Monday, January 24, 2011

Mazhab: Adakah Wujud dalam Syariat Islam?

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita cuba bincangkan tajuk di atas, kerana ada pengikut blog ini yg bartanya tentang 'mazhab'. Kata beliau Us Ravi berceramah menyebut, i.e. memberi pandangan tentang isu mazhab. Rengkasnya mazhablah yg memboleh seseorang itu terpandu dalam mengamalkan amalan dan ibadah dalam Islam. Saudara, sebenarnya tajuk ini telah disentuh beberapa kali dalam post-post yg lalu dan kita telah juga berikan apa kata para imam yg dikatakan pengasas kpd sistem kemazhaban - iaitu Imam as-Shafie (Mazhab as-Syafie), Imam Malik (Mazhab Maliki), Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) dan Imam Ahmad ibni Hanbal (Mazhab Hanbali). [Nota: Tidak ada bukti yg sahih menunjukkan bahawa mereka itu berhasrat menubuhkan mazhab. Harus diperhatikan bahawa keempat-empat imam tersebut adalah ulama' muhadithin, i.e. ulama' hadith].Yg penting mesej yg terkandung dalam petikan kata-kata para imam yg empat ini adalah: mereka menyuruh buang atau ketepikan apa saja pendapat mereka kalaulah terdapat pendapat mereka itu menyalahi atau bercanggah dgn as-Sunnah. [Nota: Sila rujuk post yg memuatkan ketetapan mereka bersabit dgn apa yg mereka tuliskan dalam kitab-kitab mereka. Rengkasnya, jika ada ketetapan mereka  menyangkal atau menyalahi as-Sunnah, pendapat mereka hendaklah diketepikan]. Kita juga telah sentuh serba sedikit tentang ajaran atau reformasi syariat Islam yg dikatakan dipelopori oleh Imam Abadul Wahab, yg dikatakan pengasas fahaman Wahabbi dalam kurun 12 Masihi di Arab Saudi. [Nota: Imam Abdul Wahab berusaha membersihkan Islam dan syariatnya dari pencemaran yg bersifat tahyul, kurafat, taklid dan bid'ah, supaya kemurniaan Islam dan syariatnya sebagaiman yg diasaskan oleh Rasulallah (s.a.w) itu dikekalkan. Dalam perspektif ini beliau inginkan umat Islam ikuti al-Quran dan as-Sunnah pure and simple, tidak dicemari oleh pendapat yg karut serta pendapat persangkaan manusia].


Islam Wajib dianuti Secara Berjema'ah

Saudara, sebelum kita bincangkan selanjutnya isu mazhab dan fahaman kemazhaban ini, elok kita ulang kaji beberapa fakta tentang Islam mengikut apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dalam konteks ketetapan Allah (a.w) kita hendaklah menumpukan perhatian kita kpd firman Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu' (yg bermaksud: Dan, berpegang teguhlah kamu sekelian pada tali (i.e. Ugama) Allah (a.w) (yakni, Islam) dgn berjema'ah atau secara berjema'ah). [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Dalam Ayat ini Allah (a.w) memerintahkan umat Islam supaya berpegang kpd ugama Islam, yakni anuti ugama Islam atau ikuti ugama Islam itu secara berjema'ah dan jangan berfirqah (atau berkumpulan, maksudnya bermazhab  sebagai satu bentuk perkumpulan atau firqah). Oleh yg demikian, awal-awal lagi Allah (a.w) telah menetapkan satu panduan yg hakiki bahawa kita anuti Islam secara berjema'ah dan bukan secara bermazhab. Jelasnya, dalam Islam tiada firqah atau mazhab.
Kemudian Rasulallah (s.a.w) pula mengulangi perintah Allah (a.w) dalam as-Sunnah apabila beliau bersabda seperti berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; pertama, maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam dan demi kebajikan akhiratnya))] [Hadith Muslim]
Saudara,
Rasulallah (s.a.w), dalam hadith tersebut, memberitahu kita bahawa Allah (a.w) ridha tiga perkara (maksudnya, Allah (a.w) wajibkan dalam aqidah dan amalan umat Islam) supaya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam dan iman semasa di dunia, wajib mereka patuhi atau akur tiga perkara. Tiga perintah atau ketetapan Allah (a.w) itu adalah: pertama, umat Islam wajib sembah hanya Allah (a.w) sebagai tuhan mereka yg esa dan jangan syirik atau mengambil sesuatu yg lain sebagai pihak yg memiliki kuasa ketuhanan; kedua, umat Islam hendaklah berpegang teguh dgn ugama Islam secara berjema'ah; dan ketiga, umat Islam, dalam menganuti Islam sebagai ugama mereka, jangan berfirqah atau bermazhab. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu ada tiga perkara yg amat dibenci Allah (a.w), iaitu: pertama, berkata-kata itu dan ini tentang Islam tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran maupun as-Sunnah (i.e. berkata sesuatu tanpa landasan ilmu dan hanya menggunakan persangkaan atau pendapat dan pandang yg tidak ada asas apa-apa; kedua, banyak soal dalam perkara ugama, i.e. setelah dijelaskan atau diberitahu sesuatu ketetapan dalam al-Quran dan as-Sunnah, masih nak berhujjah atau membuat pelbagai alasan atau andaian, yg tiada sandaran fakta atau asas yg haq. Jelaslah, Allah (a.w) dan RasulNya memerintahkan kita yg Islam jangan bermazhab, sebaliknya hendaklah kita berada dalam satu jema'ah. Jema'ah apa? Rasulallah (s.a.w) menjelaskan bahawa jema'ah itu adalah mengikuti atau mencontohi apa yg didemokan oleh beliau dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu Islam itu mensyaratkan dua perkara untuk membenarkan keIslaman seseorang atau sekumpulan umat Islam, iaitu pertama mereka berpandukan as-Sunnah, dan kedua, mereka amalkan syariat Islam dalam semua dimensi atau perkara secara berjema'ah. [Nota: Sila rujuk hadith yg menyebutkan bahawa apabila umat Islam berpecah menjadi 73 golongan di akhir zaman, 72 golongan tidak berjaya mendapat syurga, hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga. Golongan itu adalah, sabda Nabi (a.s): 'Ma ana 'alahi wa-ashabi' (yg bermaksud: jalanku (i.e. sunnahku) dan jalan para sahabatku (sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin), i.e. sahabat yg empat) dan mereka anuti atau pegang Islam secara berjemaah.] Hakikatnya golongan yg disebut sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' adalah panduannya as-Sunnah dan dari segi organisasi atau sistem pemerintahannya adalah berjema'ah.
Us Farid Ravi dan ramai ulama arus perdana silap mentafsirkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' sebagai mereka yg berpegang dgn Islam berdasarkan fahaman kemazhaban! Hakikatnya, tiada fahaman kemazhaban dalam Islam.

Jazakallahu khairah
(Bersambung ...)

No comments:

Post a Comment