Assalamualaikum,
Saudara, kita disuruh oleh para ustaz dan ulama' supaya berselawat ke atas Nabi (s.a.w). Dan, jika kita berselawat sekali, Allah (a.w) akan berselawat pd kita 10 kali [Hadith]. Perintah berselawat pd Rasulallah (s.a.w) itu diwajibkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran pada Ayat 56, Surah al-Ahzab, yg berbunyi (maksudnya):
'Sesungguhnya Allah (a.w) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w); wahai orang-orang yg beriman berselawatlah atasnya dgn selawat yg sempurna.' [Ayat 56, Surah al-Ahzab]
Jika saudara, prihatin sudah pastilah saudara sering mendengar firman Allah (a.w) ini dibaca secara mutlak dalam setiap khutbah (khutbah Jum'at, Aidil Fitri dan Aidil Adha). dalam hadith berikut seorang sahabat bertanyakan kpd Rasulallah (s.a.w) apakah kalimah selawat itu atau bagaimana berselawat itu.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Abdullah b Zaid orang Ansar, dan Abdullah b Zaid adalah orang yg dinampakkan melalui mimpi tentang panggilan (i.e. azan) untuk solat, menceritakan hadith dari abi Mas'ud orang Ansar berkata: 'Datang kpdku Rasulallah (s.a.w) pada suatu majlis Said b Ubadah, maka berkata pada Nabi (s.a.w) Basyir b Said: 'Memerintah kpdku Allah (a.w) Zat yg Maha Agung, bahawa berselawat aku ke atasmu, wahai Rasulallah (s.a.w) (i.e. Ayat 56, Surah al-Ahzab)! Maka bagaimana aku hendak berselawat atas engkau? Maka terdiam Nabi (s.a.w) seketika sehingga beranggapan aku bahawa tidak bertanya aku (mengenai perkara itu).(kata Basyir pada dirinya)' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Engkau katalah (i.e. sebutlah): 'Allahumma solli 'ala Muhammad, wa-'ala alihi Muhammad, kama sollaita 'ala ali Ibrahima,; wa-barik 'ala Muhammad, wa-'ala ali Muhammad, kama barakta 'ala ali Ibrahima, fil 'alamina innaka hamudum-majid'. Dan memberi 'salamlah' sebagaimana yg telah tahu kamu (i.e. kalimah 'salam').' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Sudara, berselawat atas Nabi (s.a.w) itu adalah membaca kalimah-kalimah yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd Basyir itu. Dalam solat, ketika membaca Tahiyat Akhir, kita bacalah kalimah selawat ini selepas kalimah-kalimah yg kita baca pada Tahiyat Awal yg telahpun kita teliti dalam post yg lalu itu. Dalam amalan harian kita, ketika beerwirid atau berzikir atau ketika baring atau duduk, daripada bercakap perkara-perkara yg tidak berfaedak, adalah lebih baik kita berselawat selalu. Sesiapa yg berselawat mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w) di akhirat kelak.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment