akhirat Yg Mudah lagi Murah

Assalamualaikum,
Saudara, bagi mereka yg faham dgn budaya bisnes dan korporat, tentu sekali saudara tahu ada orang yg meraih keuntungan yg besar kerana mereka berwang melabr dalam pasar saham seumpama BSKL. Malah yg terkaya melabur di pasar saham dunia spt yg ada di New Stock Exchange, di London, di Hong Kong, dan sekurang-kurangnya di Singapura. Selain mendapat dividen biasa mereka mendapat apa yg diebut 'capital gains' atau 'capital appreciation' apabila saham mereka yg dulunya bernilai, katalah dalam USD, US x seunit (satu lot) kini naik menjadi US x+y seunit. y mungkin sekali ganda atau berganda nilai x itu.
Saudara, dalam Islam lebih-pebih lagi ada pelaburan sedemikian. Yg penting kita fahami adalah dalam Islam ada pelaburan batil dan ada pelaburan yg haq. Dan, dividen yg kita terima adalah setelah kita mati. 
Saudara, semua kita melabur. Hanya, ada di antara kita yg melabur dalam kebatilan kerana kita jahil atau kerana kita kurang yakin dgn alam akhirat!  Dan, kita tahu bahawa dividen pelaburan akhirat kita akan terima terima di akhirat. Saudara, 
dalam Islam ada pelaburan yg batil dan ada pelaburan yg haq. Yg batil, mungkin sengaja kita pilih kerana lemahnya iman kita atau kita buat kerana kita jahil. Walaupun dividennya negatif (i.e. dalam bentuk dosa), kerana kejahilan kita atau kerana ketaksuban kita atas sesuatu ajaran seseorang yg kita sanjung dan akui sebagai berilmu dan benar, maka kita terima dan ikuti ajarannya, dan kemudian kita sebarkan atau ajarkan orang lain atau kita anjurkan orang lain buat atau kerjakan. kalau yg kita laburkan itu adalah kebatilan, maka dividennya adalah dosa dan jika kita laburkan itu yg haq, maka dividen kita adalah dalam bentuk pahala.
Saudara,
kalau kita melabur di dunia, dan kita dapati saham kita jatuh nilai, maka kita cepat-cepat jual, supaya tidak rugi (i.e. 'capital loss'), atau tidak mendapat dividen. Dalam pelaburah akhirat, pelaburan kita yg sudah kita buat tidak boleh ditarik balik. Ia kekal. kalau pelaburan yg batil kekallah pelaburan itu menghasilkan dividen dosa yg berpanjangan sampai kiamat dunia! Itulah bezanya. Justeru itu, berjaga-jagalah dalam melabur untuk akhirat. [Nota: Nasihat ini amat relevan kpd mereka yg mengajar dan mengilmukan orang Islam yg lain sama ada di universiti (sebagai pensyarah) atau di media (program TV dan paparan internet) atau di masjid atau di surau (ketika Kuliyah Maghrib dab Kuliyah Subuh) atau dimana-mana saja (sebagai penceramah atau pembentang kertaskerja, atau moderator, facilitator, commentator dll), adalah juga pelaburan kita yg kita buat ketika di dunia (i.e. ketika masih hidup) dan 'keuntungan'nya kita terima di akhirat! Dalam hubungan ini kita lihat ketetapan Islam dalam hadith berikut: 
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (atau dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak ridha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas itu menyebutkan tentang dua bentuk pelaburan akhirat bersabitan dgn as-Sunah dan bid'ah (yg kita telah lihat dalam beberapa post sebelum ini). Kalau kita megajarkan as-Sunnah maka itu adalah pelaburan akhirat yg haq. Begitulah juga kalau kita belajar dan mengaji as-Sunnah, juga pelaburan akhirat yg haq. kalau kita belajar sesuatu yg batil, seumpama bid'ah', itu adalah pelaburan akhirat yg batil. Dividen dalam bentuk dosa akan kita terima sehinggalah kiamat dunia. kalau kita ajarkan orang, adalah pelaburan yg tak mungkin ditarik balik! maka kita - sama ada suka atau benci - tetap dikirimkan dividen pahala atau dosa, walaupun kita sudah lama mati. Oleh itu berwaspadalah dalam melabur untuk akhirat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment