Assalamualaikum,
Saudara, setelah kita faham kaedah dan cara (mandi junub dan) berwudu', kita lihat pula isu yg ingin dibincangkan dalam tajuk di atas. isunya: Apakah batal wudu' kita kalau kita menyentuh wanita yg makhram dan yg bukan mahram kita? Bagi mereka yg pernah ke Mekah untuk tujuan umrah dan haji, sering kita dinasihatkan oleh mutawif supaya bertaklid kpd mazhab lain tentang wudu'. Kerana, katanya mengikut Mazhab as-Syafie, lelaki menyentuh wanita, sama ada makhramnya atau tidak, akan membatalkan wudu'nya. Jika kita tidak bertaklid, sukar untuk mengerjakan umrah ataupun haji kerana apabila kita Tawaf sudah pasti - kerana meremutnya manusia Tawaf, pasti wudu' kita terbatal disentuh atau tersentuh wanita yg mengerjakan Tawaf bersama-sama kita! Kalau mazhab selain Mazhab asy-Syafie, sentuhan sedemikian tidak membatalkan wudu'.
Itulah ketetapan mazhab, iaitu: wudu' batal kalau lelaki bersentuh/menyentuh wanita - makhramnya atau bukan makhramnya. Bukankah begitu sukarnya beramal dalam Islam, kalau demikianlah ketetapan Islam! Tapi, tiada asas al-Quran mahupun as-Sunnah tentang batalnya wudu' kerana sentuhan sedemikian.
Soalnya: Adakah Imam asy-Syafie yg dikatakan pengasas fahaman Mazhab asy-Syafie membuat ketetapan sedemikian? Saudara boleh semak dalam kitab utama beliau iaitu 'al-Umm', apakah begitu.
Kita perlu rujuk segala sesuatu ketetapan mengenai Islam dan syariatnya, terutama amalan dan ibadah yg termasuk dalam syariat Islam, kpd al-Quran dan as-Sunnah. Itu sahaja panduan yg haq.
Lelaki Menyentuh Wanita Batal Wudu'?
Kita lihat hadith berikut tentang perkara ini:
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Qassim hadith dari Qasim hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: 'Sesungguhnya ada Rasulallah (s.a.w) ketika bersolat dia, aku (Aisyah) nescaya tidur melintang di depannya seperti tidurnya mayat sehingga ketika berkehendakkan bersolat (Witir) menyentuh dia akan daku dengan kakinya' [Hadith an-Nasa'ie, Kitab Bersuci]
Hadith yg rengkas ini menceritakan pada suatu malam Aisyah tidur melintang di hadapan Nabi (s.a.w) yg ketika itu sedang bersolat Solat Witir. Ketika hendak Sujud beliau menggunakan kakinya menyentuh tubuh Aisyah dgn tujuan supaya dia berpindah untuk membolehkan Nabi (s.a.w) Sujud. Sentuhan itu terkena pada kaki Aisyah yg tidak berlapik. Rasulallah (s.a.w) meneruskan solatnya tanpa berwudu' semula. Jelaslah sentuhan tersebut tidak membatalkan wudu' beliau, kerana beliau teruskan solatnya.
Dalam hadith berikut pula lagi jelas menunjukkan sentuhan antara lelaki dan wanita tidak membatalkan wudu':
Dalam hadith berikut pula lagi jelas menunjukkan sentuhan antara lelaki dan wanita tidak membatalkan wudu':
Diriwayatkan hadith dari Sufian berkata: 'Menceritakan hadith kpdnya oleh Abu Rauqin hadith dari Ibrahim at-Tamiyi hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Nabi (s.a.w) ada mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian dia terus bersolat dan tidak berwudu' dia (Nabi)'. Berkata Abu Abdul Rahman (salah seorang perawi dalam isnad hadith ini): 'Tiada di dalam ini bab (i.e. perkara) hadith yg lebih baik dari ini hadith, dan jika adapun hadith yg mursal (i.e. terputus sanadnya).' Dan berkata perawi: 'Ini hadith dari A'masy hadith dari Habib b Abi Thabit hadith dari Urwat hadith dari Aisyah (r.ah) demikian. Dan (ada juga) hadith Habib hadith dari Urwat hadith dari Aisyah (r.ah): 'Bersolat seorang perempuan, dan sesungguhnya menitis darah atas tikar solatnya, tidak apa-apa (i.e. boleh teruskan solat).' [Hadith an-Nasa'ie, Kitab Toharah (Bersuci)]
Hadith di atas menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) sering mencium sesetengah isterinya sebelum keluar ke masjid untuk berolat tanpa memperbaharui wudu'nya. [Nota: Masjid Rasulallah (s.a.w) adalah sebelah serambi rumah beliau. Maka dia keluar rumah terus masuk ke masjid.]
Bahagian kedua hadith di atas itu merujuk kpd kes wanita yg turun darah istihazah, dibolehkan meneruskan solatnya walaupun darahnya menitis lagi. [Nota: Jika pendarahan melebihi waktu lazim iaitu 15 hari kerana haid, boleh bersolat walaupun masih turun darah.]
Saudara, kalaulah kita menetap atau mengikuti ketetapan as-Sunnah, sebagaimana sepatutnya, tidaklah menjadi masalah kpd kita apakala tersentuh/menyentuh wanita walaupun kita ada wudu'. Maka tidaklah perlu kita bertaklid kpd mana-mana mazhab semata-mata untuk mendapat peraturan yg membolehkan solat tanpa memperbaharui wudu' apabila tersentuh atau menyentuh wanita. Oleh kerana kita jahil tentang as-Sunnah, maka kita membuat sesuatu yg tidakpun munasabah, seolah-olah ketetapan mazhab atau seseorang itu mengatasii ketetapan as-Sunnah!
Saudara, jelaslah ketetapan as-Sunnah adalah sentuhan kulit oleh seorang lelaki akan wanita tidak membatalkan wudu'. Jika menyentuh wanita yg bukan makhram pula, kalau disengajakan berdosa, tapi wudu' kekal tidak batal; dan kalau tidak disengajakan tidak apa-apa.[Nota: Hukum menyentuh wanita yg bukan makhram adalah hukum lain. Berdosa kalau disengajakan.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment