Wednesday, January 26, 2011

Menarik hari ini ... Kawalan Internet

Assalamualaikum,
saudara hari ini ada dua berita menarik dalam the Sun (26 Jan 2011); iaitu: pertama, terpampang di headline the Sun yg melapurkan bahawa kerajaan, i.e. Kementerian dalam Negeri, mengikut kenyataan KSUnya, DS Mahmood Adam, bahawa kerajaan sedang mengkaji semula perundangan mengenai 'percetakan' (di bawah Printing Presses and Publications Act, 1984), untuk mengawal percetakan atau penyiaran sesuatu kenyataan, penerbitan dan seumpamanya melalui sistem dan kaedah maya, i.e. Internet postings. Dgn itu nanti kerajaan dapat menapis atau mengambil tindakan yg sewajarnya terhadap mereka yg menggunakan dan menyalahgunakan perkhidmatan internet service providers seumpama Facebook, Blogs dan lain-lainnya. Sekarang ini sesiapa saja bebas bercakap dan menulis melalui kemudahan maya yg terdapat sekarang tanpa adanya censorship (penapisan). Sekarang orang yg hendak mencetak sebarang bahan cetakan dan menyiarkannya perlu mendapat lesen dari kerajaan. Mungkin, nanti sesiapa yg ingin menulis dan menyiarkan sesuatu melalui internet wajib mendapat 'Surat Izin' atau lesen pula. Jika tidak mereka tidak akan dibenarkan menulis dan menyebarkan sebarang maklumat atau kenyataan melalui laman web spt Facebook, twitter, blog dsbnya. 
Kedua, lapuran di muka dua akhbar the Sun itu menyebutkan kenyataan Ronnie Liu tentang cadangan kerajaan negei Selangor untuk menguatkuasakan peraturan pihak berkuasa kuasa tempatan (i.e. local councils) mengharamkan orang Islam bekerja di premis atau perniagaan yg terlibat dalam pembuatan, pengedaran dan perkhidmatan melibatkan alcohol (i.e. arak). Dan beliau menyebut kemungkinan jika kesemua barangan haram dirangkumi spt minuman arak, perkhidmatan urut, perjudian dan seumpamanya, akan melibatkan, katanya, seramai tak kurang dari 300,000 orang Islam (katanya conservative estimate).
Saudara, hari ini saudara yg ingin belajar ilmu atau ingin mengurangkan sedikit kejahilan dalam bidang Islam dan syariatnya, khususnya panduan as-Sunnah, boleh membaca blog seumpama 'yayasan-ilmu.blogspot.com' ini - percuma, mudah dan dapat diakses bila-bila masa dan dimana-manapun. Mungkin kalau jadilah kerajaan mengubah perundangan yg berkenaan, maka sekali lagi kerajaan akan menutup peluang untuk orang Islam mempelajari syariat ugamanya secara mudah, pantas dan percuma. [Nota: Sekarang ini maklumat tentang ugama Islam hanya boleh disampaikan dgn 'tauliah', i.e. kebenaran kerajaan]. Maka semakin parahlah orang Islam. Kerajaan negeri tidak melipatgandakan usaha menghapus kejahilan dan keadaan 'buta syariat' dikalangan umat Islam, kini peluang alternatif untuk belajar Islam dan syariatnya pula dibendung.
Apakah lagi yg akan berlaku yg sewajarnya merugikan orang Melayu dan orang Islam untuk memahami ugama mereka, i.e. memahami apakah perintah Allah (a.w) dan suruhan RasulNya! Nampaknya, orang Melayu akan semakin disadvantaged dalam negaranya, sedikit demi sedikit mereka terlepas sesuatu dari memperolehinya yg memerlukan biayaan wang, kini yg freepun mereka terlepas. Mudah-mudahan pemimpin dan birokrat kerajaan janganlah mengasak orang Melayu dan Islam sampai ke sudut sehingga tersepit, yg tidak membolehkan mereka bernafas. Kita tak tahu apa akan jadi pada masyarakat Melayu 100 atau 200 atau 1,000 tahun akan datang. Tapi, Rasulallah (s.a.w) sudah membayangkan dalam as-Sunnah, di akhir zaman amat payah bagi orang iman untuk mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sehinggakan diperumpamakan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk menetapi atau menjadi orang Islam yg memenuhi syarat Ayat 13, Surah an-Nisa' itu seumpama memegang bara api di tangannya - amat sukar dan sulit dan teramat payah. Maka yg boleh memudahkan mereka menjadi orang Islam yg menepati al-Quran dan as-Sunnah itu, mereka perlu lari ke gunung dan bukit dan ke dalam hutan, makan akar dan pucuk kayu, barulah selamat, kerana tiada orang Islam lain yg akan membatasi kehidupan seharian mereka untuk ingatkan Allah (a.w) dan berusaha mencari akhirat mereka melalui ilmu yg haq ...

Jazkallahu khairah

No comments:

Post a Comment