Sunday, January 9, 2011

Bid'ah: Ketetapan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat bukan setakat implikasi mengamalkan 'bid'ah' atau meyakini wujudnya 'bid'ah hasanah'. Kita tergolong dari kalangan orang yg sengaja menempah neraka walhal, kita beramal dan beribadah dgn harapan bahawa Allah (a.w) trima segala amalan dan ibadah kita, dan kerana kita akur dgn perintah Allah (a.w) dan suruhan RasulNya, kita mengharapkan Allah (a.w) meridai kita dan Allah (a.w) memberikan kerahmatanNya atas kita. Dan, dgn kerahmatan itu kita berjaya mendapat syurga. Dan, dapat kita rumuskan bahawa setiap sesuatu amalan atau ibadah yg bercorak bid'ah atau yg dicemari oleh sesuatu yg bid'ah tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dua situasi: situasi pertama, kita ajarkan as-Sunnah kpd saudara kita yg Islam; dan situasi kedua, kita ajarkan saudara kita yg Islam kebatilan atau bid'ah. Hasilnya dan akibatnya dijelaskan dalam hadith itu: 
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (atau dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak ridha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith Ibnu Majah].
Logiknya jelas. Kita ajar yg baik pastilah dapat kiriman pahala, seumpama membuat pelaburan akhirat yg pasti mendatangkan dividen akhirat yg baik pula. Mengajarkan yg jelek atau batil, pastilah kita melabur dalam pelaburan akhirat yg merugikan kita, kita dapat kiriman dosa selagi orang yg kita ajarkan itu mengamalkannya sampai ajalnya. Kalau dia ajar pula orang lain, kerana dia yakin dgn kita sebagai gurunya, maka berkembanglah pelaburan batil kita, dan semakin banyaklah kiriman dividen negatif berupa dosa yg tidak putus-putus!
Saudara, akibat mengamalkan sesuatu yg bid'ah itu lebih serius dari mendapat kiriman dosa. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yakni, mereka yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu (yang lainnya) dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya (yang lain). Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith  Ibnu Majah].
Saudara, 
mengamalkan bid'ah mengakibatkan segala amalan dan ibadah kita ditolak Allah (a.w). Malah, mengikut hadith ini kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari! Kita sangka kita Islam. Kita sangka kita dapat syurga kerana ,katalah kita hidup 85 tahun dan kita mula beribadah ketika baligh umur 15 tahun, selama 70 tahun kita merasai kita taatkan perintah Allah (a.w) dalam mengabdikan diri. Tapi, kerana kita amalkan sesuatu yg bid'ah, kita terkeluar dari Islam dan jatuh kafir! Wal iya zubillah. Sia-sia hidup kita dan amalan kita sekian lama itu. 
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ditolak (yakni, tidak diterima oleh) Allah (a.w) apabila menerima Allah (a.w) (i.e. dipersembahkan) amalan-amalan ahli bid’ah (pencipta, penganjur, pengajar dan pengamal bid’ah) sehingga mereka meninggalkannya (amalan) bid’ah mereka.’ [Hadith  Ibnu Majah].
Alhamdulillah, 
hadith di atas ini adalah penyelamat kita. Ia adalah petunjuk jalan yg benar. Kita sudah terlanjur dan sesat. Kita boleh kembali ke pangkal jalan. Kalau kita masih hidup i.e. diberi Allah (a.w) umur lagi, kita masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Ikutilah as-Sunnah. Belajarlah as-Sunnah supaya kita tahu mana yg haq atau betul dan mana yg batil dalam amalan kita. Kita bertaubat kpd Allah (a.w) kerana kita selama ini beramal tanpa ilmu atau dalam kejahilan, maka kita tidak tau apa yg haq dan apa yg batil. Dan, mulai saat ini kita perbetulkan amalan dan ibadah kita. Kita mengaji as-Sunnah supaya kita faham Islam dan syariatnya. Itu sajalah jalan keluar dari kegelapan amalan selama ini.


Jazakallahu khairah






No comments:

Post a Comment