Assalamualaikum,
saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah sebutkan bahawa orang yg berjaya mendapat syurga itu adalah mereka yg menepati Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu mereka taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti dan patuhi ketetapan al-Quran) dan mereka taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti dan patuhi ketetapan as-Sunnah). Kemudian orang yg berjaya mendapat syurga itu juga adalah orang yg memenuhi ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa', iaitu selain mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) dia juga mentaati 'ulil amri', yakni kepimpinan dalam jema'ah umat Islam, selagi 'ulil amri' itu tidak menyuruhnya membuat maksiat, yakni perintah yg bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan tidak bertentangan dgn perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Dan, orang yg patuhi Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 59, Surah an-Nisa' itu pastilah dia mentaati Ayat 56, Surah az-Zariat, pasti mendapat syurga. Sebaliknya, orang yg engkarkan ketetapan dua Ayat ini, selain ketetapan-ketetapan yg lain yg lebih khusus, tergolong dikalangan mereka yg masuk neraka (Ayat 14, Surah an-Nisa').
Saudara, orang-orang menepati spesifikasi sedemikian itu akan masuk syurga, kerana itulah janji Allah (a.w) pada Ayat-ayat tersebut.
Dalam post-post yg lalu kita juga sudah bayangkan bahawa amalan dan badah fardu saja tidak cukup untuk mendapat syurga, kerana amalan dan ibadah fardu itu sendiri tidak mencukupi untuk membolehkan kita mendapat kerahmatan Allah (a.w), kerana tidak mungkin dapat mengimbangi kurniaan nikmat oleh Allah (a.w) kpd kita semasa hidup kita. Tambahan pula, adakah kita sudah mematuhi Ayat 13 dan Ayat 59, Surah an-Nisa' itu semenjak kita baligh? Belum pasti. Lazimkan tidak. Ada orang islam yg sedar setelah mencapai umur 40 tahun. Ada yg sedar ketika berusia 50 tahun. malah ada yg sedar hanya ketika berumur 60 tahun? Bagimana dgn kekurangan amal dan ibadah semenjak umur 15 tahun hingga 39 tahun atau 49 tahun atau 59 tahun itu? Berapa ramai orang Islam yg tidak konsisten solatnya? Puasanya? Ketika muda? Fikirkanlah kalau kita dikurniakan Allah (a.w) umur yg panjang sebagaimana T Dr Mahathir - 85 tahun, dan kita baligh ketika 15 tahun, adakah kita telah menyempurnakan tuntutan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sepanjang umur kita antara 16 tahun hingga sekarang 85 tahun, iaitu selama 70 tahun yg lalau?
Tambahan pula, ibadah wajib belum melambangkan kesyukuran kita kpd Allah (a.w) kerana memberikan kita kehidupan yg begitu panjang dgn rezki yg melimpah ruah. Dan, kita juga melakukan pelbagai dosa - yg kita tahu dan yg kita tidak tau - kerana kejahilan kita tentang Islam. bagaimana? Maka sebagai menunjukkan kesyukuran kita itulah Allah (a.w) menyuruh kita mengerjakan amalan dan ibadah sunat, terutama ketika malam hari, ketika orang lain nyenayk tidur dan kita bangun mengurnagkan masa tidur kita demi membuktikan kesyukuran kita terhadap Allah (a.w).[Nota: ayat-ayat al-Quran berikut adalah relevan: Ayat 9, Surah az-Zumar, Ayat 130, Surah Taha, Ayat 114, Surah Hud.] Insya Allah kita akan semak lagi dalam post yg akan datang. Kita juga akan semak beberapa potongan hadith mengenai tajuk atau perkara ini., termasuklah hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w), yang bersabda: ‘Rugi (mereka yang menjadi) hamba (yakni, yang berbudayakan atau yang menghambakan dirinya demi) dinar dan dan dirham (yakni, wang ringgit, maksudnya dipengaruhi dan terpengaruh oleh wang ringgit, kekayaan dan kemewahan dan kesenangan dunia), dan hamba kepada selimut (yakni, yang suka tidur atau bersenang-senang menghabiskan masa hidupnya tanpa beramal dan beribadah dan bersenang-senang sahaja ketika malam), sesungguhnya jika diberi dia (apa yang dia suka) maka merasa senang (yakni, suka dan gembira) hatinya (dengan perjalanan hidupnya) dan jika tidak diberikan kepada dia (apa yang dia mahu atau inginkan), maka merasa tidak senang dia (yakni, dukacita dan merasa malang) dia.’ [Hadith Bukhari].
Kita akan teliti dan perjelaskan hadith ini dalam post yg akan datang. Buat sementara waktu perhatikan ungkapan 'hamba kpd selimu' itu adalah kata-kata hinaan terhadap orang yg mengutamakan tidurnya ketika, tidak mahu bangun malam untuk mengerjakan qiamul-lail, khususnya mengerjakan solat-solat Tahajjud. Cemuhan ini ditujukan kpd kita yg rugi.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment