Wednesday, January 19, 2011

Solat: Perlakuan Yg Berlainan Dari as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah contohkan rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'li solat, berdasarkan ketetapan as-Sunnah. Solat kita (sebagaimana juga amalan dan ibadah lain dalam Islam) hendaklah memenuhi dua syarat untuk diterima Allah (a.w), iaitu: pertama, niatnya betul - ikhlas kerana menepati Ayat 36, Surah al-Isra', iaitu kita beramal dan beribadah semata-mata untuk mencari kerahmatan Allah (a.w), i.e. syurga Allah (a.w), dan takutkan azab Allah (a.w), i.e. nerakaNya; dan kedua, hendaklah rukun qalbinya, rukun qaulinya dan rukun fe'linya hendaklah menepati ketetapan as-Sunnah atau sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maksudnya, patuhi cara dan kaedah bersolat mengikut ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yg bermasukd: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat). [Hadith Bukhari]
Sehubungan itu, cuba lihat lihat kelainan atau perkara-perkara yg tiada dalam solat yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w):
1.Memulakan solat tanpa membaca atau menzahirkan niat spt 'Usolli fardhal ...' dan seumpamanya, kerana Rasulallah (s.a.w) terus berdiri dan membaca Takbir dan seterusnya Takbiratul Ikhram [Nota: Sabda Rasulallah (s.a.w): 'faiza qumta ilas-solati, fakabbir...'];
2. Ketika berdiri meletakkan tkedua-dua tangan pelcagai cara dan kaedah, walhal Rasulallah (s.a.w) menyuruh letakkan kedua tangan di tengah-tengah badan di atas bahagian pusat, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri;
3. Ketika Ruku' membaca 'Subhana rabbial 'azimi wa-bihamdihi.' dgn disudahi dgn kalimah 'wa-bihamdihi', kerana as-Sunnah menyuruh baca hanya 'Subhana rabbial 'azim' sahaja tanpa ditambah;
4. Ketika bangkit dari Ruku' untuk Iktidal, jika menjadi makmum membaca 'Sami'allahu liman hamidah, rabbana walakal hamdu', walhal as-Sunnah menyuruh makmum baca hanya 'Rabbana wa-lakal hamdu' sahaja selepas sahaja Imam baca 'Sami'allahu liman hamidah';
5. Ketika Sujud membaca 'Subhana rabbial 'ala wa-bihamdihi' manakala as-Sunnah menyuruh baca hanyalah 'Subhana rabbial 'ala' sahaja;
6. Ketika mengangkat kedua tangan memulakan solat, i.e. Takbiratul Ikhram, mengangkat tangan berbagai cara dan kaedah, walhal as-Sunnah menyuruh buat hanya Dua kaedah; iaitu: sama ada angkat kedua-dua tangan dgn jari-jari lurus sehingga paras cuping telinga atau kedua-dua jari sampai ke paras kedua-dua bahu; dan begitulah juga ketika hendak Ruku' dan bangkit untuk rakaat ke-3;
7. Cara duduk ketika Tahiyat Awal dan cara duduk ketika Tahiyat Akhir yg berbagai-bagai walhal as-Sunnah menjelaskan satu cara yg tetap, dan memasukkan kalimah 'saidina' ketika bersyahadah atau membaca kalimah-kalimah 'selawat atas Nabi' dalam Tahiyat;
8. Membaca kalimah 'Ta'awuz' (i.e. A'uzubillah ...') dan kalimah Basmalah dgn kuat atau jahar, manakala as-Sunnah menyuruh baca hanya dgn suara perlahan yg hanya didengari oleh telinga sendiri tanpa dapat didengari oleh orang lain ketika memulakan baca al-Fatihah dan surah;
9. Membaca Doa Qunut ketika Solat Subuh walhal mengikut as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) tidak membaca Doa Qunut pada Solat Subuh;
10.Ketika memberi 'salam', mengangkat tangan kiri dan mengusap dahi atau kepala, walhal tidak ada amalan sedemikian oleh Rasulallah (s.a.w); dan
11. Selepas selesai solat berwirid atau berzikir atau berdoa secara berjema'ah, walhal as-Sunnah menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) setelah selesai solat berpaling mengadap makmum dan berzikir, berwirid dan membaca doa bersendirian.
Saudara,
apabila kita teliti as-Sunnah (mengikut sumber hadith dalam Kuttubul Sittah, itulah perbezaan dalam kaedah dan cara bersolat dalam perkara rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'li solat. Terdapat sekurang-kurangnya 11 perbezaan atau kelainan dalam cara dan kaedah bersolat yg berlaku sekarang ini.
Saudara,
apabila kita teliti kelainan atau perbezaan ini terdapat perkara yg dikerjakan berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan ada juga yg sama sekali merupakan tambahan atau penambahan kpd cara dan kaedah bersolat cara Rasulallah (s.a.w). Isunya? Apakah perlakuan sedemikian itu termasuk dalam istilah 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau 'bid'ah'? Jika begitu, terbatallah solat. Tidak diterima solat kita. Bahkan, lebih membahayakan kerana mengamalkan bid'ah, maka aqidah kita tercemar, dan kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari. Wal iyazubillah.
Saudara, eloklah kita perbetulkan solat kita - bentuk-bentuk solat kita, kaedah dan cara kita solatkan solat kita supaya kita pasti solat kita diterima dan kita kekal dalam Islam.

Jazakallahu khairah




No comments:

Post a Comment